Sekali lagi saya rasa terpanggil untuk peduli kepada masalah palestain. Walaupun biasanya blog serapuh ini akan mengundang objection oleh hackers yg anti Islam. Biarlah saya mengambil risiko sedikit dengan mebicarakan isu yg sensitif ini. Utk pengetahuan pembaca, blog saya pernak "dijahanamkan" oleh "musuh" pada tahun 2007. Namun Jan 08 saya bangunkan semula seperti yg anda dapat lihat ini. Untuk kali ini saya petik tulisan sebuah e-mail yg ditulis oleh Dzulfikar Mashoor
Marilah kita berfatwa siapakah yg benar...siapakah Ulama' yg benar dan dibenarkan oleh seluruh kaum Muslimin. yang manakah dikatakan Ulama' warisn nabi???. "Tepuk dada tanya iman". "Dimana bumi dipijak disitu Syariat Allah kita junung..."
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Keputusan kerajaan Mesir menanam tembok logam di sepanjang jalur geografi Gaza demi memisahkan Mesir dan bumi bergolak Palestin mengakibatkan berlaku perselisihan pandangan dalam kalangan cendekiawan Muslim di Mesir dan Palestin.
Suatu media antarabangsa melaporkan bahawa perselisihan pandangan agama tersebut membabitkan Rabithoh Ulama’ Filasthin (Ikatan Ulama Palestin) dan Majma’ al-Buhut al-Islamiyyah (Himpunan Perbahasan tentang Islamiah).
Mewakili cendekiawan dari Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthowi berfatwa, tindakan kerajaaan Mesir tersebut merupakan sesuatu yang diharuskan, sah dan halal mengikut syarak.
Muhammad yang dikenali sebagai Sheikhul Azhar berfatwa, setiap negara berhak melakukan apa sahaja demi memastikan wilayah kekuasaannya dijamin keamanan, termasuk membina benteng dari wilayah perbatasan Mesir-Gaza.
Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.
Cendekiawan dari Rabithoh Ulama’ Filasthin turut berfatwa, tindakan kerajaan Mesir membangunkan tembok logam tersebut merupakan sesuatu yang haram di sisi syarak.
Selain dipertikai Palestin, beberapa media tempatan di Mesir melaporkan, fatwa Muhammad itu turut ditentang hebat oleh Jabhah Ulama al-Azhar (Front Ulama al-Azhar), iaitu suatu badan cendekiawan muslim di Universiti al-Azhar sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Mesir dilaporkan menanam tembok sedalam 13 meter dan sepanjang lima kilometer tersebut sebelum al-Azhar mengeluarkan fatwa kontroversi tersebut.
Manakala, fatwa yang dikeluarkan oleh Ikatan Ulama Palestin pula dilihat sejajar dengan Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami (Ikatan Ulama Muslim Antarabangsa) yang dipengerusikan oleh Sheikhul Islami al-Imam Dr. Yusof bin Abdullah al-Qurowdhowi, Dewan Ulama AlJazaair, Ikatan Ulama Syariah di Teluk Arab dan sebagainya.
Peperangan fatwa antara Mesir dan Palestin tersebut dijangkakan menggamit perbahasan awam oleh cendekiawan muslim di peringkat dunia serta pertubuhan antarabangsa yang mengikuti isu kekejaman Zionis-Israel ke atas bumi bergolak Palestin tidak lama lagi.
Sekian.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
No comments:
Post a Comment