September 3, 2009

ESQ: SaAT CinTa MulAi MeNyEntUh

Siri4
(Sila Baca Siri 1-3)

Semasa baba menulis artikel ini, baba berada di Rigency, KL. 3 hari Sebelumnya baba di Batu feringgi, Peneng. Pada waktu ini pukul 10 malam sambil baba menunggu Flight Umi dari KB untuk menemui baba di KL. Flight umi dari KB reTime kul 11 malam… soo umi akan sampai kul 12 malam. So baba ambil masa menunggu ini untuk menulis artikel ini.

Anak-anakku… sesekali amat menyentuh jiwa baba, bila dikenangkan saat-saat bagaimana antum dilahirkan. Along dilahirkan dihospital kuanta. Angah dan Acik dilahirkan di pusat rawatan keluarga,Kuantan. Lepas 8 tahun di Kuantan kita pindah balik Kelantan. Ateh, e-deen, buraidah+muthsanna dilahirkan di HUSM tempat kerja baru umi. Kita pindah balik ke Kelantan 1988. Beberapa tahu selepas tu Tok Ki kena stroke dan mulai jatuh sakit…Along ingat tak ketika kita sama-sama bawa tok Ki Jalan jalan di tebing sungai kuantan dengan kerusi roda (Taman teruntum). Kit sama-sama tolak kerusi roda tok Ki ditebing sungai Kuantan(benteng). Along dan angah pada masa tu baru 7 dan 6 tahun, Cik masih kecil lagi baru boleh bertatih. Kenangan ini sangat terasa bila baba tatap beberapa keeping gambar kita pada masatu bersama Tok Ki yg masih tersimpan dalam album. Gambar2 tu baba selalu tatapinya di pejabat. Baba simpan dipejabat gambar2 tu. Rasanya itulah kai terakhir kita dapat bermesra dengan Tok Ki dan bawa tok Ki melihat dunia ini untuk kali terakhir.

Selang beberapa tahun selepas itu sakit Tok Ki semakin tenat. Masa tu kita selalu traveling balik Pahang utuk melihat Tok Ki. Suatu hari kita sama-sama bergegas balik ke Pahang kerana Tok Ki diberitakan semakin tenat. Semua anak2 Tok Ki semua dah balik…jauh dan dekat . Baba ingat lagi dapam perjalanan pulang ke Pekan…Along tidur dalam kereta (Unser). Selepas along bangun Along cerita bahawa Along bemimpi Tok Ki ajak Along bermain-main berlari-larian ditepi pantai…”tetapi tok Ki berlari…jauh kedalam laut dan Along tak dapat mengejarnya”. Anehnya mimpi Along itu, tetapi masa along ceritakan mimpi tu baba/umi tak perasan apa2. Macam biasalah kita sama-sama enjoi dalam perjalanan pulang kampong sambil dengar CD Nasyid dan Al-Quran. Masa kita sekeluarga baru sampai dipinggir Bandar Kuantan, Inderamahkota, Tiba tiba telefon umi berdering. Baba drive. Umi senyap lama…"Mak Tam telefon" kata Umi dengan suara yg tersekat-sekat. Wajah Umi tiba-tiba berubah…bila baba toleh kekiri baba lihat manik2 jernih menitis dari bilahan kelopak mata umi…dalam suara yg persis gamma dan menahan sebak, Umi berkata ”Tok Ki baru pergi meninggalkan kita”…Suasana kelam menyelubungi kami. Tangan kiri kiri Baba perlahan-lahan gemgam tangan umu pada masa itu…baba angkat dan cium tangan umi perlahan-lahan utk tenteramkannya…walaupun memang Umi seorang yang tabah (kalau tak… tak kan umi boleh jadi doctor). Baba gemgam tangan umi agak lama sambil menciumnya penuh rasa cinta sambil baba juga meenitiskan sambil menahan sebak.…Baba ingat lagi suara baba kelam sambil mengucapkan ”Demi Allah pada hari ini Abang adalah suami..ayah dan ibu kepama Umi… DemiAllah baba akan jaga Umi macam baba jaga diri baba sendiri dan anak2…” . Pada masa itu kaliam tak mengerti apa2 lagi kerana masih kecil. Umi kehilangan ayah.. setalah mak meninggal semasa Umi belajar di SM Sains Pahang (SEMSAS). Selepas itu umi kehilangan kedua2 tempat merebahkan kasih-sayang, cinta dan rindu…selain kepada kalian semua dan kepada dakwah dan agama Allah ini. Anak2 marilah kita hargai selayaknya Umi yang telah member segala-galanya kepada kitra semua. Sebab itu baba rakamkam disini saat apbila cinta mulai menyentuh…dihati baba…dan supay kalian tahu baba sangat cintakan UMI…inilah “Saat-saat Cinta Mulai Menyentuh” bila dikenangkan.

Tingalah Kasih...tinggalah Sayang...Yang ada pada Umi adalah Allah, rasul dan keluarga kita ini dan Dakwah yg menghiburkan...sedang riben usia baba/umi hanya tinggal sejengkal saja lagi. Anak2...antumlah yg Baba harapkan bakal mewarisi Dakwah ini. Hanya itu lah yg membahagiakan baba/Umi seandainya esok baba pejamkan mata macam Tok Ki utk selama-lamanya.

1 comment:

ummurumaisa said...

Sangat tersentuh bila membaca tulisan kali ini. Memang apa yang datang dari hati dan persaan akan dapat dirasai oleh hati dan perasaan. Airmata ummi tumpah deras tidak dapat dibendung ketika membacanya. Ya Allah kau ampunilah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani ku semasa ku kecil. Ya Allah Kau temukanlah kami di akhirat nanti ditempat orang-orang yang berbakti kepada Mu. Ya Allah kau maha mengetahui betapa aku merindui mereka.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA