Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
November 16, 2009
Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!
Suatu malam
Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".
Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.
Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).
Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!
MOHON BANTUAN...PEMBACA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
7 comments:
saya juga tidak dapat membantu ustaz...
tapi ape yg saya boleh kata.. anak ustaz pintar...
bagI sy..suKar juGa untuK meNyampaIkan jwpN trsBut pD meReka yG maSih baru meniti alam kehidupan..
tp x salh kLu baba bg taHu..kRn mgKin ap yG kiTa bgtaHu e 2 diIngaTinya apBila smakin mmbesar..lBih baIk kLu sntiasa mGiNgatkan haL itu stIap kaLi uMur mereka meningkat agr mreka sntiasa dbimbing...i'llah...wslam
mengikut pemahaman saya ! :)
allah menjadikan bumi itu memang bulat..
disitu ALLAH menwujudkan satu pusat yang di panggil titik graviti.
bile melihat contoh seperti magnet.
magnet akan menarik satu objek kearahnya iaitu besi and others la..
then ini kelebihan penciptaan Allah
terhadap kehebatan bumi di alam semesta kita ini.
pusat graviti yang diwujudkan dari fakta sains dalam pemikiran saya ialah penarik sumber kewujudan yang ada dimuke bumi ini. semua benda atau hidupan akan terarah kepada titik pusat tarikan graviti.
sama seperti magnet.
sama jikalau bumi nie memanjang :)
situasi sama macam magnet :)
indah kehebatan Allah..
tuhan pencipta yang tiada 2 :)
waalahualam,
atas pemikiran sains diminda saya
Biarlah saya terangkan(utk kita orang dewasa/faham fizik),kebetulan saya dalam bidang fizik. Sebenarnya semua benda yg berjisim mempunyai tarikan graviti kearahnya. F=^Mm/rr. Semakin besar M semakin kuat tarikan kearah objek itu.Walau sebiji bau yg ada jisim mesti ada tarikan gravitinya, tetapi jika dibandingkan dengan jisim bumi maka graviti batu itu boleh diabaikan. So matahari 100X> dari bumi maka semua planet2 lain mengelilinginya. Black Hole menyedut(dengan tarikan graviti extreme) semua yhg melaluinya hatta Cahaya yg melaluinya. Mak BH dikatakan memiliki padatan jisim yg extreme. padatan jisim ini membolehkan dia memiliki tarikan graviti yg extreme. Tetapi bagi orang fizik/dewasa macam kita bukan susah nak terangkan. Yang ana mahukan ialah bagamana nak yakinkan anak kecil bahawa itu adalah kekuasaan Allah...dengan cara yg paling mudah difahaminya.
terimakasih pada semua yh komen. Moga Allha merahmati anda semua. Saya katakan pada anak itu> kalau dilambung batu kemana jatuhnya...kalau dilemperkan air kemana jatuhnya... kebahwah jawabannya... Maka ana simpulkan semua akan jatuh pada bumi kerana bumi allah jadikan ada tarikan supaya semua tidakpergi kelain. kelau pergi kelai kan susah...macam mana nak makan..kereta nak bergerak..bertanam-tanaman...nak mandi kalau semua terbang. maha suci Allah menjadikan bumi menarik semuanya.... Ana tanya pada dia syukur tak?...syukur katanya.
he he anak ini...tanya lagi kenapa di kutub sejuk..dia tanya lagi kenapa allah buat sejuk...dia ada tanya kenapa bila kita tarik bulu di badan kita rasa sakit...Kadang2 nak gelak bersembang dengan dia
setelah 3 tahun berlalu. Sekarang Buraidah darjah2. Saya tanya soalan serupa padanya...Jawabnya 'bah idah tahu...sebab kita terlalu kecil dan bumi besar macam semut atas batang kayu'...wahh sesekali logik juga cara anak2 berfikir.
Post a Comment