July 13, 2010

Haramkah ESQ165?


Saya adalah antara pelopor EAQ di IPGM Kampus Sultan Mizan. Sebut pasal ESQ semua rakan tahu ...mesti En Zul ini lah. Kebelakangan ini saya didatangi oleh ramai pensyarah dan pelajar yg bertanyakan tentang Fatwa Mufti Wilayah yg mengharamkan ESQ165. Diberikan kepada saya salinan fatwa itu. Kebetulan Saya adalah alumni ESQ165-097. Utk makluman pembaca sebelum saya mengenali ESQ165 saya juga pernah menjalani TOT utk Keindahan Bersamamu (KBM-anda boleh lihat link diblog saya ini) dan saya pernah mengendalikan beberapa kursus ESQ utk pelajar IPG, semua staff IPG, pelajar POLI Teknik dan pelajar sekolah. Dan terbaru saya dipangil oleh ILIM wilayah timur (satu jabatan bawah JAKIM dan pengarah ILIM ialah Ust Zamihan yg kontravesi tu...!) utk mengikuti kursus TOT sebagai fasi kursus-kursus ESQ anjuran mereka (walaupun mereka tidak menjenamakan ESQ). Kedua-dua modul KBM dan Module ILIM ini adalah menggunakan module dan pendekata ESQ165 sebagai asasnya.

Dengan ini rasa terpanggil dan bermotivasi sekali utk menjawab semua persoalan ini berdasarkan pengalaman dan dari perspektif saya sebagai orang Fizik dan IT yang mencintai agama dan dakwah ini.

Buat Sementara Waktu: Agaknya ada baiknya jika saya membiarkan semua maklumat/perbincangan ilmiah ini di garap oleh orang lain dulu. Memandangkan ramai lagi ustaz/mufti/alim ulamak...yg layak berfatwa. Sebahagian dari mereka juga pernah mengalami kursus ESQ165 selama 3 hari tu. Disamping itu juga dellay ini memberi waktu kepada khalayak untuk meneliti dan mendalami fakta dari semua pihak. Ini akan memudahkan mereka memahami situasi sebenar. Soo...saya tangguhkan hingga suatu waktu.

Seperkara Lagi: Nampaknya isu ini seolah2 diada2kan...dan semacam ingin mengalih perhatian umat ini kepada ISU yg lebih besar yg sepatutnya muncul mendominasi benak Umat islam ini iaitu ISU PALESTAIN. Ghazzah seolah2 dinafikan hak dan meminta umat Islam dimalaysia ini melupakannya... Sedangkan pada saya PALESTAIN sepatutnya lebih dekat dihati kita!!!!.

Sebagai Muqadimmah saya minta pembaca meneliti tulisan Ust. Zaharuddin dalam blognya... kalau sudah fahan apa yg ditulis beliau...ditambah dngan komen-komen pembaca rasanya sudah memadai untuk kita mendapat informasi lengkap. Subhanallah besarnya sumbangan Ust ni kepada kita. Saya amat cemburu dengan hikmah dan barakah masa yg Allah berikan kepada beliau sehingga sempat menulis dalam kesibukan amat. iA sikit masa lagi saya akan menulis jawapannya berdasarkan perspektof saya yg lemah dan dhaif ini. Tambahan buat masa ini saya sedang meneliti semula buku ESQ165 tulisan Dr. Ari..

Anda boleh pergi ke link dalam blog saya ini atau ke URL berikut: http://www.zaharuddin.net/content/view/828/72/

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA