March 31, 2009

Kembali Ke Indra Kayangan...

2 Minggu Cuti bersama keluarga adalah sesuatu yang sungguh bermakna. Cuti sekolah dan seminggu baba diberikan cuti menjalankan penyelidikan di lapangan. Bawa anak2 dan Umi ke pulau perhentian. Pengalaman baru bagi mereka. Snokling adalah aktiviti yg paling tak dapat dilupakan oleh anak. Boleh dikatakan sehari suntuk terapung atas air, bermain2 dengan ikan dan corals. Roti yang dibawa untuk dimakan kena seddekah separuh kepada ikan2. Memang syok boleh pegang ditangan…tapi kalau yg besar datang kena tarik tangan ,kalau tak kena gigit. Lihat video.

Cuti ini dihabiskan untuk memantau rumah yang sedang dalam renovation. Tambah ruang tamu dan bilik Mesyuarat merangkap library. Dan satu rumah lagi yang baba baru beli corner lot teres depan rumah baba sekarang. InsyaAllah bila siap rumah tu akan jadi rumah tumpangan/rekreasi bagi kami. Rumah tu adalah rumah tamu untuk saudara-mara yg datang dari jauh. Kalau ada program di KB anak2 bolehlah lepak disitu. InsyaAllah dua bulan lagi siaplah kot.

Selebihnhya, masa cuti 2 minggu di KB di habiskan untuk siapkan kerja penyelidikan. 29 Mac baba kembali semula ke Perlis Indra Kayangan…untuk menghabiskan sisa cuti sabatikal selama 3 bulan ni.

Semuanya ini hanyalah suatu perjalanan kehidupan dan penerokaan ilmu dari lautan Ilmu-ilmu Allah yang maha luas. Penerokaan yang hanya mencari rahsia dan kebenaran Al-Quran, dan disana akan terbuka pintu2 rahsia kehebatan Allah yang maha tinggi dan maha agung. Moga akan semakin tunduk, khusyuk dan tawadhuk hati ini bila semakin mengenali pemilikNya. Doakanlah…

“Ya allah berilah kekuatan pada hambaMU ini…kau peliharalah hati ini..kerana sesungguhnya yg aku harapka ialah kau penuhilah hati ini dengan Ilmu yang yg bisa menghidupkan cahaya RabbaniMu yg menjadikanku semakin dekat denganMU. MencintaiMu...mencintai NabiMu dan jalan Dakwah ini. Moga sisa2 umurku yg masih tinggal ini semakin bermakna dan semakin berharga. Piala hati ini yg dipenuh cahaya untuk ku bawa bila datang mengadapMu bertemu denganMu nanti. Ya Allah hadiahkanlah cintaku, rinduku hanya padamu…kirniakanlah redhaku bila menyahut pangilan keredhaanMU….nanti”

Sem break nanti; hujung mei, baba akan Ke Beijing dengan Umi…Alhamdulillah mengembara dibumi Allah,,,gi lihat kebesaran Allah dan kesan peninggalan islam di sana. Dan 13-17 akan ke Kampochea…nanti bab tulis dalam blog..dgn gambar sekali kot…

1 comment:

Muhammad Ubaidullah said...

Salam..
I'Allah jumpa lgi sebulan nanti..
Semoga baba darahmati Allah sentiasa..
Terima kasih byk2 sebab sempat luangkan masa untuk bersama kami aritu..

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA