April 17, 2009

UHUD: Maqam Syuhada…bertaburan bunga2 CINTA…

Siri2: sirah tauladan untuk anak2ku

…Sambungan…“Abdullah insan yg Ikhlas mencintai Allah.

….Apabila berlaku banjir bessar melanda madinah, semua pasir telah dibawa arus deras. Maka yang tinggal ialah tubuh suci bergelimpangan para Syuhada yang gugur dalam perang Uhud ini. Allah menzahir jasad2 suci ini untuk tatapan generasi kemudian. Itulah bukti kekuasaan Allah. Dilapurkan bahawa mayat-mayat mereka masih segar dan setengahnya dilaporkan masih berdarah merah dengan pakaian mereka sebagai kain kapan…Ajaibnya, setelah ratusan tahun jasad mereka masih segar dan berdarah. Darah itulah yg mereka bawa didepan Allah dipadang mahsyar nanti sebagai bukti cinta mereka. Maka pemerintah pada masa itu telah mengalihkan semua jasad2 suci lagi mulia para Syuhada ini kesuatu lokasi yang lebih tinggi dan dipagari pagar besi setinggi 10 kaki. Inilah maqam Syuhada yang ada pada hari ini, bila anak2 pergi keMadinah… (Jadi anak Jangan lupa pasang niat nak pergi haji awal2)… Maqam Syuhada yang asal ialah disebelah lembah berdekatan dengan bukit Uhud. Jauh sedikit dari bukit memanah. Masa baba gi haji dulu, semasa berada di maqam Syuhada ini sebak menyelubungi perasaan ini… lama sekali baba merenung kearah maqam ini,…sambil hati ini berbisik…Wahai para Syuhada kalaulah aku hidup bersamamu, bersama kakasihKu dan KekasihMu Muhammad, sebenarnya aku juga ingin sekali berada ditempat mu pada hari ini ini…Sesungguhnya Inilah cita-citaku yang entah bila akan tertuai…

Ulasan baba: Itulah nak… suatu kisah agung... tentang Cinta nanikhlas. Cinta kepada Allah telah menjadikan 'Abdullah sangat rindu sekali utk mati syahid. Adakah sama orang yang berperang untuk mati dengan orang orang yang berperang untuk hidup.
Dalam kisah sahabat ini juga Allah telah membenarkan mereka dengan hadis sahih menceritakan bgaimana keadaan roh mereka yg hidup disisi Allah dan turunNya ayat dalam surah Ali-Imran ini. Allah menjadikan kisah mereka untuk Asbabul-Nuzul. Dan setelah seribu tahun jasad2 mereka masih tidak hancur, seolah bumi dan ulat malu untuk memakan daging2 mereka. Sekali lagi bukti yang Aallah telah menunjukkan bukti kepada kita bahawa para daie dan pejuang agama Allah akan dimuliakan disisi allah dan dimata manusia. Itulah Janji Allah kepada mereka para Mujahid.
Orang yang sedang asyik dengan cinta akan melakukan apa saja asalkan boleh menyampaikannya kepada yang dicintainya. Lihatlah sahabat ini…pergi berperang dengan memakai kain kapan…Kenapa?..kerana panggilan syahid telah menguasai hatinya. Kerana dengan syahid sahaja akan menyampaikannya kepada yang dicintainya. Malah didepan Allah pula bila disuruh meminta, maka dimintanya hidup kembali supaya boleh sekali lagi pergi merjihad dan mati syahid.., semata2 kerana mengharapkan keredhaan dari kekasihNya…

nah anak2…kita bagaimana?...Alangkah jauhhhhhh sekali kita ini jika dibandingkan dengan mereka kan.? Maka awaslah tentang diri..yang masih jauhhhh dari merasai hakikat nikmat cinta Agung itu…!!!!!. Tetapi cinta sesama manusia telah terlebih dahulu menerpa hati dan perasaan kita. Malah lebih teruk lagi ianya berlandaskan nafsu. Maka berhati binatangkah kita ini atau kemanusiaan telah kita jualkannya dengan mahar yang sangat murah semurah harga diri yang telah kita gadaikan, sedangkan diri kita itu sebenarnya sangat maahal harganya disisi tuhan dan Ibu/Ayah kita yg membesarkan….

Dalam siri akan datang baba akan ceritakan 2 lagi kisah Cinta….yang anak2 mesti baca.

1 comment:

Hans said...

”Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi tuhannya dengan mendapat rezki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan yang diberikan-Nya kepada mereka dan mereka memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang mesih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergembira dengan nikmat kurniaan yang besar dari Allah, dan Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman”
Ali-Imran (3): 169-171

berbahagialah org yg Allah anugerahkan penghayatan terhadap sirah Nabi dan para sahabat... ya Allah, aku jua mengharapkan 'rasa2' itu hadir dlm jiwaku.. dan jadikanlah syahid itu matlamat utama kami bersama...ameen

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...