April 10, 2010

Tahajjud Dalam Dakapan Cinta


Pagi hari ini ada dua SMS yg mengejutkan baba dari mimpi. SMS pertama dterima kul 5 11 pg dan yng kedua 5 22 pg. Terimaksih nak... kerana member ilmu kepada kami dengan SMS. Baba petikkan salah satu darinya “….ini kali pertama ana bertahajjud dalam linangan air mata yg bukan dipaksa2…Bediri pada rakaat kedua air mata ini mengalir deras…Ya Allah besarnya nikmatMu…Pengalaman yg tak dapat pelajari di mana2. Saat ini tenangnya hati ana baba…Syukran jazilan kerana masih sudi membimbing ana dijalan ini…

Semasa mnerima SMS ini baba tengah bebual2 dengan umi…sambil baring-baringan. Persis sambung perbualan malam tadi sebelum kami terpaksa memaksa diri utk tidur sebab dah lewat. Seblum tidur tadi, baba berbual2 dengan umi hingga 2 pg…sesekala berbual panjang ini banyak hikmahnya dan menjadi wasilah menjalin hawa jiwa kami.

Semasa berbual dengan umi pagi ini terpalit semua kisah2 anak, dakwah dan kisah antara kami. Dalam gelap pelukan dan dakapan jiwa kami begitu intim sekali. Muhasabah, betapa banyaknya nikmat yg Allah kurniakan kepada kami berdua.”Nikmat tuhanmu yg manakah ingin kamu duntakan”. Sampai kepada kisah…poligami. Email siang tadi dari seorang anak yg terasa kagum dengan Umi menulis begini…..besar ganjarannya pd seorang isteri y meredhai suaminya berkahwin lagi..dan ganjaran y spt kita tahu mendapat payung emas di akhirat nanti..
Dalam diam2 hati ini terdetik..ya Allah saat ini dalam pelukanku adalah ahli syurga. Izinkan aku untuk menyertainya dan bersamanya diakhirat nanti. Cemburunya hati ini bila di akhirat umi diberikan Allah paying emas…sedang diri ini mungkin tidak sempat mencium bau syurgaMu”. Dalam gelap malm ini, baba angkat tangan umi dan letakkan dimukaku… Baba usapkan air mata yg tak tertahan tumpah ini dengan tangan umi yg mulia itu. Lama sekali tangannya berlari-lari atas wajahku. Dalam suara tersekat2 baba ceritakan pada umi..satu kisah dimana Rasulullah berkata pada Aisyah “Ya Aisyah berikan mala mini padaku bersama tuhanku”. Jawab Aisyah menjawab “ Ya rasulullah aku lebih suka engkau bersamaku..tetapi aku lebih suka apa yg engkau sukai". Pada pagi itu bilal datang kemasjid utk bertahajjud. Bilal melihat rasulullah menangis keras sehingga basah tempat solatnya. Bilal berkata “Ya rasulullah bukankah allah telah mengampuni dosa2mu yg dahulu an yang kemudian” rasulullah menjawab ““Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.”.Kemudia rasulullah mengatakan bahawa malam tadi telah turun ayat Al-Quran “Innafi khalkissama wa tiwal ardh wakhtilaf…".
Allahuakhbar syukur kami memenuhi langit dan bumi…bagaimanakah jiwa ini ingin ungkapkan lagi???...Maha suci Allah yg menganugerahkan faham kedalam jiwa ini.

Nanti baba tuliskan artikel tentang penciptaan alam semesta dikaitkan dengan ayat yg turun ini sehingga Rasulullah menangis keras.

Ya allah Mahalnya malan ini bagi kami…walaupun tahajjud kami sambil baring-baringan…Ya Allah terimalah amal kami, ampunilah dosa kami, campakkanlah kedalam hati kami keluarga kami dan saudara2 kami, sahabat kami dengan perasan Rahmah dan mawaddah.

Kepada ukhti S yg hantar SMS tu…cuba bayangkan bagaimanalah jiwa insae yg selama ini telah menghabiskan malamnya dengan tahajjud dan tangisan?. Betapa bahagianya, sakinah dan ketenangan yang Allah ilhamkan terus kedalam jiwanya. Moga Allah merahmati kamu selama-lamanya atas jalan Al-haq ini. Sesungguhnya tahajjud adalah perbekalan utama atas jalan dakwah ini. Itulah azimat bagi para daie'. Yg akan menghidupkan hati manusia yg mati. jadilah kamu sebagai pemuda2 yg meniupkan roh dalam jiwa umat ini dengan tahajjud dan Al-Quran.sesungguhnya itulah sunnah nabi paling utama dimalam hari.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA