Dalam Srah Ibnu Hisyam dan ada juga diceritakan dalah sirah2 lain bahawa sebelum perang Uhud terjadi, bahawa Rasulullah telah mengumumkan terlebih dahulu perang dengan Abu Sufyan. Rasulullah telah mengumpulkan sahabat2Nta utk berbincang samada mereka akan berperang dalam kota madinah atau atau diluar iaitu di Uhud. Hasil sumbangsaran itu majority sahabat bersetuju untuk berperang didalam kota Madinah. Dalam tengah hangat perbincangan itu, berdirilah seorang pemuda dari Bani Umair bin Salim. Sambil berdiri beliau berkata “Wahai Rasulullah Aku mohon agar engkau tidak melarangku dan mengharamkanku untuk masuk syurga. Demi Allah yang tiada Tuhan selain dia, aku benar2 ingin masuk syurga”.
Mendengar ucapan pemuda itu Rasulullah tersenyum sambil berkata “ Bekal apa yang kamu bawa untuk masuk syurga”. Jawabnya dengan dua perkara wahai Rasulullah. “Apakah dia dua perkara itu?”, Tanya Rasulullah. Jawab tegas pemuda itu “Sesungguhnya aku benar2 mencintai Allah dan rasulNya dan aku akan tetap siaga menghadapi musuh”. Mendengar ucapan pemuda itu Nabi mengaminkan kata2 pemuda itu seraya berkata “Jika kamu yakin dan percaya dengan Allah, maka Allah pastiakan membenarkan kamu”.
Saat pertempuran mula menganas dan berkecamuk pemuda itu telah bertempur dengan berani…Dan Allah telah memakbul permintaannya. Dia telah gugur sebagai syahid dalam perang Uhud yang sejarahnya kita hayati hingga hari ini. Mendengar berita tersebut, Rasulullah mendatangi jenazahnya dan menghapuskan debu yang menyelimuti wajahnya, sambil menitiskan air mata Rasulullah bersabda “hai anak muda kamu telah membenarkan Allah dan sekarang Allah mengabulkan permintaanmu..” (At-tabarani).
Nahhhh... anak2, ternyata pemuda ini telah menikmati nikmatnya cinta kepada Allah. Pastinya jenazah2 yang bergelimpangan selepas banjir melanda madinah itu adalah salah seorangnya adalah pemuda ini. Suatu lafaz CINTA yang diterjemahkan dengan ledakan Jihad. Maka kita hari ini, adakah telah melakukan yang terbaik dalam dakwah demi menyatakan cinta kita kepada Allah dan agamaNya ini. Atau setidak2nya belajarpun diniatkan jihad?. Adakah kita merasasi kekuatan dari semangat jihad ini smasa belajar. Ingatlah utk melahirkan generasi yang cemerlang akan bermula dengan guru2 yg cemerlang akademik dan akhlaknya. Guru2 yg faham agama dan amalkan dlam kehidupannya akan melahirkan anak didik yang taqwa. Aayuh marilah kita ikhlaskan niat dan betulkan tujuan kita belajar dan melaksanakan amal dakwah di kampus ini akan menjadikan kehidupan kita lebih bermakna sebagai pelajar. Kalau tidak kita hanya berpura2 dan bermain2 serta mensia2kan masa remaja yg ALLAH berikan kepada kita ini…Wahai anak2, bangkitlah kamu sebagai guru yg cemerlang dengan taqwa, nanti Allah akan membenarkanmu…dan Allah membeli pengorbananmu denga Syurga dan seluruh orang2 mukmin akan melaihatnya. Satu peringatan yg mudah: Kita tidak dapat memberikan apa2 jika ditangan kita tiada apa2. So..jika kita ingin melahirkan anak2 bertaqwa maka kita terlebih dahulu seharusnya memiliki ciri bertaqwa…
Maka untuk apa semua amal kita ini?. Adakah jika kita tidak melakukannya agama Allah ini akan hina?. Keagungan dan kebearan Allah itu akan rendah?. Bukannn!!! anak2 bukan!. Kalau kita tidak menempatkan diri kita berada dibarisan depan, pasti…memang pasti Allah akan lantik orang lain. Ya... Allah akan pilih orang lain untuk dimuliakanNya. Maka Allah akan membiarkan kita sebagaimana Allah membiarkan orang lain yang mabuk dengan perkara2 yg melalaikan, mabuk duina dan wanita. Ingatlah jika didunia ini kita tidak menghiraukan Allah dan seruanNya..ingatlah bahawa pasti Allah tidak akan menghiraukan kita di padang Mahsyar nanti diwaktu semua manusia mengharpkan pertolongan Allah dan syafaat Nabi. Sekarang kita berpaling muka dari seruannya…nanti Allah akan berpaling dari kita pula…
Ok jimpa lagi dalam siri ke-4 dengan kisah dengan kisah yg lebih menarik. Nantikan.
No comments:
Post a Comment