November 10, 2008

Kuncup hasrat:Nasihat umar r.a. melalui SMS- 5 27 am.

Kali kedua insan ini telah menyentuh hatiku ini....

“x ada suatupun yang lebih berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas menikmati Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu mendapati kewujudan kasih saying kepadanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh”..Umar R.A”. SMS: 2008:11:11 5:27 am…

Begitulah bunyi SMS yang menyambar PDA Aku pg ni….Nada dering lagu saat pemergianmu (inTeam) memecah lenaku yang asyik. Bila terjaga: terdengan pula bisikan suara Isteri yg sedang bertahajjud di dekat hujung kakiku…MasyaAllah aku sedang menempah jalan kerugian pda pagi ini sedang malam yang indah ini akan meninggalkanku….Aku terus bangun dan mangambil wudhuk. Selesai berwudhuk aku terus keruang solat….Bila mengangkat takhbir saja,deruan air mataku melimpah deras…persis gerimis musim tengkujoh pada saat ini yang dapat kulihat dari ruang jendela ruang solatku ...Aku menangis didepanMu tuhan. Aku menagis kerana aku malu denganMu,kerana banyaknya nikmatMu kepadaku, yang tak terhitung oleh ku, dan pg ini aku sempat jua menghadap wajahMU dan zatMu yg maha agung. …rupa-rupanya anakku yang yang menghantarkan SMS itu telah jauh meninggalkan ku…Aku terlalai pd pg ini kerana malam tadi mataku ini dapat lena pada pukul 2 pg kerana siapkan folio utk audit OIS esok…hari hari yang terlalai adalah kesulitan bagiku dan keresahan bg perasaanku.

Lepas solat subuh berjemaah bersama Isteri: Seperti biasa salam dan ciuman buat isteri tercinta… Lepas bermaafan kurebahkan kepalaku atas ribaannya. Sambil berbaring kusandarkan lelah yang tak sudah2…Sambil Isteriku mengusap2, memicit belakang dan leherku. Terasa senang dan tenang sekali bila bersama insane yg dicintai dalam suasana seperti ini. Kami bebual2 sambil muhasabah tentang kehidupan, diri dan dakwah. Mlm tadi dia telah banyak membantuku menyiapkan bahan2 kursus KBM@ESQ yang akan ku berikan kepada stdent sem4 hujung minggu ini. Terima kasih kerana dokongan mu yang tek pernah terhenti wahai isteriku.

Dalam samar subuh hari ini…sebenarnya mataku mengalirkan gerimis… apabila mengenangkan semua nikmat ini. Tapi isteriku mugkin tak perasan,,kecuali sesekala perkataanku yg tersekat2. Sesungguhnya akan ku pegang seerat2nya Semua kasih saying ini, cinta….semua rasa rahmah dan mawadah ini…disulami jalan dakwah yg pnuh barakah ini. Memang apa yg kumiliki adalah lebih berharga dari dunia dan seisinya. Seperti nasihat Umar itu…dan aku sedang menikmatinya pada saat ini. Malah amat memahaminya sekali.
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU:HARI INI 11/11;Moga Allah mencintaiMu yang kerananya cintaku padamu lebih mendalam...
Dalam minggu ini juga, Aku sdang menyiapkan module dan bahan yg akan dimuatkan dalam kursus KBM IPSMB. Salah satu slot yg akan diberikan ialah tentang persoalan cinta/couple di IPT dan forum “Masih Adakah Cinta”… Utk itu aku telah membaca hampir semua apa yg dapat kucapai: buku,artikel,e-mail,blog, slid PP dan Video…Artikel dari naqib Net, Winter sonata, Video clip2 tntng cinta, bahan ABJZ, Ayat ayat cinta, hukum hukum dan beberapa video dari harunyahya.com. Bila meneliti tentang semua persoalan cinta ini: diantara ungkapan yg paling terkesan dihati ini ialah kata-kata Mari gadis kristian yang amat mencintai fahri...(CD ayat ayat cinta-boleh download free jer): “Fahri…Aku mohon maaf bukannya kerana kesalahanku tetapi kerana kebodohanku…Aku sekarang mengerti antara cinta dan rasa ingin memiliki adalah tidak sama…” Dan fahri tdak dapat mengucapkan cinta kepada Maria kerana Maria adalah bukannya isterinya...walaupun dengan ungkapan cinta dari Fahri itu adalah nilainya Nyawa bagi Maria...Namun akhirnya Maria menemui jalan tuhan dengan Cinta...

Ya sekarang aku faham...Maka bila memiliki isteri yang baik lagi mulia itulah cinta yg sebenar-benarnya….Cinta yang apabila kita memberi dengan tulus ikhlas…dan mengharapkan dia bahagiaan dengan seluruh pemberian itu tanpa mengharap apa apa pun balasan darinya. Ibarat cinta tuhan kepada hamba2Nya..diberikan nikmat yang melimpah dan tak terhitung tanpa apa apa balasan melainkan hanya ucapan stukur sahaja. Maka cinta selainnya adalah bukannya cinta…tetapi sekadar nafsu dan rasa ingin memiliki sahaja…tak lebih dari itu. Kadang2 kita belajar dari pengalaman dan pemerhatian tentang apa yang akan kita ajarkan pada orang lain…Itulah nikmat faham dari tuhan. Alhamdulillah. Terimakasih nak dengan SMSmu itu.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA