May 16, 2009

Cut lagi siri 5

Hari hari dalam hidupku…hari Jumaat yg penuh makna.
15 Mei(Jumaat): Kesibukan minggu ini hampir kepenghujungnya. Hujung minggu ini (rabu -jumaat) kena bersama semua pelajar KPLI dan semua Unit Sains PISMP dan PPISMP dalam Explorasi Sains di K Terangganu. Bersama pelajar tentunya pengalaman yg sangat manis dan penuh makna sebagai seorang pensyarah. Tambahan lagi sebahagia dari mereka adalah anak2 yg melalui tarbiah. So masa inilah juga aku boleh lihat gelagat dan telatah mereka. Adakah hasil terbiah itu membezakan mereka denga pelaajr2 lain. Alhamdulillah aku sangat gembira mersama mereka dan aku pun kena jaga juga akhlak dan tutur-bicara dalammana berinteraksi dengan semua pelajar. Itulah rahmatnya ..Insan lain adalah cermin terbaik kepada kita.

Dalam explorasi Sains terdapat banyak aktiviti yg pelajar kena lakukan. Tetapi dalam banayak2 aktiviti itu tidak satupun yg menyentuh soal spiritual/ kerohanian, hatta kuliah subuhpun takder…So dalam sembang2 denga rakan pensyarah,tergerak hati lalu terlontar kata ”Sains yg kita pelajari ini sebenarnya mati kerana rohani pelajar2 kita mati….bla..bla”…sebab itu akhlak sebahagian mereka tu bla bla!!!!....???”. Maka dalam kesempatan itu aku membernikan diri mencadangkan kepada rakan pensyarah untuk buat Kuliah subuh pada pagi jumaat esok… tapi bukan namanya kuliah subuh tetapi sesi ESQ-“demi matahari”…Mereka sangat setuju.

So pagi jumaat ini aku bangun seperti biasa 5 10 pg...tetapi pada jam 5 11 pg aku terima SMS terpanjang yg pernah aku terima.”Salam…syukran baba kerana memilih badge ana 4 beri tazkirah ESQ…memang ana ternanti nanti sangat harap baba sentuh soal cinta (couple) yg jelas dan terang tak boleh mengikut ad-deen. Sangat harap baba boleh membawa kami meresai betapa indahnya dalam menyusuri cinta suci Allah, ingatkan kami hingga meresai takut dengan kematian yg sungguh dekat, agar takut 4 hampiri sekecil2 maksiat sekalipun. Ana sungguh harap agar sahabat2 disekeliling ana akan lembut hatinya menerima kalam ALLAH sepenuhnya tanpa ragu2 lagi,sedih dan takut melihat mereka yg tak mahu faham. Benarlah mengajak orang yg paling dekat dan paling kita saying paling sukar. Sungguh ana masih tak mampu berbicara dalam menegur sahabat2 yg sangat ana saying. Ye..hidayah milik Allah, ana terlupa kerana terlalu inginkan mereka ikut bersama mencari keredhaanNya dan berdamping denganNya. Moga Allah membantu baba dalam tazkirah yg sangat singkat 2 nanati. Moga kata2 baba meresap sungguh kedalam hati kami” . Dalam kamar sendirian terasa sunyi dan dingin, hatiku sungguh terharu…kerana ada anak2ku yg telah mendahuluiku bngun di pgi hari ini…Ya Allah lemahnya diri ini. Sambil hati ini mendoakan” Ya Allah kau rahmatilah anakku itu, berikanlah kenikmatan dan kebahagiaan menikmati CINTAMU, campakkanlah cahaya Rabbanimu kedalam jiwanya, sesungguhnya dia telah mendahuluiku dalam mencari cintaMu dipagi ini”…hati ini menangis lagi…terharu dalam syukur yg melimpah.

Sekembaliku dari masjid berdekatan…kulihat sudah ramai pelajar yg menunggu di luar dewan. Aku bergegas siapkan diri dan terus kedewan utk setting computer dan LCD.
Sesi pagi ini dimulakan 6 30…lewat. Dimulai denga tayanga Keajaiban ciptaan manusia, the power of 10. Sesi ESQ ini selama sejam…ditutup dengan Falsafah dr surah Al-Syams…dan ”demi Matahari”. Sesi ESQ barakhir 7 30…seolah2 tak mahu berhenti kalaulah tidak ada sesi lain menunggu pad pukul 8 pg. Merka semua nak kena ambil sarapan pg. Tetapi ada sesuatu yg amat menyentuh hati ini pada ini. Selepas sesi EAQ ini selain ramai juga yg ucapkan terimakasih…malah ada seorang pelajar telah datang utk bersalaman denganku. Pada mulanya aku ingat dia ingin bersalamman seperti biasa, tetapi dengan pantas dia cium tangan dan terus memeluku. Terasakan kegoncangan dadanya, tangisannya sungguh kuat sekali…aku terus memeluknya dengan erat. Dikala itu air mata inipun tertumpah juga…terharu dan sebak. Aku bisikan ditelinganya…”Moga Allah jaga kamu Nak…baba saying kamu…baba akan bersama kamu. Aksi kami dilihat oleh sahabat pensyarah dan beberapa pelajar yg masih tinggal… Sebenarnya aku faham, itulah suatu tangisan yg lahir dari hati yg ikhlas dan suci. Suatu tangisan keinsafan dari lubuk hati yg luhur dan itulah tangisan kerahmatan yg bukan dipaksakan sesiapa…Tanpa disedari aku cium pipi dan dahi anak itu semacam aku cium anak2ku dirumah. Seolah-olah dia tak mahu lepaskan pelukan itu…aku tenteramkan dia…aku pegang kedua-dua bahunya dan selapas itu kedua2 pipinya denga kedua-dua tanganku…sambil aku menatap wajahnya…dia pun berlalu pergi…Dalam hati aku berdoa ‘Ya Allah berilah taufiq dan hidayahmu kepada anak ini selama lamanya…”

Explorasi sains habis kul 12 th. Selesai maka tengah hari, aku bergegas balik kerumah…singgah solat jumaat dan Jamak Asar di Masjid Univ. DI . Sesampai dirumah dalam pukul 4 petang… Isteri dan anak menunggu.. kul 7 ptg pulang kerumah Mak di Kampung,hingga kul 9 30 malam. Buraidah dan kembarnya masih tidur dan tak ikut kami semasa kami balik rumah neneknya tu… sesampainy di rumah Mak sudah tersedia makanan2 kegemaran cucu2…Nampak kecewanya pada wajah mak kerana tak dapat bermanja2 dan menatap cucunya menyentap makanan air tangannya, so.. makanan itu kena bungkus bawa balik. Itulah jadual wajib kami hujung minggu...Jumaat petang walau sesibuk manapun kami mesti, balik ziarah mak di kampong.

Balik dari ziarah mak dah kul 10 mlm,. Ateh ajak makan di luar. So kena gi jugalah sebab dah janji…selesai makan balik rumah kul 11 mlm buraidah yg petang tadi tidur dah bangun, dan masih belum tidur lagi. Baru sekejap aku labuhkan punggung di sofa depan TV sambil meredakan kepenatan seharian, tiba-tiba kedengaran suara manja, memangil dari dlm bilik “ Babaaa marilah tidurrrr…dah lama buraidah tak tidur dengan babaaa...”. Terdengar suara itu lantas hatiku tersentak, aku terus tutup TV dan pergi mendapatkannya. Umi nampan dah nyenyak tidur. “Buraidah nak baba ceritakan, cerita masa baba kecik boleh tak ?’ Sambil anak kecil itu merebahkan kepalanya di bahu kananku. Sambil mengereng aku cium dahi dan pipinya sambil tangan mengusap-usap lembut dada dan perutnya…Aku memulakan cerita “sebenarnya nenek tu orang miskin..takder kereta, rumah mak kan buruk jer, tak macan rumah baba... Baba dulu susah ….bla..bla.. Buraidah syukur tak sekarang baba senang, buraidah senang?. “ Syukur" Jawab anak Buraidah penuh yakin walaupun umurnya baru 5 mencecah tahun. Sebenarnya akupun tak tahu samada dia faham atau tidak maksud syukur itu. sebenarnya itulah kegemaran buraidah dan Muthsanna, sikembar tu sebelum tidur, seorang baring sebelah kiri dan seorang sebelah kanan bahu…

Belum lagi habis cerita dan dalam samar2 kamar tidur, rupanya buraidah sudah terlena….Tanpa kusedari air mata ini menitis lagi, sambil ku usap lembut dahi dan dadanya…kucium sepuas-puasnya pipi dan dahi buraidah. Aku teringat hadis nabi yg menyebut bau anak kecil itu dalah bau syurga. Memang baba amat sayangkan kamu nak…tapi baba sibuk sekali. Baba memang nak selaku bersamamu tapi inilah yang Allah takhdirkan…bisik hatiku. "YA Allah beginilah hidupku yg telah engkau takhdirkan. Anak2 yang terasa kehilangan…walau aku telah cuba sedaya upayaku untuk jadi ayah terbaik utk mereka. Aku tinggalkan mereka hanya kepadaMU. Kau letakkanlah tanganMU di atas ubun2 anak dan isteriku. Engkaulah yg menjaganya. Ya Allah ,hari ini telah ku tunaikan hak untuk semua mereka yg berhak keatsku. Hak Anak2 pelajar di IPG, hak pejabat dan kerja, hak Isteri, hak anak2 dirumah, hak kedua orang tuaku dan juga hak Mu dengan diriku sebagai daie'…sehinggakan aku lupa akan hak diriku sendiri. Ya Allah aku serahkan hanya kepadamu urusan hidupku…Ya Allah engkaulah sebaik hakim dan sebaik2 memberi balasan…ampunilah aku dengan semua kekurangan dan kelemahan ini”…Aku pun tidur dengan doa , “dengan namaMu ya Allah aku hidup dan dengan namaMU jua aku mati(tidur)”. Puas dapat rebahkan minda dengan lena yg panjang, meredakan lelah seketik kerana hari esok menanti perjuangan masih panjang....

8 comments:

sir hans said...

baba... sungguh terharu membaca artikel ini.. terasa seperti mula2 berjumpa baba dulu..huhu
suasana yg dirasakan oleh insan yg memeluk baba itu... syahdunya...

thanks Baba 4 evrything... Allah bless u all the tyme! 4ever n ever!

syabab islam said...

kehangatan pelukan baba masih terasa di hati ini.. semasa kbm sem 4 tahun lepas.. x mungkin ana akan melupakannya.. moga Allah sentiasa merahmati hidup baba dan keluarga tercinta.. doakan kami anak2mu di mizan.

Abuuwais said...

Anak2 yg dikasihi... Kebahagiaan akan kita rasai apabila kita mulai memberi tanpa syarat, apalagi mengharapkan balasan. Apabila kita boleh melihat insan lain dgn penuh kerahmatan. Apabila kita kita mulai merasai dengan hati sifat rahim dan rahmanNya DIA si pemilik hati2 ini...Nanti baba akan uploadkan dalam siri 5 nanti: Bagaimana sayangnya Nabi kepada umat (dalam Ghazwah Uhud...)sebagai contoh@analogi memberi dengan penuh kerahmatan. Seperti sifat Allah!!!!!...memberi kepada????...Maha suci Allah yg mengilhamkan sifat sayang@cinta kedalam hati hamba2Nya

H.R PuTeRa YuSoFF said...
This comment has been removed by the author.
H.R PuTeRa YuSoFF said...

salam dari pismp pks sem 5..
alhamdulillah.. penulisan tuan byk membantu dalam mengenal cinta kepada Allah

EXCO KEBAJIKAN SOSIAL
JPP IPGM KSM

hidayatulaisyah said...

salam buat baba n family...terima kasih baba....terasa indah menerima hidayah n taufikNYA di sini....terasa beerti masa yg ada di IPGM ni....smg lbh ramai lg kawan2 yg menerima tarbiyah

puteri said...

salam baba...
hampir menitiskan airmata ana bila membaca artikel ini.
sesungguhnya begitu indah kemanisan iman yang Allah campakkan ke dalam hati baba..baba doakanlah ana agar Allah mencampakkan jua ke dalam hati ana...
hati yang ana selalu dambakan...
semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada baba.....

p/s:comel betul inah dan idah masa kecil disamping ateh....

Abuuwais said...

sesungguhnya...hati2 yg basah dengan zikrullah dan penuh kimanan sahaja yg dapt merasai penuh kesyukuran seluruh kasih sayang dan cinta yg terang dalam Qalbu...kerana Ianya Adalah siaft Allah yg bersifat dengan Alsa-Alhusna...semuannyan yg kita rasai ini sebenarnya terkandung dalam sifat2 Allah yg maha tinggi lagi mulia. INIALAH sebahagian dari SQ..Maha suci Allah yang memiliki hati ini...Maha suci Allah yg kirniakan nikmat bahagia@manisnya iman yg tak terhingga...ini

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA