November 16, 2009

Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!


Suatu malam

Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".

Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.

Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).

Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!

MOHON BANTUAN...PEMBACA

Diari Minggu Ini

Isnin hingga Rabu Minggu ni berada di INTEKMA RESORT, S Alam. Ada bengkel penulisan Jurnal. So ada di pejabat hanya Khamis hari terakhir sem ini. Hujung minggu (19-21 Nov) ni ada pgrm Mukhayyam IPT kel.Selamat bermukhayyam bagi anak IPT kel.
21 Nov 8.00 pg hingga 4 ptg...speaker kursus Induksi kepada KPLI dan PISMK_OUM

November 10, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MaliBox
Sambungan: Manisnya jadi wanita...

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi Seorang alim... Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu orang alim itu pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya.. rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan terhormat. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Man laa yarham walaa yurham.” (Muslim). sila cari matan hadis ni!.

November 9, 2009

Diari Minggu Ini

Minggu ini berada diluar penuh. Isnin hingga jumaat di KL; ada Kursus Penanda Aras ICT kendalian BPG. rabu khamis lajak ke Ipoh sat kerana ada Seminar penyelidikan Peringkat Kebangsaan (Sekali lagi hadir sebagai Pembentang). Di Ipoh ni hanya gi bentang jer.

November 4, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MailBox
manisnya bergelar wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA