April 7, 2009

Dakwah dan Tarbiah Remaja


Ana baru membelek sebuah buku berjodol "Rijaalun wa Nisaa'un Anzalallahu fiihiim Qur'ana" oleh Dr Abdurrahman Umairah dialihbahasa "Tokoh-Tokoh Yang Diabadikan Al-Quran" terbitan Gema Insani Press, tahun 2000. Didalamnya disebutkan pengkisahan seorang remaja yang ditarbiah di bawah naungan rumah Rasullullah s.a.w. iaitu Usamah bin Zaid. Beliau anak kepada Zaid bin Harithah hasil perkahwinan dengan Ummu Aiman. Zaid ialah anak angkat Rasullulah s.a.w. yang asalnya seorang hamba yang diambil dan dihadiahkan oleh isteri baginda Khadijah. Zaid terdidik langsung dibawah Rasulullah s.a.w. sejak kecil lagi, pernah digelar "anak Muhammad" sehinggalah turun ayat surah al-Ahzab:5. Beliau juga digelar "kekasih Muhammad Rasulullah s.a.w." yang kemudiannya menjadi Ketua Komandan ke Ghazwah Mu'tah menentang kekuasaan tentera Rom yang berakhir dengan kesyahidan beliau serta dua orang lagi sabahat besar iaitu Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Ibu Usamah pula iaitu Ummu Aiman seorang sahabiah yang hidup di bawah naungan syariat. Beliau berhijrah dalam keadaan berpuasa dan sangat rajin berpuasa. Rasullullah s.a.w pernah bersabda :"Barangsiapa yang ingin menikahi wanita calon penghuni syurga, nikahilah Ummu Aiman". Begitulah Usamah sebagai seorang remaja dididik di rumah kenabian. Rasullah s.a.w. sangat menyayanginya sebagaimana baginda menyayangi cucunya sendiri iaitu Hasan dan Hussin bin Ali. Remaja inilah yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. ketika usia beliau sekitar 18 tahun untuk mengetuai angkatan jihad menentang tentera Rom sejurus sebelum kewafatan baginda s.a.w. Semua sahabat besar termasuk Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, Saad Abi Waqas, Sai'd bin Zaid dan Qatadah Ibnu Nu'man r.a. Sehingga ada di kalangan sahabat yang mempertikaikan pemilihan Usamah dengan berkata : "Anak ini memimpin kaum Muhajirin dan Ansar?" Sehingga Rasulullah s.a.w. naik ke mimbar dan menyampaikan amanat beliau mengangkat Usamah, lantas semua sahabat bergabung di bawah pimpinan Usamah. Begitulah sekelumit kisah Usamah bin Zaid yang harum dengan jihad dan pengorbanan sehingga wafat pada masa kekhalifahan Muawiyah bin Abu Sufyan r.a.



Pelajaran tarbawi apakah yang boleh kita dapati dari kisah ini? Pastinya kisah pentarbiahan remaja. Remaja yang diasuh dan dididik, mengambil masa dan kesabaran. Ianya bukan sekadar program dua hari satu malam untuk mencipta keistimewaan. Malah ianya satu proses pembinaan kepemimpinan. Lihat sahaja kepada ketokohan Sultan Muhammad al-Fatih yang ditarbiah Sheikh Aaq Syamsuddin malah sheikh murabbi inilah perangsang utama kecekalan sultan muda ini membuka kota besar Byzantine iaitu Konstantinopel yang menggegar dunia dominasi Kristian di sebelah utara dunia. Malah, mujadddid abad ke-20 al-Syahid Hasan al-Banna rh. juga menerima pentarbiahan langsung ayahnya bermula kuliah-kuliah pengajian ayahnya di rumah setiap selepas solat Subuh, mengembalikan kembali izzah umat Islam untuk mendaulatkan syariat di era kita hari ini.


Adaptasi tulisan Akhi Fakhrul Dungun-Naqib Net

3 comments:

sir hans said...

Baba... ini satu tulisan yg bagus dan menarik... kekasih dari kekasih..itulah gelarannya...zaid bin harithah memilih utk tinggal dgn nabi brbnding ayahnya... dan hasil perkhwinannya dgn ummu aiman, pengasuh nabi, lahirlah zuriat yg sangat mulia..
.. Usamah bin zaid..
sangat di kasihi rasul mustafa..
dia adalah sinar besi yg berani.
dia berani dan berhati, pemalu ramah dan berakhlak mulia, ia tegas tetapi sangat pemaaf, tidak sombong malah lebih merendah diri.

dalam usia yg muda, kerana taqwanya, menawan Rom. dia adalah abid di malam hari. hebatny seorang panglima muda, di kala 18 tahun isianya...
semoga keperibadiannya dimiliki oleh Baba dan pejuang2 Islam seluruh dunia..ameen

Abuuwais said...

Baba dah tua walaupun belum terlambat...anta dan sahabat yg lain sepatutnya mewarisi semua sifat ini...Menghayati sirah sahabat yg mulia ini sepatutnya kita biasakan dan mesra2kan. Kerana ianya bukan pecahan bab-bab atau Ilmu dari buku yg kita baca...tetapi ianya dalah suatu penghayatan terhadap Hakikat Islam yg hidup dan mengalir dalan darah pemuda yg patut dicontohi...panas dan kehangatannya sepatut mengalir dalam diri rijal-rijal dikhir zaman ini. Beruntunglah mereka2 yg memilikinya. Demi Allah aku mencintai Zaid dan mereka (anak2ku) yg mewarisi sifat2 zaid ini...Dan tentunya bidadari syurga sahajalah yang layak dikahwininya...

Ayuh anak2 kamu adalah rijal2 yg akan mewarisi agama ini...bangunlah . ISK (Ini sejarah Kita)

sir hans said...

insyaAllah Baba.. matlamat BAba, matlamat kami bersama. ana akan cuba menghayati sirah bersama shbt2 sepertimana Baba lakukan. doa2kan anak2mu ini dianugerahkan hati2 sperti mereka yg di sebutkan dlm sirah itu.

...smoga kebangkitan Islam itu berlaku di kurun ini.. ameen..

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA