June 30, 2009

G_factor

Semalam aku berpeluang menghayati pembentangan yg hebat oleh doktrate dari UM. Pembentangan pertama ( China) telah menulis 32 buku. Memang hebat aku kagum dengaannya kesungguhan dan ketekunannya. Selepas pembentangannya, bile dibuka kepada sesi soalan. Aku bangun bertanya 1 soalan, “Apakah pendorong utama yg menguja upayanya utk menulis buku?”…daripada jawapannya, kesimpulannya yg dibuatnya ialah factor RM…katanya dia dah dapat lebih 0.5 juta dan beli 2 rumah dengan hasil royalty jualan buku.
Pembentang kedua adalah pemenang pingat inovasi di beberapa pertandingan antarabangsa (yg ni melayu). Memang cekal amat orangnya. Aku sangat kagum dengan kesungguhnya dan yg paling mendorongnya ialah suatu Kata-kata yg terdapat di anternce IAB. Kata-kata itu berbunyi “Apa saja didunia ini yang kita ingin akan kita dapat, tetapi hanya dengan satu syarat…Kita kena ‘gila’ mendapatkannya”. Dari penerangannya memang dia gila dalam kerjaya. Semasa pembentangannya ditunjukanlah pingat2 dan sijil diterimanya. dia gigit Pingat2 yg dimenanginya itu. Dia kata itulah kepuasan dalam hidupnya. Padanya duit adalah segalanya. Hinggakan isteripun boleh dijual-beli kerana duit.
Dalam hati aku pada masa itu sangat “geram” dan rimas sekali. Rakan disebelahku seorang Doktrate dari Ipoh…mula sok set-sok set. Aku mencelah itulah “muktazilah namanya”. Kesian… kerana jiwanya yg sesak dan belum menemui jalan tujuan hidup dan kebahagiaan hakiki, sedangkan umur hanya tinggal sejengkal. Pencarian erti dari kehidupannya kelam amat.

Waktu petangnya giliran aku buat pembentangan. Nah…inilah peluangnya utk aku “overwrite” pandangan hidup mereka berdua. Aku ambil kesempatan semasa pengenalan dan sambil urusetia mengeluarkan PPoint dari HD…aku mula dengan kata2 setuju dengan pandangan 2 panel pg tadi, amat kagum dengan kedua2 mereka. Aku mintak izinkan utk “ Patternkan” satu perkataan pada petang yg berbahagia ini. Dr Zaida dan Dr Nasaruddin kedua2nya top figure BPG dan beberapa doktrate lain berada dibarisan depan, mendengar tempelakku bernafsu sekali. He he …seronoknya dapat menempelak. Aku mula merasa yakin. “Izinkan saya utk Patternkan perkataan “Gila” itu dengan suatu ungkapan yg lebih ilmiah…dengan perkataan “G_factor”. Kerana katanya yg menentukan kejayaan segala usaha seseorang ialah dengan gila-gila utk mendapatkannya. Saya setuju dengan perkataan gila tu…tetapi tetapi bagaimana jika “G_factor” kita tukar sedikit dengan sandaran yg lebih sesuai dengan “G is standing for God”.”Nah tuan tuan saya patternkan satu perkataan pada petang ni dengan “G_factor tu dengan maksud God factor bukannya factor Gila”…faham?. Nampak macam tak faham. Ok lah…akupun mulakan pembentangan dengan mengaitkannya denga pembentangan aku pd petang ini yg sebenarnya berkaitan dengan ESQ…Alhamdulillah lancer. Kerana G_factor juga… tapi bukan gila lah…tapi Allah yg memberikan segalanya.
Amin.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA