January 2, 2009

Satria NEO...kemaafan dan Musafir


22 Dis 08. Tinggal beberapa hari saja lagi 2008 bakal pergi buat selama-lamanya. Hari2 yg masih tersisa ini baba habiskan dengan membuat flash kepada buku yang ada dalam simpanan. Setengahnya dah lama beli Cuma sekarang baru berkesempatan membacanya dan setengahnya memang baru beli. Diantara buku2 tersebut ialah: Indahnya saat bersama-Mu,panduan praktikal Qiamullail karangan Ustz. Zahazan ; 100 tokoh wanita terbilang..”Mi’ah Awwa’il Minna Nisaa’”,karangan Sy Ahmad Semait; Aisyah Ummul Mukminun..Keanggunan sebenar, Karangan Sulaiman An-Nadwi; Kepahlawanan Generasi Sahabat rasulullah, karangan AbdulRhman Ra’afat Basya; Diatas Sajadah Cinta,karangan Habuburrahman El-Shirazi penulis novel best seller Ayat Ayat Cinta; Pesona Cinta dan Laa Tahzan karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni; Dibawah naungan cinta, karangan Ibnu Hazam El-Andalusi dan yang Terakhir ialah TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA QURAN karangan Dr. Daniel…

MasyaAllah bila baca buku terakhir ini terasa jahilnya diri ini…menyesal kerana telah setahun (PPN 07 USM Transkrian) baba beli buku ini tetapi hanya simpan dalam bonet kereta jer. Kerana pada mulanya ingatkan buku orang2 kita ni taklah hebat sangat…rasa nak baca buku2 yang hebat macam ihya’ Ulumuddin yang penuh maklumat, ditulis dengan hati maka tulisannya hidup dan bisa menghidupkan hati …Rupa rupanya buku ini mempunyai ciri-ciri tersebut sehinggakan setiap perkataannya tiada yang bermaksud sis-sia…mempunyai makna. Buku ini adalah sama hebatnya dengan buku 12 ciri-ciri IbadurRahman karangan Dr Yosuf Qaradhawi.
Buku ini mengandungi semua tip-tip penuh makna yang patut ada pada semua individu muslim yg ingin cemerlang dan sandaran hujjah hadis, Al-Quran yang sangat kuat dan bersesuaian. Tak perlu lagi baca buku staphen covey dsb.

Dalam mukasurat 179 aku sangat tertarik dengan Tips tentang member maaf: “Golongan yang suka member maaf ialah orang yang berjiwa besar. Ketenangan dan kedamaian akan meliputi hati mereka sebagai anugerah dari tuhan. Dengan itu mereka dapat memberikan tumpuan kepada perkara penting untuk cemerlang dalam hidup. Justru apabila kita berdendam dengan seseorang pujuklah diri dengan berkata, “aku memaafkannya kerana Allah.” Ulangilah kalimat ‘kerana Allah’ kerana itulah kekuatan yang akan memampuankan kita untuk memaafkan orang lain. Kemaafan yang diberikan kerana Tuhan tidak merugi. Dalam surah asy-syura ayat 37, Tuhan memuji beberapa golongan. Antaranya, “mereka yang apabila marah mereka member maaf”…sebelumnya diceritakan berkenaan kawalan emosi.

Apabila sampai disini teringat aku kepada kisah nabi dengan perempuan tua yahudi semasa di Madinah, teringat kemaafan Nabi semasa menyeru satu kaumnya di Thaif, dilemparkan dengan batu hingga berdarah kakinya yang mulia. Malaikat dating minta dihempapkan kaum itu…tetapi nabi memaafkan. Dan teringat juga bagaimana nabi memaafkan Hindon (si pemakan hati hamzah) semasa Fathul makkah. Teringat juga bagaimana Nabi memaafkan seorang quraisy yang nak membunuhnya semasa sedang tidur. Memang benar orang yang berjiwa besar dan bahagia didunia ini suka sekali memaafkan orang lain. … DAN teringat pula… apabila aku baru saja melontarkan kata kata kesat memalui SMS kepada salah seorang Anakku, yang aku pasti hatinya terguris…walaupun pada saat itu aku terpaksa melontar tohmahan itu dan aku tidak punya pilihan. Maafkan baba nak…maafkan. Dan sebenarnya Ana memaafkanmu.

Sebenarnya semasa baba menulis ini,baba sedang diruang tamu sambil menunggu kedatangan Ubai dan Izat pinjam satria Neo utk ke KL. Mereka ada program nasional di S Alam. Mereka akan ke kedah ambil Fadzli dan Nabil di Perak dan terus Ke KL. Dengarnya Hafiz dah ada di KL dan Akh Rauhan dari melaka. Teringat masa baba di UKM dulu, indahnya berprogram sana-sini bersama Ikh…bermusafir bersama dan berkelana di bumi Allah ini. Baba dulu pun pinjam kereta pensyarah macam inilah juga…Disana terpancar kemanisan Imaan, keagungan dakwah dan keindahan Ukhwahfillah. Sesungguhnya semua ini terlalu mahal harganya utk dibayar. Tetapi semua itu akan hanya tinggal kenangan yg takkan dilupakan utk selama-lamanya…
Semoga Allah merahmatimu nak…atas jalan dakwah ini. Baba bekalkan utk kalian doa yang berkekalan dan berpanjangan. Moga misi kalian Berjaya dan nanti kita akan kungsikan pengalaman antum dalam Liqa’ sem depan. Dan jangan lupa tulis dalam blog..

1 comment:

Muhammad Ubaidullah said...

Salam...
Terima kasih yang tak terhingga buat baba untuk segala jasa dan budi kepada kami anak2 usrah baba..
Terima kasih kerana sudi meminjamkan kenderaan baba untuk kegunaan kami sepanjang musafir kami..
Semoga Allah merahmati baba sekeluarga...
I'allah,, musafir ini amat berguna dan bermakna buat kami semua..

ana dah update blog ana...

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...