Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
April 24, 2010
Aku Menjadi Malu kepada Allah...
Hujung minggu ini yang banyak makna. Bermula dengan hari khamis dari 8 pg hingga 12 th baba memberi ceramah motivasi ESQ UPSR kepada pelajar SK Alor Keladi Jerteh bersama ibu-bapa mereka. SubhanAllah seronok betul bersama dengan anaka yg baik. Sama Seperti mengendalikan KBM; tangisan dari lubuk hati anak tanda keikhlasan mereka semasa melafazkan lafaz tersimpan sebagai ikrar kepada ibu-ayah masing pada sekeping post card. Bersama ibu-bapa mereka juga adalah peluang yg sangat baik dalam konteks dakwah. Baba sempat hurai 8 tips ABCD Cinta sebagai ibu-ayah yg hebat mendidik anak2.
Balik petang khamis sampai rumah dalam kul 5 petang, bantu zaujah buat persiapan utk program daurah Akhawat IPT. Buat anak-anak yg Allah permudahkan utk hadir moga Allah membeli pengorbanan (masa dan akal) kamu dengan syurga. Pengisian dari akh seberang rasa-nya sangat menyentuh. Baba sempat berinteraksi dengan Ikh..yg jaga anaknya sedang zaujahnya memberi penyampaian. Bila lihat dhaifnya dia…sambil suapkan makan anak kecil dalam kereta. Panas lagi tu..Baba menejadi sangat malu dengan Allah…rasa-rasanya sudah banyak diri ini berkorban utk dakwah ini tetapi Ikhwah ini telah membuatkan diri ini rasa sangat kerdillll…sangat jauh jika nak dibandingkan dengan mereka dalam aspek pengorbanan dan Ilmu didada. Maka; Banyaknya nikmat kurniaan Allah yg tak sempat utk diri ini mensyukurinya
Bagi anak2 yg menghadiri daurah ini; ingatlah potongan ayat Al-Quran ini;
“katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar kamu dengan satu perkata sahaja, iaitu hendaklah kamu bersungguh2 berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata2. Samada dengan berdua (dengan orang lain) atau bersendirian. Kemudian kamu hendaklah berfikir sematang2nya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)….Katakanlah(Wahai Muhammad) Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepad kamu;balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah daripada Allah, dan Dia sentiasa merahmati serta menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Katakanlah lagi; Sesungguhnya Tuhanku menurunkan (Wahyu kepada nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar, dia sentiasa mengetahui akan segala perkara yang ghaib. Katakanlah lagi; telah datang kebenaran Al-Quran (yg memberi petunjuk) dan ketahuilah perkara yg salah tidak memberi sebarang kebaikan didunia usahkan hendak mengulanginya diakhirat. Katakanlah lagi; Sekiranya aku sesat, bahayanya hanya mengenai diriku sendiri sahaja, dan sekiranya aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan tuhanku kepadamu; Sesungguhnya Dia maha mendengar, lagi maha dekat. Saba’ (46 -50)
Hakikat hidup yg sebenar adalah menjadi hamba kepada Allah. Berilah taarif kehidupan ini dengan makna yg sebenar2nya disisi Allah. Anak2 memang kita ini sibuk. Dan sibuk memanglah takkan habis hinggalah saat kita kembali menyembah bumi. Tetapi, adakah kita ingin memasuki syurga sendirian dengan membiarkan rakan2 sebilik kita, saudara kira, mak dan ayah (sedang mereka tidak gemar jalan dakwah ini). Tak kesiankah kita kepada mereka. Percayalah mereka tidak mengetahui. Maka dari sinilah bermulanya dakwah, islah dan pembaikian. Anak2 ketahuilah bahawa tidak ada pilihan selain dakwah yg merupakan kewajipan dalam banyaknya kewajipan2 yang lain. Dakwah itu t/jawab kita dalam mana bebanan lain yg mengisi hidup kita. Jadilah kita pemuda/pemudi yg memberi obor buat umat ini dengan Al-Quran. Biarlah semangat muda kamu dan jiwa baru kamu mengalir hangat dalam darah umat ini. Ingatlah empat asas ini; Keimanan, keikhlasan semangat yg sentiasa membara dan usaha yg berterusan adalah milik kamu. Asas keimanan adalah hati yg bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yg suci, asas semangat ialah keinginan yg kuat dan asas usaha adalah keazaman yg membara. Anak2 jadilah kamu umat yg mulia dengan dakwah ini. Sesungguhnya Allah berniaga dengan kamu…jualkanlah semua pengorbanan kamu Allah pasti membelinya. Allah akan bayarkannya bukan dengan wang dan kemewahan dunia tetapi Allah dengan maharnya syurga. Anak2 mohonlah kerahmatan dariNya…burulah kemuliaan dunia dan akhirat denganNya. Jika kamu adalah orang2 yg celik hatinya dan cerdik akalnya. Sambutlah risalah ini kerana inya risalah kenabian. Perumpamaan dakwah ini adalah seperti perlumbaan lari berganti2. Jadilah kita salah seorang yg memegang batton itu...esok kita akan lepaskan kepada orang lain pula. Berlarilah sampai ajal menjenguk dan dan orang terakhir ialah khalifah yg Allah janjikan. Janganlah terasa lemah,lengah dan gentar kerana inilah kerjaya Kenabian. Dan kita adalah bukannya orang yg menonton sahaja perlumbaan itu!!!...Ingatlah bagaimana Allah merakam kisah pemuda Ashabulkahfi dalam Al-Quran “Mereka itu pemuda-pemuda yg beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk.”. Dan banyak lagi kisah para sahabat yg Allah rakamkan dalam Al-Quran...
Makanya anak2, doakanlah moga Allah memilih kamu salah seorang yg berlari membawa BATTON itu!...moga Allah pilih kamu salah seorang yg memperjuangkan panji2 Silam itu. Jika kamu inginkan kekayaan dan kemuliaan dan jika kamu Hubbu-baqa' (Cinta kekal: lawan takutnya mati)...maka pilihlah mati syahid kerana orang mati syahid itu hidup disisi Allah malah mereka kekal mendapat nikmat disisi Allah hinggalah datangnya hari kiamat. Moga Allah memberi taufik dan hidayah seluas2nya kepada kamu. Amin
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
No comments:
Post a Comment