September 15, 2009

Buyutuna fi Ramadhan…

Minggu ini adalah minggu terakhir di bulan Ramadhan. Memasuki 10 malam akhir. Setiap hujung mingu memang penuh program berbuka. Jumaat lepas anak2 Mizan datang berbuka, hari Sabtu semua adik beradik dan anak2 buah datang berbuka dirumah.
Khamis munggu ini pula lebihkurang 50 Karisma medic USM datang berbuka dirumah, Jumaat, semua ahli taman dan keluarga berbuka dirumah. Sabtu balik berbuka rumah Mak. Ahad masuk pejabat kerja nampaknya dah bertimbun, menguruskan Proseding utk seminar penyelidikan zon timur (Hotel Permai Park Inn,KT) lepas raya nanti. Isnin ke Kuala Berang Penyeliaan Praktikum PKLI. Selasa siang tadi Ke P Pinang kerana temankan umi kena bagi lecture MSc student di USM Penang, baba ikut semata-mata temankan Umi. Sesekala sangat indah bila dapat berdua2an dengan umi lari dari rutin harian yg memenatkan .So di P Pinang ini baba tulis artikel ini malam ini... sumbangsih dari anjung Hotel Vistana P Pinang.

Semalam ada sesuatu yg menyentuh jiwa baba: Balik rumah dari Office sampai dalam kul 6 petang. Selepas bagi salam biasanya hati ini tercari2 anak2 yg kecil dulu terutamanya si kembar tu dan e-deen. Rupanya semua mereka berada diluar rumah main dgn kawan. Terasa sunyi jer rumah petang ini. Jenguk bilik Along; tengah tilawah, Jenguk bilik Angah tengah baca buku, sebab PMR tak lama lagi. Angah dah khatam sebeluh 15 ramadhan lagi. Lepas tu jenguk bilik Cik, pun tengah tilawah; Baba Tanya Cik ada berapa juzuk lagi?, “Ada 2 lagi jawabnya”. Dalam hati ini betapa betepa gembiranya dengan jawaban Cik tu.. Sekejpa kemudia along kelaur dari biliknya sambul baca doa Khatam Quran dari belakang Mushaf. Along dah khatam ke?..Ya jawabnya gembira. Nampak kegembiraan dari raut wajah Along, seolah-olah ingin melaporkan. “Tahniah Along” balas baba girang.
Semasa berbuka kami sembang tentang Al-Quran yang telah mereka lalui sepanjang tilawah tahun ini. Along dan angah sama menyuarakan seronoknya bila baca surah..Al_Kahfi, surah Yusuf, Surah maryam dan semua surah tentang cerita nabi nabi terdahului. Kata mereka seronoknya baca sebab nak tahu cerita selanjutnya. Katanya macam baca Novel. Teruja. Dalam hati baba diam diam terdetik “ rupa2nya tak sia-sia lah hantar Along dan Angah Tusyen (AE) B Arab tinggi. Rupa rupanya mereka faham dan siap berbahas pasal kenapa Al-Quran guna baris depan sedang kalau ukit kaedah bahasa sepatutnya baris bawah.

Ya Allah Kau berkatilah anak2 ku. Berkatilah Ilmu yang ada dalam dada mereka. Jadikanlah Al-Quran adalah hujjah kepada mereka. Besarkanlah mereka dengan sebaik2 perbekalan dan jadikanlah mereka sebaik2 syabab/rijal yang akan mewarisi agamaMu ini dan dakwah ini. Rasa2nya semua kepayahan dan pelaburan mendidik mereka di institusi sendir, mengikut acuan sendiri sudah hamper dibayar semuanya. Seandainya mereka membesar bersama2 agama didada dengan seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. Memang 7 anak2 semuanya tidak bersekolah kerajaan. Bersekolah disekolah swasta yg diasaskan bersama ikhwah yg lain.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA