June 14, 2009

Sungai Mekong...Mengalirkan Cinta

Suatu Petang di Tebing Sungai Mekong.
HARI INI 14 Jun
; Seharian menghabiskan masa mengelilingi bandaraya Vientien melihat tempat2 menarik yg menjadi tarikan pelancong. Sebenarnya tidak banyak perkara yg menarik di laos ini. Ianya tidak ubah seperti negeri yg dtinggalkan dan ketinggalan dalam semua aspek. Kota sejarah yg diwarnai pengaruh Bhuda. Patung terdapat dimerata2 tempat, namun masyarakatnya seolah2 seperti robot2 tanpa roh dan tanpa kepercayaan, tanpa cahaya yg menghiasi hidup dan kehidupan mereka. Khidupan akhirat bagi meraka tanpa cahaya rabbani yg mewarnai harapan dan cita2. Kehidupan mereka hanya untuk menghabiskan usia dan bila sampai kepenghujungnya mereka akan ditanam/bakar seperti ayam dan kambing, Cuma bezanya ayam dan kambing menjdai hidangan. Itulah kehidupan yg kosong dari makna kehambaan dan kecintaan pada pemilik kehidupan itu. Kehidupan yg samar tentang asalan dan kesudahannya. Kehidupan untuk akal,perut dan nafsu semata.

Sungai Mekong terbentang didepan mataku. Sesayup mata memandang dari sebelah kiri dan sesayup mata memandang di kanannya. Airnya mengalir lesu. Dari jauh kelihatan beting pasir ditengah2nya , perahu panjang dan orang mencari sesuatu atau bermain2. Ramai remaja lepak dan ada yg berduaan ditebing sungai yg tak terurus ini. Semak dan sampah merata2. Tebingnya yg dibina utk menghadang banjir dipenuhi dengan gerai2 makan yg hanya hidup pada waktu malam. Perahu panjang tanpa enjin bergerak perlahan2 dan senyap. Diseberang sungai sana terdapat pekan kecil yg rumahnya bercirikan tradisional Siam. Senja mula merayap perlahan-lahan, ksepian dan kegelapan akan menyelubungi Sungai ini seketika nanti. Mega mentari merah memancar dicelah awanan dan dibawahnya bukit nanbiru-kehitaman gagah mencengkam bumi. Sayup2 kedengaran suara latar lagu tradisional Thai dari corong2 radio berdekatan. Sungguh asyik sekali.

Aku duduk atas tebing ini sendirian, termangu menatap sungai Mekong yang menyembunyikan 1000 erti, rahsia yg tersurat dan tersirat. Arus sungai Mekong adalah arus kehidupanku. Jengkelnya mengenangkan kehidupan yang masih belum banyak makna. Sedangkan rantai usia yang mewarnai riben kehidupan ini hanya tinggal srejengkal cuma. Hatiku berdeik lagi. Bagaimanakah cahaya rabbani ini bisaku lontarkan kedalam dada insan2 disini?. Bagaimanakah dakwah bisa mewarnai masyarakat ini dan bagaimanakah cahaya keimanan bisa menyirami bumi indah ini suatu hari nanti?. Siapakah insan hebat…insan terpilih itu…Siapa?

Macam biasa maksiat sangat mudah disini. Terasing tiada siapa kenal kita kalau dilakukanpun ianya seperti berada dalam lubang hitam yg tertutup. Maka tiada lagi erti malu, tiada lagi orang yg tahu , tiada mulut yg perlu ditutup, tiada saksi yg boleh dibawa sebagai bukti. Maka benteng apakah yg bisa menyelamatkan seseorang insan selain benteng keimanan dan ketaqwaan. Alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah ada dalam hatiku dan terasakaNya lebih dekat dari diriku Sendiri. Tangan2 Allah adalah tanganku, bisikanNya mengatur setiap langkahku, cahaya rabbaniNya adalah penyuluh gerak hatiku. Dalam hotel aku memimpin rakan2 solat berjemaah setiap waktu. Aku teringat kata Syaidina Ali r.a “Apabila keletihan menyambar hatiMu dalam melakukan kebaikan, percayalah keletihan itu akan hilang tetapi Pahala dari amal soleh yang kamu lakukan akan kekal…Namun seandainya kamu seronok dengan maksiat...percayalah keseronkan itu akan hilang tetapi dosanya akan terus kekal bersamamu…”

Maha suci Allah yg menyempurnakan jiwa ini dan melontarkan diri ini kebumi asing yg penuh penghayatan ini. Maha suci Allah yg memegang ubun2ku dan mahasuci Allah yg zatMya dan sifatNya fana dalam qalbuku ini yg mengharap. Maha suci Allah yg mengurniakanku ilmu dan hakikat faham dari musafir ini.

Ya Allah aku rindu sekali rakan2 seperjuangan dan anak2 di Mizan. Baba rindu dengan kamu. InshyaAllah kita jumpa minggu depan. Ya Allah Di kejauhan ini cintaku berkembang mekar. Keterasingan ini menjadikan ukhwahfillah indah sekali…bila dikenangkan. Di bumi tandus dari keimanan ini aku teringatkan sahabat2 yg melangkah seiringan dalam menyirami bumi ini dengan hujan keimanan dengan awanan dakwah yg teduh. Kesunyian ini menambatkan rindu dan cintaku Pada Zaujah dan anak2….
Sungai Mekong terus kuhayati. Sumber Mata air nya dari pergunungan Himilaya dan Muaranya laut Cina Selatan. Ia mengalir merentasi benua dan negeri, menyusuri gunong dan lurah. Begitulah sifat dakwah. Dakwah adalah seumpama menuruni gunong dan lembah. Mengalirkan air sebagai pemberian yang menyuburkan bumi yang menumbuhkan tanam-tanaman. Dimana dia lewati pasti membawa kesuburan dan barakah dari langit. Jika ada batu-batu yg menghalang dia akan mengelak ketempat lain atau sehingga air memenuhi batuan yg menghalang (berkumpul dengan makna kekuatan) dia tetap akan mengalir jua. Kerana muaranya adalah matlamat akhirnya, ia akan berhenti. Sesampai di muara, air itu berkeladak dan kotor setelah membasuh bumi. Selepas itu ia akan menjadi wap dan naik kelangit dan kembali menghujani bumi dengan air jernih dan suci. Maka begitu juga dakwah dan matlamat para daie’ itu adalah daulah dan mardhatillahka. Yang dibawa bersamanya adalah kesuburan, kerahmatan,kesejahteraan dan kasih sayang. Dan jalannya penuh berliku sebelum sampai kemuara. Dan setengahnya meresap kedalam bumi dan tidak kelihatan...mengalir dubawah tanah tetapi akhirnya dia akan sampai jua di muara...

Sungai Mekong ku tatap dan ratapi…Airnya yg mengalir membuakkan cinta diQalbuku yg murung ini. Sungguh ia mengalir tanpa mengenal henti walau ada batu2 yg menghalangnya. Ia pasti mengalir dan terus mengalir menuruni bukit dan lembah sehingga ia menemui muaranya. Teringatku kepada kata kata Syeikh al-Banna. “Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta..ia harus memiliki muara yang menjadi pelabuhan cintanya. Aku tidak melihat seorangpun yg lebih mulia bagi emosi cintaku selain sahabat yg rohnya menyatu dengan rohku, sehingga sepenuh hati aku berikan cintaku padanya dan kutamakan dia utk menerima persahabatan dan cinta tanpa syarat ini…”. Asyiknya menjadi daie’ bila dihayati penuh erti. Sesungguhnya cinta dilamun ukhwahfillah umpama rindu yg tiada penghujungnya.

Demi Allah...tiba-tiba mataku berkaca menitiskan air jernih, sejernih dan sebening hakikat cinta yg sedang kulamuni ini. Sungai Mekong adalah kolam mata hatiku yg mengalirkan CINTA. Allahuakhbar .. rupa-rupanya bila kita menghayati kehidupan ini dengan hati yg penuh makrifah dan makna disebalik kehidupan yg sudah usang ini…maka senang sekali kita menangis. Benarlah kata Nabi, “ jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya engkau akan banyak menangis dari ketawa.” Agak lama juga aku termangu dan sebak disini….Menginsafi kehidupan, hakikat diri dan Rabb yg memiliki diri ini… teringatkan rakan dikejauhan. Perlahan kulafazkan doa rabitah….dalam hati yg penuh harap.
Allah akhbar
Allah akhbar
Alah Akhbar
Maha suci allah yg menghiasi Hati dengan hakikat CINTA ini!!!!.

2 comments:

Ummu rumaisa' said...

Abuuwais, semoga Allah merahmatimu walau dimana jua kau berada. Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perubatan tahun 3 (Amar, bekas pelajar Sri Aman, Kelantan)di Mesir. Apabila melihat latarbelakang amar, terbit rasa sayang kpd beliau walaupun tak pernah mengenali beliau, dan airmata turut sebagai seorang ibu yang kehilangan anak yang dicintainya berbaur perasaan gembira kerana beliau telah dipanggil Allah dengan penuh rahmah dan kasih sayang.Itulah kecintaan ukhuwwah fillah, Amat bertuah kedua ibubapa Amar memiliki anak sepertinya. Marilah kita doakan Amar bahagia di sana. Lihat blog ini untuk melihat memoir amar semoga menjadi penyuluh semangat buat anak-anak semua http://www.amruirfan.com/blog/
Ummu rumaisa'

Abuuwais said...

Wahai Ummu rumaisa'
Moga allah lebih mencintaimu...
sebagaimana Aku mencinatMu...dan Moga Allah redha kepadamu sebagaimana Aku telah meredhaimu...
Moga air matamu yg tertumpah itu allah gantikannya dengan mahligai disyurga...
Maha suci Allah yg menganugerahkan Ukhwahfillah dan cinta hanya Kerana dia adalah seorang Ikhwah..walaupun Kita tidak pernah kenal dan bertemu...
Moga Anak2 kita; Uwais, rumaisa' dan harith bakal menjadi pengantinya...Demi Allah pemergiannya adalah seperti kehilangan anak kita semdiri..

..Baba selamat...
Esok balik...
salam Rindu dari Vientien, Laos

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA