24 Nov 2008:Sewaktu atrikel ini ditulis aku berada di hotel suntika, ditengah tengah bandar budaya Jogjakarta, Indonesia.
Sekarang ini pukul 11 30 malam barulah punya kesempata untuk menulis lantaran Kesibukan yg menghambat.Maafkan baba nak, Semenjak hari akhir semester ini, baba sangat sibuk. Khamis 13 nov baba kena mengendalikan kursus ESQ:KBM untuk semua pelajar sem4. Kursus ini habis hari sabtu 15 nov. Pada petang itu juga baba terus ke Sungai Petani Kedah kerena memantau kursus kepimpinan yg dihadiri oleh semu ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Baba berada di sana hingga isnin17 Nov. Selepas merasmikan majlis penutupan kursus itu baba terus ke Air Port Bayan Lepas P Pinang kerana jemput Umi. Baba bersama Umi menginap di Hotel Vistana P Pinang kerana Umi ada Lecture di USM Penang. baba dan Umi juga ada urusan peribadi dengan bekas student Umi yang sekarang tengah houseman ship di Hospital P Pinang.
18 Nov Petang baba drive balik ke Kelantan bersama Umi.
19 dan 20 Nov (Rabu dan Khamis) Masuk office kejap kerana moderasi skrip peperiksaan november yang baru lepas dan Khamis ada lecture untuk Kursus Induksi KPLI dan KPLI-KDP JQAF. Jumaat sabtu boleh Free ckit..Kami balik kampung rumah mak dan bersama anak2.
Ahad 22 Nov 7 30 pg kena Fly ke Jogjakarta bersama Umi dan akan berada sana hingga 26 Nov. Dan nanti ada nanti 27 nov masuk office kejap dan 28 – 30 kena kendalikan kursus ESQ-KBM untuk semua staff bukan akademik...Dan selepas itu 30-2 Dis 08 kena ke Dungun Terengganu, Mayangsari Hotel kerana ada bengkel penulisan artikel untuk pensyarah….
Nampaknya cuti kali agak cbuk gak…maafkan baba nak…moga allah menjaga kalian semua. Along,Angah dan Cik tolong jaga adik2. Jangan tinggalkan solat dan biasakan baca Quran dan Al-Maathsurat di pagi hari. Sejuk hati baba bila dengar along baca maathsurat lepas subuh. Walaupun cbuk dan sering berjauhan dengan kalian, demi Allah doa baba tak pernah putus2…moga Allah menjaga kalian dan sentiasa dalam naungan rahmatNya selalu walaupun tanpa baba disisi.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
No comments:
Post a Comment