November 2, 2008

Tazkirah hari ini...


Perjuangan bukannya kerana mengharapkan kemenangan!!!!...


Sifat2 Da’wah makkiyah hanya menjanjikan Syurga kepada orang2 beriman dan tidak pernah menjanjikan kemenangan dan kekuasaan dibumi. Nampaknya itulah satu2nya hiburan ilahi kepada orang2 mukmin yang melalui penyiksaan, penindasan dan penghinan para penjenayah yang hina (musyrikin). Hanya balasan syurga untuk orang2 mukmin dan neraka untuk orang2 yang kafir. Itulah janji Allah dan janji Muhammad yg menghunjam kedalam hati2 mereka disebalik janji setia dan pengorbanan harta dan jiwa mereka. Begitulah juga keseluruhan surah2 makiyah tidak prnah menjanjikan kmenangan dan kekuasaan dunia utk menghibur hati2 para sahabat.


Al-quran mewujudkan hati2 yg disediakan bagi memikul amanah da’kwah. Hati2 itu mestilah tabah, kuat dan ikhlas dalam berjuang dan berkorban bukan kerana mengharapkan sesuatu faedah dunia. Ia tidak menunggu sesuatu yg lain melainkan akhirat dan keredhaan Allah. Itulah hati yg bersedia utk meneruskan perjalanan mereka dalam kepayahan, kesusahan, pengharaman, kesiksaan, pengorbanan dan penderitaan tanpa mengharpkan balasan segera didunia ini walaupun balasan dalam bentuk kemenangan da’wah, kejayaan islam dan keunggulan umat Islam.


Apabila hati2 ini telah dibentuk: hati2 yg telah tahu bahawa didalam perjalanan mereka dibumi Allah ini tiada kewajiban lain selain dari memberi tanpa mengharpkan apa2 balasan dan hanya menunggu akhirat sahaja sebagai masa balasan dan masa penyelesaian diantara Al-Haq dan Al-Batil. Apabila lahirnya jiwa2 seperti ini dan Allah amat mengetahui keikhlasan niat mereka untuk melaksanakan janji setia (bai’ah), barulah kemenangan dunia datang kepada mereka dan Allah menjanjikan kemenangan itu pula sebagai amanah bukan utk mereka malah hanya untuk membolehkan mereka memikul amanah agama Allah ini. Hati2 seperti inilah yang benar2 layak menunaikan amanah Allah yang tidak menjanjikan apa2 keuntungan dunia. Hati2 peperti ini yg tidak mengharapkan apa2 faedah dunia. Mereka benar2 jujur kepada Allah apabila mereka tahu bahawa satu2nya balasan utk mereka adalah balasan keredhaan Allah.


Semua ayat2 yang menyebut tentang kemenangan dunia adalah turun diMadinah selepas itu, iaitu selepas persoalan kemenangan ini berada di luar matlamat orang2 mu’min dan diluar harapan dan cita2 mereka. Kemenangan itu sendiri datang kerana kehendak Allah mahukan agamaNya ini dialam tealiti hidup manusia dalam bentuk amal yang boleh dilihat oleh generasi manusia. Kemenangan itu pula bukanlah balasan penat lelah perjuangan, bukan balasan pengorbanan dan bayaran penderitaan ditanggung, tetapi kemenangan itu adalah perancangan Allah yg mempunyai hikmah…Maka adakah kita hanya berminat jadi penonton saja atau menyertai dan memenuhi kalender dan menjadi Ansarullah disepanjang zaman…Adakah zaman makiyyah sudahkah tertegakkah daulah? Dan bagaimanakah dgn zaman kita ini?...maka apakah tujuan da'wak dan perjuangan sebenarnya?. Betulkan niat kita. Letakkanlah dia ditempat sepatutnya. Kalau tidak… kita hanya berpura-pura dengan Allah (angan2 atau rasa-rasanya) sedang Allah maha mengetahui…maka sebenarnya, kita hanya menipu diri sendiri!!!!!...

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA