Hari pertama semester ini memang dinanti-nantikan
Keresahan dan kerinduan yang payah terlerai sudah
Walaupun hanya sebulan terpisah geografinya, namun ianya terasa amat lama …
…sedangkan hubungan antara hati-hati kami sangat intim sekali...
Amat terasa.. bila malam-malam (cuti) kita habiskan dgn berpesta tahajud …
Setiap malam baba dapat sms salam tahajjud… dari anak2
MasyaAllah…syukur yang tak terhingga dan cintaku bersujud…
Doaku yang tak sudah-sudah dalam tahajudku untuk anak2…moga Allah sentiasa merahmati seluruh hidupmu.
Hari pertama aku dapat jumpa hampir semua anak anak usrah
Bersalaman dan berpelukan dengan mereka…
Kekadang selapas berpelukan…aku pegang tangan dan kutatapi matanya..kulihat kelopak matanya berkaca, jernih sejernih memancarkan 1000 keikhlasa yang mengungkapkan pancaran rasa hatinya… Melukiskan kerinduan...hatinya yang terharu dan teduh bila dapat bersua dan bertanya khabar…
Inilah kenikmatan dan keindahan Ukhwahfillah
Ianya anugerah Allah untuk hamba hambanya yang berjuang
Inilah hadiah Allah untuk rijal-rijalNya yang telah mengikhlaskan amalnya
Hanya mereka yang melaluinya saja dapat merasainya…
Hanya mereka yang Allah pilih saja mendapatinya…
“Ya Allah kurniakanlah kepada kami naunganMu dihari Mahsyar kelak…ketika semua Manusia yang dibangkitkan dalam keperitan, derita dan kepayahan dan benar-benar mengharapkan naunganMu pada hari itu”…
Ya Muhammad nabiku, berilah syafaatmu kepada kami pada hari itu…dimana kamilah penyanbung lidahmu dan perjuanganmu...menyeru manusia kepada agama Allah …Selawat dan salam kami buatmu dengan selawat yang berpanjangan dann berkekalan hingga hari kiamat.
1 comment:
Assalamualaikum baba...
sesungguhnya pertemuan dengan baba amat ana rindui, kehangatan pelukan baba masih dirasai hati ini.. syukran baba kerana mendidik jiwa ana ini.. semoga Allah sentiasa merahmati baba dan keluarga.. semoga ikatan ukhwah fillah antara kita kekal selamanya...
Post a Comment