February 8, 2009

coretan dari Indra Kayangan..

Hari-hari semester jan 09 terasa amatlah pantas berlalu. Baru 2 artikel sempat upload dalam blog ini. Hari ini baba terpaksa terasing jauh ke utara tanah air. Baru 4 minggu bermula, baba kini kena meninggalkan kampus IPSM selama 3 bulan kerana menghadiri Cuti Sabatikal Penyelidikan 12 utk pensyarah IPG, foundation 4 PhD…So baba kena meninggalkan IPSM dan seluruh isinya selama 3 bulan: 2 Mei baru balik, pada masa tu semua pelajar dah nak exam final sem. Terasa banyak sekali ilmu dan amanah yg belum sempat dicurahkan,benih yang disemai baru menampakkan hasil,,,daun daun menghijau sedang subur dan tumbuh menyejukkan pandangan hati ini.. Bibit buah yang manis mula terasakan; mengolah pintu batin. Dinding hati mengalirkan embun kemesraan dan kemanisan ukhwah fillah yang teramat payah untuk ditinggalkan@berpisah. Tapi wahai anak2…pada mulanya berat nak meninggalkan kalian…tetapi baba telah istikharah, memang Allah memilih baba pergi sedang hati ini amat pasrah dengan janjiNya. Keyakinan ini amat kuat sekali…banyak hikmahNya nanti…
Begitulah kehidupan yg Allah telah susun utk diri ini…Tinggalah IPGM… tinggalah rakan dan anak2 dirumah dan diMizan bersama rindu dan sendu-sedan, bersama doa dan harapan, dengan api cinta yang pasti tak kunjung padam.
Pg ini PDA baba mengejutkan kul 5 pg. Tiupan angin sepoi2 dari sawah padi terssa dingin sekali. Kesejukan menusuk tulang hitam. Kepenatan semalam seharian treveling semacam tercabut sudah. Pg subuh ini kesegaran jasmani dan rohani terasa teduh sekali:mandi dan tahajjud smbil berdoa sambil membayangkan isteri dan anak2 dirumah dan di Mizan. MasyaAllah… masa itu amat mencemburuikuuuu rupanyaaaaa….sudah 42 tahun berlalu sedang kehidupan ini masih begini…kosong tiada erti. Hatiku berbisik sambil mataku menerawang keluar dari tingkap tingkat 3 rumah tamu IPP. Mataku berkaca lagi…menginsafi diri….kelam…

Aku pergi awal ke surau. Dalam 5 40 pg. Sama keadaannya dengan Mizan. Masih gelap rupanya rumah allah ini, belum ada insanpun yang memuji rabbNya di rumah ini pada saat ini…Aku mendahuluinya denga solat hajat dan duduk termangu…rupa-rupanya golongan yang sedikit yg dijanjikan nabi memang sedikitpun. Fenomena ini bukan disini, diMizan dan dimana-manapun. Beruntunglah mereka2 yang termasuk dalam golongan sedikit ini….

Wahai Ummu rumaisa’ dan wahai anak2 semua…kehebatanMu adalah pada tahajjud. Kemuliaanmu adalah apabila allah memuliakanmu.kebahagiaanmu ada dalah tangisanmu yang titisannya Allah pasti menadah. Kebahgiaan dan sakinah itu ada dalam hatimu yg kusyuk dan bersujud dalam CINTAMU KEPADANYA….DAN DIA MEREDHAIMU….SELAMA LAMANYA….

5 comments:

:: Pohon Yang Berguna :: said...

Salam Baba...
Moga Allah mengurniakan istiqamahnya kepada saya untuk meneruskan perjalanan selama 3 bulan ini. Moga Allah mencampakkan ketenangan dalam diri kita semua dalam menghadapi hidup ini. Terasa sunyinya kehidupan semalam dan hari ini berbanding kehidupan yang pernah kita lalui bersama. Hangatnya ilmu yang diberikan pasti membuatkan diri ini lebih bermotivasi untuk melangkah dengan lebih jauh kehadapan. Doa kami untuk baba dan keluarga, moga Allah mengurniakan kekuatan untuk terus menyampaikan tarbiyah kepada sesiapa jua yang ditakdirkan oleh Allah. Salam dari Timur. Baraka Allahu Fik

nadianorudin said...

salam..
All the best..
May ur way is full of God's blessing..
doakan kami di sini..

sir hans said...

salam... semoga Baba bahagia di sana. ana berdoa dari jauh semoga ilmu yg dipelajari diberkati Allah, dipermudahkan setiap urusan, dan di kurniakan pelbagai lagi sifat taqwa. smoga menjadi mukmin taqiyyin, yg dirindui jannahtul firdaus. semoga beroleh jannatul ajilah, syurga yg disegerakan sebelum syurga yg sebenar di akhirat...
salam rindu dari anakmu...IPSMB

Muhammad Ubaidullah said...

Salam...
Semoga baba sentiasa sihat dan dilindungiNya..
I'Allah segala amanat yg diberikan cuba kami laksana..
Doakan kami sentiasa khususnya diri ini..

Salam rindu.....

syabab islam said...

salam baba yang di rindui...
semoga Allah sentiasa memayungi hidup baba di sana, anak-anakmu di sini sentiasa merinduimu saat tanpa baba di sisi kami. sunggug terasa ketiadaab baba buat diri ini.. Amanah yang dipikul untuk membawa adik2 sama2 merasai keindahan islam, insya'allah ana dan sahabat2 yg lain akn lakukan yang terbaik.. doakan kejayaan kami di sini baba..

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA