August 18, 2009

ESQ: biLA ciNtA mUlaI MeNYenTuH...

Buat kali pertama menatap wajah si Dia…
Siri3: (sila baca siri 1 dan 2)


Malam itu semua adik beradik berkumpul rumah mak dalam suasana ceria. Pada mulanya mak bentangkan insan yg mak dah gi merisik. Mak bentang projeknya panjang lebar. Lepas mak bentang aku tunjukkan majalah sekolah STMF PC. Ada gambar sister tu, yang pernah aku tanyakan pada mak semasa th 1 di UKM, mak tak perasan. Masa tu Mak kata belajarlah dulu…Mak terkejut gak rupa2nya itulah orangnya. Ok lah Lepas mak, giliran aku pula bentangkannya. Sambil edarkan dalam 10 keping gambar2 (yang Kak Har bagi tu) kepada semua ahli keluarga. Aku bentang dengan penuh yakin. Lepas Ijmak semua adik beradik, akhir sekali aku kata pada Mak bahawa aku tak kisah sapa2pun asalkan mak suka…baik pada mak baiklah pada aku, kedua2nya sama baik, Cuma kalau mak pilih pilihan aku punya ni segala-galanya beres, kalau kahwin nanti mak tak payah piker pasal duit maskahwin dan antara kami sudah faham segala2nya dan kalau mak sakit bila tua nanti ….inshyaAllah boleh tumpang.

Pada masatu…aku hanya berbekalkan keyakinan pada Istikharah dan yakin pada Allah. Apabila pilihan aku adalah kerana Allah,melalui jalan yg betul, demi jemaah dan jalan dakwah, aku yaki Allah akan mudahkan segala-galanya. Disinilah letaknya jalan tawakkal pada syariat Allah. Sedangkan pada masatu aku tak pernah kenal,bercakap, SMS dengan dia. Yang ada pada aku hanya 10 keping gambar itu sahaja. Akhirnya aku bertanya pada mak, apa keputusan mak?...Dengan senyuman yg aku dapat lihat pada wajah mak…berkata, “Mak pilih hok Li lah!...”. Aku tahu mak suka bukan kerana bakal menantunya doktor tetapi yg lebih mak suka ialah...berpakaian jubah tu...Mak kata "sejuk hati mak". Moga ini adalah hadiah dari ku utk mak yg membesarkan ku hingga jadi seperti ini. # Li tu adalah pangillan manja mak pad aku sejak kecil sampai sekarang.

Selesailah satu babak. Keesokkan hari aku bersama ikhwah yg datang berkunjung kerumahku itu… balik ke UKM bangi. Sambil balik tu aku tel K Har..Mengatakan insyaAllah jadi dengan Ukhti tu. Dapat aku rasakan betapa gembiranya K Har dengan jawapan aku tu. Utk makluman pembaca K Har tu ialah (Prof Madya Dr. Harlina Hj Siraj- Sekrg ni Pakar sakit puan di UKM Medic. dan selalu keluar dalan TV9 dan radio IKIM). Akhawat yg dia cadangkan utk aku ni ialah anak usrahnya yg paling dia sayang.
Selang bebarapa minggu tibalah masanya utk sesi ta’arif. K Har yang aturkan semuanya. Ta’aruf tu ialah sesi pertemuan aku dengan Ukhti tu. Sebelum ini tak pernah bertemu, ber SMS apalagi bercakap, tiba-tiba pada hari ini aku diberi peluang utk “dating” (Allahuakhbar) dengan seorang Akhawat yang tak pernah aku kenal. Pertemuan diaturkan di rumah K Har, taman keramat KL, pada masatu.

Allah saja yang tahu…berdebar, takut,harap, malu dan macam2 perasaan ini bercampur-baur dalam disket otakku dan RAM hati ini. K Har masak dengan Ukhti tu menu makan malam utk kami makan bersama.. Aku solat Isyak disurau sebelah rumah mereka. Lepas isyak aku ikut Ust Zul kerumahnyaan. Begitulah yang kami janjikan. Bila sampai saja depan rumah K Har aku mula …”kenalin” he he…bahas Kelantan. Macam nak pecah dada…maalomlah..ek…antum pun tahu cakap pun tak gune...!
Ust Zul selamba jer…Orang Kedah, memang kaki buat kelakar…He he kami memang rapat dari tahun 2 lagi. Ust Zul pun baru kahwin jer dengan K Har pada masa tu…rasanya dalam 7 bulan. Al_Kisahnya…sampailah juga aku diruang tamu rumah Ust Zul. Sambil berborak2 aku asyik dok intai mana…?....?...?ukhti tu..ek. Tiba-tiba…K Har Kelaur…bertegur sapa…dengan kami berdua…He He K Har rupanya. Sebentar kemudia…keluarlah “bida-dari tu” dari ruang dapur rumah K Har…menghidangkan makanan yg mereka masak utk kami berempat selesaikan malam tu. Allahhuakhbar….Aku buat2 tak pandang jer…sambil berborak dgn Ust Zul he he… jelinglah gak…sambil hati…berkata???..apa?!!!...antum agak-agak apa?. Lu piker lah sendiri. Tak tau nak cakap macam mana. “Cinta pandang pertama”. Ada current lah kiranya.

Selepas abih menghidang makanan. K Har dengan ukhti tu pun duduk lah disebelah kami berdua, keliling meja makan yang kocik tu. Wahh…daduh-daduh... dekat nya duduk. Aku gelabah. K Har memang aturkan kami mengadap berdepan rupanya. Allah huakhbar…Malunyaaaa. Rasa tak berapa Nampak dah lauk-pauk yg ada di depan masa tu. Pas tu bermulalah….sesi “makan_ta’arif “. Pertama kali pandang orang yg akan jadi teman hidup kita. Bukan saja tengok muka…tengok hidung,mulut,pipi,tangan,jari…sambil bercakap dengan seribu soalan dalam kepala…hanya beberapa soalan saja yg Berjaya dilontar keluar. Yg banyak tolong Tanya ialah K Har…dan Ust Zul tolong jawab. Memang kebas abih tangan, kaki dan lidah. Manun semua persoalan sempat diluahkan dalam sesi dalam lebih kurang 2 jam tu. Kira apa saja yg kami nak tanya, boleh tanya pada masa tu termasuk "harapan dan impian masa depan".

Itulah kali pertama aku menatap wajah seorang ukhti yang bakal menemani hidupku atas jalan dakwah ini. Kali pertama itulah “CinTA mUlAi MeNyENtUh”. Memang itulah ciri Seorang Isteri yang aku dambakan selama ini. Itulah Hardware dan Software seorang Insan yang bernama Wanita sesuai denga fitrahku. Aku mula teringat2 tentang selama selam 3 bulan istikharahku. Aku mula ingat bahawa itulah anugerah Allah kepadaku yg berserah semuanya kepadaNya. Aku mula insaf jalan memilih teman yang terbaik ialah dengan mengikut panduan Allah. Aku mula memanjatkan syukur kepada Rabb dengan anugerah ini. Aku bukan berkahwin dengan orang yg aku cintai…tetapi aku bakal berkahwin dengan jodoh yg Allah tentukan utkku. Walaupun Aku tak pernak menganalinya….Tetapi pada Saat ini Cintaku Mulai Tumbuh, Bertunas dan merimbun (ingat tak lagu 'pepohon cintaku kian merimbun...semakin dicantas semakin bertunas..."In-Team). “Cinta kerana Allah dan Jalan dakwah ini”. Itulah jalan terbaik bagi seorang lelaki yang mukmin dan perempuanyang mukminah. “Ya Allah jadikanlah keluargaku keluarga duat contoh utk semua manusia”. “Ya Allah kau kurniakanlah kepada ku Isteriku dan zuriatku sebagai penyejuk mata hatiku…dan bangkitkanlah anak2ku sebagai mujahid dan mujahidah yang akan meneruskan perjuangan dakwah ini dan menegakkan agamaMU ini”.” Ya Allah jadikanlah…keluarga kami, keluarga yang Soleh…lagi musleh. Kurniakanlah keatas kami rahmah dan Mawddah dari sisimu”. Amin

Selesai sesi ta’aruf itu…kami ditinggalkan denga satu “homework”. Apa dia?... Dalam masa seminggu kami berdua dimintak utk membuat “Cinfirm” samada setuju/tidak utk diteruskan. Itu baru ta’aruf jer. Dalam perjalanan balik ke Bangi aku terus call K Har…”Setuju”…tak yah tunggu seminggu. Jawab K Har…”Alhamdulillah…ya Akhi…tapi kita tunggu keputusan Cah dulu…ok. Terimakasih ya Akhi. Nanti bila Cah bagi jawapannya K Har akan tel akhi segera”.

Moga cerita ini boleh jadi panduan utk anak2. *Lepas kahwin Ana Tanya Isteri. Macam mana boleh setuju…katanya ”kalau ada seorang lelaki yg baik agamanya…datang meminang…kenapa kita nak tolak. takda sebab kita nak tolak. Kalau kita tolak insyaAllah kita tidak akan jumpa lagi lelaki yg lebih baik dariny”. Ada hadis…sila cari. Ok utk siri kali ini…Sebijik dengan artikel yang aku postkan sebelumni..."Shooping for husband".

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA