Marhalah Dakwah Rasululah s.a.w.
Salam sejahtera
buat mereka yang masih thsabat di jalan-Nya . Moga langkah kita tidak henti
sehingga sehingga kita mati atas jalan ini atau kita mencapai matlamatNya,
insya-Allah. Hidup kita di medan dakwah ini banyak pancaroba,penuh liku banyak
simpang, pelbagai bentuk mehnah dan
ujian-Nya, seribu satu duri yang menyambar kaki. Kekadang ujian itu datangnya terus
dari Allah utk menguji Iman kita dan
meninggikan darjat kita. Tetapi, wahai anak2ku dan sahabatku sekalian, banyaklah berdoa dan ikatkan hati
dan jiwa kita dengan bertawakal kepada-Nya. InshyaAllah Allah akan membimbing kita dengan kirniakan kita taufiq’ dan hidayah sepanjang jalanan
ini...
Rasulullah sendiri perbah menyebut dalam hadis yg masyhur “Islam
datang dalam keadaan asing” dan akan kembali semula dalam keadaan asing.
Jadi inilah apa yang telah digambarkan Rasulullah dengan bagaimana keadaan
manusia yang kembali tidak mengenali Islam. Makanya seorang daie’ perlu sedar
dan memahaminya, mudah-mudahan dia akan sentiasa terhibur bilamana datangnya
kepayahan dan duri yg menyucuk dikaki dan dalam jiwa. Ini akan menjadikan kita
tega,bersemangat dan sukses dalam
memakai name-tag “FULL TIME DAIE’…”.
Ayuhh…terus maju.
"Kita telah mengakui bahawa terdapat persamaan yang besar antara marhalah
kita ini dengan marhalah pertama
dakwah Islam di Mekah. Iaitu tentang asingnya dakwah Islam ditengah-tengah jahiliah
yang menguasai setiap penjuru dunia, tekanan golongan kufur dengan seluruh
kekuatannya ke atas mereka dan sedikitnya bilangan mukmin yang terdedah kepada
penindasan yang sangat ganas dari pihak jahiliah yang berkuasa ketika
itu."
Begitulah yang diterangkan Syekih Mustapha Masyhur dalam
kitab beliau Tariq Ad-Dakwah dalam tajuk marhalah dakwah dan tuntutannya.Dakwah ini harus kita faham tentang kepentingannya, dan
tentang pelaksanaannya. Ia mempunyai tiga marhalah (peringkat):
- Marhalah
ad-Di'ayah (at-Ta'rif) : Marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan
fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat.
- Marhalah
at-Takwin : Marhalah pembentukan, memilih para pendokong, menyiapkan
angkatan tentera, pendakwah, dan mendidik mereka. Mereka ini terpilih
daripada golongan yang menyambut seruan dakwah.
- Marhalah
Tanfiz : Marhalah pelaksanaan dakwah, beramal, berjuang, dan berusaha
untuk mencapai tujuan.
Ketiga - tiga marhalah ini perlu untuk bergerak seiring
kerana kesatuan dan kecantuman dakwah adalah bergantung kepada percantuman di
antara satu dengan seluruhnya. Oleh itu para pendokong dakwah di dalam
berdakwah, mestilah memilih dan membentuk dan di waktu yang sama dia beramal
dan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan.
Tidak mungkin lahir ke alam nyata satu marhalah dari marhalah-marhalah itu dalam bentuk yang sempurna kecuali menurut tertib susunan itu. Tidak mungkin sempurna pembentukan ini tanpa pengenalan makrifah dan pengenalan yang sahih dan benar. Tidak mungkin lengkap satu pelaksanaan yang sempurna tanpa pembentukan dasar pendidikan yang sempurna.
Dakwah Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. telah melalui tiga peringkat ini. Muslimin di zaman itu telah mengenali agama mereka, terdidik dan terbentuk di madrasah Rasulullah lalu mereka bangun dan membangkit mendokong dakwah Islam dengan sebaik-baiknya. Strategi marhalah dakwah yg diasaskan Rasulullah s.a.w. dengan bantuan wahyu ini sebenarnya model ciptaan Allah yg menjadi hujjah para daie' sepanjang zaman. Mana mungkin satu peradaban dan tamaddun Al-Quran yg maha hebat ini berdiri megah selama seribu tahun. Inilah ijtihad “fiq Dakwah” yang benar dan bersih yg disarankan oleh mereka yg bergelumang di atas medan ini. Makanya, analisis tepat Mustafa Masyhur ini bukanlah teori semata-mata, malah sangat praktilal pada zaman ini dan selama-lamanya. Ayuh…marilah kita memahaminya.

Firman Allah dalam surah al-An'aam ayat 153
Maksudnya : "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu
(agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah
kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain
itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah
perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa."
Mutiara Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna
"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan
bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan
hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang
menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang
terhimpun di dalamnya beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah,
kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat,
pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta
kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman
kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh. Semuanya itulah yang memelihara
(kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya (pembentukan) dan
tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang
lainnya"
SEKIAN
“…YA ALLAH MAAFKANLAH AKU DIATAS SEGALA KELEMAHAN DAN
KELALAIANKU DALAM MEMIKUL BEBAN AMANAHMU INI…”
No comments:
Post a Comment