Semalam Jumaat 13 Ramadhan, sermai Lebih 40 Ikhwah dan Akhawat Kampus Mizan datang berbuka puasa dirumah. Alhamdulillah Rumah yg baru di-renovate ni mampu menampung antum semua, walaupun sebelah Ikhwah agak "sempot". Nasib baik hujan, kalau tak Aircond tak dapat cover haba dari antum yg ramai tu.
Anak2: Allah saja yg tahu betapa gembiranya hati ini menerima kinjungan antum semua. Bukan sahaja kerana pahala, tetapi kerana berkumpulnya insan2 yang baik dan mulia. Insan2 yang datang kerana Allah...dan kerana Ukhwahfillah. Antum datang kerana dakwah dan tarbiah. Antum datang membawa hati yg tulus dengan Cinta kerana Allah. Kehangatan pelukan dari pemuda2 dapat ana rasakan...memberi 1000 kekuatan pada ana untuk terus menguatkan saff2 dakwah ini. Mempersiapkan diri mengutip semua mutiara ramadhan dan kemuliaan yg dijanjikan pemilik Ramadhan itu. Kerana selepas ini setahun ranjau nak diredahkan.
Anak2: betapa indahnya bila kita dapat berada dalam seolah2 satu keluarga yg besar ini. Kita saling memberi cinta tanpa syarat..."unconditional love". Mendengar dan melihat telatah antum...bergurau senda "mengata" dalam adabnya; menambahkan serinya ukhwah itu. Ianya ibarat bunga2an dalam persaaudaran Islam dan ukhwahfillah. Manisnya bila dapat bersama2 bergurau senda denga antum semua. Demi Allah saat seperti ini takkan baba lupakan buat selama2nya.
Anak2; demi Allah Ana menyangi antum semua seperti ana mengasihi isteri dan anak2 Ana sendiri. Cinta ini bukan paksaan atau dibuat2...tetapi ianya datang apabila hati ini boleh melihat semua manusia lain dengan penuh kerahmatan...apatahlagi kepada insan/anasir2 seperti antum semua. Spertimana semua manusia berhak mendapat kerahmatan dan kasih sayang Allah.
Cuma baba terkilan kerana sesi tayangan dan Tazkirah oleh Dr.Saran tak dapat dibuat sempurna kerana program agak lewat dimulakan..."hujan lebat". Tetapi siapa tak datang rugi....InshyaAllah kita akan jumpa lagi Hari Raya nanti..."Kita bakar kambing"...kalau antum nak.
"Dimana-manapun Ada Syurga"
Bila kehidupan ini adalah rehlah...
dimana-manapun ada syurga,
dimana-manapun ada bahagia.
dalam perjalanan hidupku...
takhdirNya aku bertemu dengan kalian
Untuk apa semua ini...
untuk Allah dan AgamaNya ini...
Bila ditanya kemana lagi kita mahu pergi...?
Kemana-mana... yg batinku nampak adalah hanya kepadaNya.
Bersama-samakah?.... kita dalam Cinta...
Ya...bersama kalian menuju Cahaya itu...
...Rabb... pemilik hati2 kita,
yang penuh cahaya CINTA keranaNya.
...bulan, bintang dan Cakrawala...beredar kerana Allah jua
patuh....dia tidak sanggup engkar...
Dan hati kita sebenarnya lebih mengerti
tentang erti pengabdian dan tunduk...patuh
Maka, marilah aku pimpin tanganmu...
untuk memahami erti tunduk... T'aabud...
atau kita berjalan bersandingan kepada cahaya itu!!!!.
Kerana, kemana kita? adalah sama.. kan!
kepad cahaya itu...hanya kepadaNya.
"Darinya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali"
anak2ku; Tolehlah...
nundisana kampung kita!!!
kenikmatan dan bahagia yg tak pernah kita temui disini.
Kampung halaman kita kan namanya SYURGA...!
Jangan kita salah memasuki kampung orang jahat tuuuu!...NERAKA.
Marilah kita jejaki jalan lurus ini!!!...
Marilah...
marilah...
MARILAH...
"Kita Berpegangan-bergandingan-bersandingan diufuk Ukhwahfillah.
Kerana demi yang nayaku ditanganNya...bahawa Aku sangat mencintaimu".
Tambahan; Ada yg tanya, "kenapa kehidupan itu Rehlah?: aku ingin jawab, "masaku banyak dijalan raya(travelling)dan atas jalan dakwah". Kerana apa? "hanya kerana kerja dan urusan dakwah; Gi usrah,liqa,meeting, khatibah,mukhayyam, bersama antum dan bersama Ikhwah lain. Kadang Isteri dan anak kena kejar babanya...dan kadang2 mereka tanya kenapa baba lama tak balik/balik lewat. Itulah resam seorang "Murabbi". Tetapi kerana siapa?..."semua itu adalah kerana Allah dan bersama2 orang yg mencintai Allah dan Dakwah ini , maka kemana-mana aku pergi ianya seperti rehlah dan menghiburkan".
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
3 comments:
assalamualaikum... ana tersentuh bila ana membaca blog anta.. ana slalu ikuti blog2 abg fazli, rauhan dan yang lain2..ana takda blog,tp ana slalu baca dan memuhasabah diri ana melalui blog2.. ana ucapkan syukran sbb anta sudi menerima ana dlm hdup anta.. tidak dpt ana ugkapkan dgn apa pun kata untuk ana luahkan rasa syukur dan gmbira ana..ana ingin selalu berhubung dengan anta.. semoga ukhuwah ini membawwa keberkatan dan diberi rahmat dariNYA.. amiin....
Demi Allah inilah yg dikatakan..."Pemuda2 yg bertemu dan berpisah kerana allah" yg akan mendapat naungan arash Allah di padang mahsyar nanti. Demi Allah kita hanya saling mengharap kerahmatan allah dalam ikatan ini...anenya hati ini..."Bila kita memberi hati kita kepada orang lain nescaya mereka akan memberikan hatinya kepad kita".walaupun antara kita masih belum kenal rapat. InshyaAllah selepas ini kita akan bersama dalam saf2 Usrah, dalam Khatibah, dalan rehlah, dalam Mukhayyam...Bersama2 dalam manhaj tarbiah dan jamaah yg tersusun rapi.
Moga Allah merahmati anta...
salam ukhuwwah fillah..moga ALLAH merahmati hati2 yang sentiasa berkasih sayang keranaNYA semata-mata.. disaat membaca komen antum, ana teringatkan surah Aa'basa... Wahai daei, pimpinlah hati2 itu menuju jalan yang diredhaiNYA.. Mereka datang kepadamu dengan penuh harapan, detikkanlah rasa kecintaan mereka kepada yang maha berhak.. kita hanya mampu menunjukkan jalan, HIDAYAH tetap milik ALLAH.. RAISE ISLAM
Post a Comment