February 11, 2015

Agak lama tidak menukil sesuatu dalam "BUKU CATATAN KLASIK" ini. Walau apa pun sangkaan kalian buku ini tetap menjadi koleksi sejarah penting dalan hidup ana. Beberapa hari lalu ada yg bertanya kenapa sudah tidak berkarya lagi?... Terkejut juga. Rupa-rupanya ada insan yg masih setia membaca tulisan ana ini yg tidaklah seberapa.

Tak mengapalah. Posting ini adalah bahan yang akan dibincangkan dalam "bulatan Gembira" esok. Harap semua anak-anak membacanya sebelum melangkah kedalam bulatan. Petikan dari buku "AL-MUNTALAK".

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24)

Mungkin kamu menganggap bahawa kamu perlu berbincang lebih lanjut bersama golongan yang lalai ini. Tetapi Yusuf al-Qardhawi telah lebih dahulu berdebat, berhujah dan mengalahkan hujah mereka dengan kata-kata yang indah dan mendalam. Itupun rasanya sudah cukup:
Kata mereka:
 Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
   pada malu dan kebekuan hidup di bersama ahli keluarga,
   bukan hidup orang berhijrah dan terusir
Dengan berjalan di belakang kenderaan
  dalam ketenangan dan langkah yang longlai
  dengan kamu katakan apa yang dikatakannya
   tanpa tentangan dan penolakan terhadapmu
Dengan mengikuti sekumpulan kambing
 kamu dipimpin, bukan memimpin
 Dengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..

 Aku berkata:
 Hidup ini mesti bergerak,
 bukan diam dan bukannya beku
 hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?
  Hidup adalah menikmati kelazatan susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.
  Ia adalah membela hak,
orang merdeka mana tidak membela haknya?
   Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin
 boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila anda mahu
 dengan pandangan yang tajam....

Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah kerja rijal sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orangorang yang takut menghadapi risiko dan halangan, pertarungan dan pertembungan, maka ia adalah layak dengan angkatan berjiwa kecil. Bagi rijal, yang ditakuti hanyalah kelalaian ”al-ghaflah”. Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Umari yang zuhud: “Sesungguhnya antara tanda kamu telah lalai terhadap diri kamu dan berpaling dari Allah ialah apabila kamu melihat sesuatu yang dimurkai Allah lalu kamu tidak mempedulikannya. Kamu tidak menyuruh dan tidak melarang lantaran takut kepada orang walhal orang-orang ini tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirimu.”182
Lantaran itu Ibnu Taimiyah mengkritik orang-orang soleh yang penakut. Berulang-ulang kali dia menerangkan: “Meskipun mereka telah meninggalkan kejahatan, mereka bukanlah mujahidin tulen yang berjuang menghapuskan kejahatan sehingga tiada lagi fitnah dan rintangan yang menghalang manusia dari jalan dan agama Allah. Hingga jadilah agama seluruhnya untuk Allah. Fikirkanlah! Kebanyakan manusia jarang sekali berkumpul padanya dua sifat ini: Pertama: Benci pada kekufuran dan kejahatan serta orang yang melakukannya. Kedua: Suka melarang mereka dari kekufuran dan kejahatan.


GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA