September 19, 2010

DOA KAMI SEMUA TETAP BERSAMAMU...



Misi Aqsa2Gaza VP5
Sehari dua ini debaran yg tak henti bagi jiwa ini dalam mengikuti lintas langsung dari media alternatif (media perdana jangan harap mereka melaporkan)tentang perjalanan misi bantuan ke Ghaza. Wakil malaysia:Misi ini adalam anisiatif utama Aqsa Syarif Malaysia bersama NGO dunia yg lain. Misi bantuan keamanan ini adalah siri ke-5 kepada saudara kita di sana. Seluruh umat Islam sepatutnya mendoakan kesejahteraan keatas mereka yg telahpun meninggalkan wasiat utk Isteri dan anak2 yg mereka tinggalkan.

Contoh:Petikan laporan...
Friday, 17 September 2010
Persiapan Kenderaan A2G VP5
Persiapan Kenderaan A2G VP5
17 Sept 2010. Hari ini peserta Konvoi telah menghabiskan seharian mendaftar dengan Viva Palestina UK dan mempersiapkan kenderaan yang akan digunakan sepanjang perjalan dari London ke Gaza.

Mereka telah memulakan hari dengan bersolat jamaah bersama-sama dan diikuti dengan bacaan ma’thurat di penginapan B&B Willesden. Seterusnya para pesertaberkongsi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ameer MSM, Saudara Abdul Azim Ismail. Saudara Azim telah mengingatkan tentang pentingnya meluruskan niat sepanjang masa. Banyak ruang-ruang untuk tergelincir dari niat asal termasuk syubhat dan shahwat...bersambung

Anda yg ingin mengikuti dengan lebih terperinci bolehlah menggunakan akaun fb,twiter masing disamping melalui blog dibawah.
http://www.aqsa2gaza.blogspot.com/

Sekarang rombongan mereka berada di lyon, perancis konvoi dari London melalui tunnel. Ada beberapa web dari Perancis yg menggunakan bahasa perancis juga mengadakan kempen mereka. Seperti berikut; bagi sesiapa yg faham bahasa perancis jer lahh.
http://www.vivapalestina.org/francais.htm
http://www.pageshalal.fr/agenda/accueil_du_convoi_viva_palestina___5eme_halte_a_lyon-fr-511.html?symfony=4a3a88b9a9f46f881539702f912a97b1.

Wahai saudaraku di bumi malaysia tercinta ini...apakah yg telah kita buat utk saudara kita di Palestain?. Kita asyik bertelingkah perkara2 furuq'..kita asyik bermain dengan kucing dan arnab kesayangan, Kita asyik makan makanan yg enak2 sambil ketawa-ria dengan keluarga anak2 kita di restoran KFC dan MD. tahukah kita RM1 yg kita belanjakan mereka gunakan utk membunuh anak2 saudara kita di Ghazah,Palestain. Tak malukah kita...tiap2 tahun pergi haji, umrah dan melancong ke Korea?.. sedangkan anak2 saudara kita di sana hanya, makan sekali sehari selepas itu 4 hari mereka berpuasa. Pernahkah kita hulurkan apa2 bantuan utk mereka?...Adakah kita fikir kita tak disoal oleh mereka d depan Allah di akhirat nanti?...

Lalainya kita... Lupanya kita..."Bukan dari kalanganKu mereka2 yg tidak mengambil berat tentang saudaranya yg lain".
"bila lah diri ini berpeluang utk kesana?"

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA