February 23, 2010

ESQ165(prof009/097)SOLAT: Ketetapan waktu dengan makna spiritualnya…


Siri 3(Sila baca siri 1 dan 2 )
Dalam dua siri sebelumni saya telah kemukakan dengan detail tentang ketetapan waktu solat dengan makna spiritualnya. Fakta itu saya petik dari sebuah e-mail yang saya terima. Saya sebenarnya tidak mengharapkan pembaca bermotivasi untk banyak solat kerana kelebilah yg saya lontarkan. Saya memiliki tanggapan sendiri tentang ini, sebab itu saya letakkan tanda AWAS supaya anda membacanya hingga siri ketiga ini. Fahamilah maksud saya sebenarnya.

Kalaulah anda solat kerana makna spiritual itu…saya ucapkan tahniah kerana anda sudah tunaikan kewajipan seadanya. Solat dari Sudut Kacamata Sains amat menarik sekali untuk dibaca dan difahami. Kajian yang dijalankan oleh Dr. Fatimah dan rakan-rakan dari UM telah membuktikan bahawa solat malam boleh menyembuhkan mereka yang mengalami erectile dysfuntion atau mati pucuk.

Apa yang menarik sekali, sujud dalam solat adalah latihan terbaik untuk denyutan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

Makanya, solat dalam makna spiritual dan saintifiknya dilihat sungguh bermakna. Tetapi ada sesuatu yang lebih besar maknanya!. Apa yg saya alami dan terbukti inilah yang menjadi tempat jatuh kecintaan Rasulullah (s.a.w) dan orang2 yang soleh selepas itu. Inilah sesuatu yang lebih besar maknanya…dan sangat mahal harganya bagi jiwa!!!...

Apa maksudnya?....
mari kita lihat dulu beberapa cerita dan hadis yang menjadi hujjah untuk membantu kita memahami apa saya maksudkan ini.

1.Solat Malam
Rasulullah bersolat malam sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah. Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.Dari Abu Hurairah r.a katanya “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
"Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari". (Muttafaqun ‘alaih)

Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)

2. Kenapa bersolat malam?
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
“Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)

Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’

Nahh…itulah perihal solat pada peribadi-peribadi mulia ini. Hakikat solat bagi mereka adalah bukan pada makna fizik dan spiritual tetapi…solat pada mereka adalah memberi makna hakikat ta’abud secara total, kelazatan bagi hati dan jiwa dan kecintaan pada rabb yang memancarkan makna cinta dan dicintai. Maka solat adalah institusi agung atau wasilah bagi jiwa-jiwa mukmin. Solat adalah kelazatan merasai dalam hati dan tenteramnya seluruh jiwa. Solat adalah wasilah bicara cinta nan agung antara sang hamba dengan tuhan yg memiliki hati dan jiwanya.

Maka tidaklah hairan jika seorang nabi yang sudah diampunkan dosa2nya yg lalu dan yang akan datang masih tekun melalukannya. Seorang peribadi mulia tidak bisa merasai kesakitan dipanah lantaran asyik dan lazatnya hidangan jiwa ketika tengelam dalam kusyuk bersolat. Bukankah sungguh ajaib solat itu!!!.

Hakikatnya, solat yg sempurna dan khusyuk itu adalah tumbuh dari hati yang dipenuhi CINTA. Mana mungkin insan itu melakukan sesuatu yang dia tidak sukai. Mana mingkin seseorang insane itu tega dan istiqamah terhadap sesuatu yang dia tidak diCINTAInya. Maka bersolatlah kamu bukan hanya kerana makna saintifiknya dan spiritualnya sahaja tetapi bersolatlah kamu kerana hakikat kelazatannya dan kerana api CINTA membara pada Khalik yg memiliki hati dan jiwamu itu. Itulah hakikat hati dan jiwa insane yang memiliki IHSAN dalam solatnya. Inilah menifestasi solat yg saya maksudkan.

. “Ya Allah jadikanlah tempat jatuhnya CINTA ku ini dalam bersolat”.
Moga anda menghayatinya. Amin.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA