hai mat syoknya menulis...!
Teman Sejati
Gambar kenangan:
Kepada pelajar yang nak memiliki semua video aktiviti,sebagai kenangan: Akrab persahabatan, Teman Sejati, demi Mata hari dan Detik Kematian...boleh lah dapatkannya melalui fasi-fasi..atau saya sendiri...bila buka semester Jan nanti. Selamat bercuti dan lakukanlah aktiviti2 yang bermanafaat..banyak baca quran, baca buku2 agama/yg bermanafaat dan dekati rakan2 yg soleh dan hadiri majlis2 ilmu dan jangan lupa berbaktilah kepada ibu/ayah. jadilah anak2 yg soleh.
3 comments:
assalamualaikum...
saya merupakan salah seorang peserta kbm..sesungguhnya banyak sekali yang sy perolehi di sepanjang saya mengikuti kursus kbm tersebut..jiwa dan rohani terasa tenang dan terisi..
jujurnya pada awalnya saya dan rakan-rakan hampir tidak jadi untuk pergi kerana tidak tahu tujuan program ini,macam2 spekulasi juga timbul...ada yang marah..kerana mengganggu cuti...namun entah bagaimana kami mengambil keputusan utk pergi walaupun dengan perasaan yang tidak berapa gembira...namun setelah tiba disana lain pula yang kami rasa...alunan lagu yang menyentuh jiwa mula melembutkan hati kami...namun masih ada kedengaran suara-suara yang membangkang akan nasihat-nasihat yang telah dikemukakan...saya hanya mampu berdoa agar ALLAH bukakan pintu hati mereka...saya amat berharap program ini diteruskan dan ditambahbaikkan lagi..semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung RahmatNya yang Esa...wasalam...
Alhamdulillah...
hari saya dapat melihat satu program yang selama ini difikirkan perlu bagi setiap insan memandangkan apa yang berlaku di dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya sekarang ini. Hari ini kita lihat banyak masalah yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang berpunca daripada perbalahan sesama kita...
Program seperti ini pastinya dapat menyedarkan diri kita dan sesama kita tentang pentingnya ukhuwah yang mesti dijalinkan bagi mempastikan keamanan tarjamin bukan sahaja untuk kita tetapi yang pentingnya untuk anak cucu kita di masa yang akan datang...
Kita tidak mahu apa yang berlaku di luar sana berlaku pada kita di Negara Malaysia tercinta ini... di sebabkan kepentingan individu ramai yang terkorban... secara langsung dan tidak langsung...
Diharapkan apa yang dilaksanakan hari ini seperti program ini dapat membimbing generasi kini dalam membentuk generasi akan datang...
Wassalam...
http://rosazali.blogspot.com
ASSALAMULAIKUM
di sini saya amat tidak bersetuju dengan program yang telah dijalankan oleh pihak tuan. hal ini kerna isi dan maklumat yang disampaikan tidak sepatutnya mengikut pengalaman pihak tuan. kita sebagai seorang pendidik hendaklah mengikut arus perubahan semasa. tidak semestinya jika kita tidak bercinta kita perlu mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. bukan semua cinta itu buruk dan bukan semua cinta itu maksiat. kita haruslah melihat dari pelbagai sudut dan aspek. selagi cinta yang kita amalkan tidak menyalahi hukum dan agama selagi itu ianya masih lagi tidak salah. adakah kerana kita ini dipaksa kita kene memaksa semua orang untuk menjadi seperti kita. cuba berikan satu hujah untuk menyokong apa yang telah tuan katakan. saya harap tuan akan mengambil iktibar dan perlu memikirkan semula bahawa apa yang kita buat tidak semua betul dan apa yang orang lain lakukan itu tidak semuanya salah. RENUNG-RENUNGKANLAH!!!!
Post a Comment