August 8, 2009

Anak2ku telah mengharumklan nama SM Islam Aman, Kelantan dan Islam


Tahniah...tahniah...tahniah

Pelajar SM Islam Aman (Sekolah Swasta Terulung di Kelantan) telah mengharumkan Nama Sekolah, nama Kelantan dan yang lebih penting nama Islam. Dimana Muhamad Naim Che Rahimi(Duduk: sebelah kanan-gambar bersama along dan angah semasa menyertai catur peringkat negeri Kelantan) telah memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan akhir peringkat kebangsaan "Spell it Rihgt" anjuran NST yang berlangsung semalam di KL. Tahniah juga kepada Ust Rashid serta guru, Sir Rusdi, Che Rahimi+Dr Hafizah dan beberapa pelajar yg sanggup mengambil flight tiket ke KL untuk memberi sokongan kepada wakil SMI Aman ini. "Moga Allah merahmati antum semua...dan Muhamad Naim ini menjadi Contoh dan Idola pelajar SMI yg lain sebagai Remaja Cemerlang Dunia dan akhirat". Bulan Jun Lepas Beliau juga telah menjuarai peringkat negeri Kelantan dengan menewaskan pelajar2 dari Maahad, MRSM,SMA Falahiah, Mohd Mahir, SIC dan beberapa sekolah terkenal yang lain. Dan Anda boleh menonton siarannya 730 ptg setiap sabtu dalan TV9.

Sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus SMI Aman Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Semua mereka yang telah mengangkat SMI Aman keMercu. Dari tukang kebun hinggalah ke Mudir dan Pengarah PPA. Percayalah walau dimana posisi kita, amal kita pasti akan disoal oleh Allah. Bukan pangkat dan banyaknya amal kita yg akan ditanya tetapi banyak mana Ikhlasnya hati kita yg Allah pandang. Tanpa sumbangan dan kerja yg ihkhas pada posisi masing2 pasti perjalanan SMI Aman akan pincang."

2 comments:

Aisyah CR said...

Jazakumullah jg kpd pakcik2 & makcik2 yg x putus m'doakn kami anak2 SMI. Mohon didoakan terus spy kami dpt terus m'harumkan nama Islam di peringkat U. Ameen~

Abuuwais said...

Assalamualaikum...imah
Demi Allah kami berbangga dengan Kamu dan seluruh keluargaMu. Setiap kali pelajar harapan SRI/SMI di umumkan sebenarnya pakcik selalu menitiskan air mata...dalam diam. Kadang2 tahan air mata ini dr melimpah keluar...
P Cik harap anak2 P cik akan mencontohi adik beradik Imah...Mewarisi dakhah ini. itulah doa dan harapan P cik yg tidak berkesudahan...
Doakan Utk Pak cik Gak...

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA