"ESQ: sAaT CiNtA mUlAi MeNyEnTuH" dan "Tazkirah Minggu Ini
Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga..
Semalam yang berlalu adalah ilmu dan pengalaman. Selagi masih ada 2 NAFAS maka semalam tetap punya erti bagi hari esok kerana tiada hari esok tanpa hari ini. Hari ini Nampak bererti seandainya kita mulai menghargai hari semalam. Tetapi seadainya kita tidak tahu menghargai walau sesaat hari semalam sebenarnya kita tidak akan pandai menghargai hidup ini selama-lamanya. Alangkah ruginyakan. DAN pada setiap saat penting semalam (yg kita masih ingat)…bilamana ianya membuahkan Cinta, adalah keberuntungan pada diri yang mahu mengerti. Kerana menjadikan kehidupannya sungguh bermakna dan semakin bererti…
Siri baru ini “ESQ: Saat Cinta Mulai Menyentuh” adalah sentuhan jiwa halus dan tulus kepada pengalaman semalam. Sari madunya menjadi budi fikir buat anak2 yg setia penatapi dan menghayatinya. Mudah-mudahan Allah memudahkan jari jemari ini untuk terus bermain kekunci computer riba…mengalirkan ilmu dari storan otak ini untuk diikat pada skrin setiap jiwa yang bakal menatapinya.
Ya Allah… Kau rahmatilah diri ini…sinarilah kalimatku ini dengan cahayaMu…ikhlaskan amalku…bangunkanlah jiwa yg tidur…kuatkanlah jiwa yg lemah dan …hidupkanlah jiwa yg mati...Sesungguhnya aku memohon dan berharap hanya kepadamu... Rabb yang memiliki HATI DAN JIWA INI…lalu menyempurnakannya.
Namun siri “Maqam syuhada bertaburan bunga2 cinta” tetap akan diteruskan dengan lebih menjurus kepada reality cinta remaja. Mudah-mudahan ianya boleh menjadi pandu-ajar bagi remaja dan pelajar IPT dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa seiringan meraikan naluri keremajaannya yang mencabar. Malahan akan di tambah dengan siri baru “tazkirah minggu ini”. Amin.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
No comments:
Post a Comment