September 30, 2010

Open House 2010: Malam...

Open House Hari Raya 2010



Anda boleh lawati face book untuk gambar2 lain!!!!
zulkefleabraham

Antara Air Mata dan Seulas Senyum


Catatan perjalanan...khas utk insan yg taak pernah seiringan bergandingan
(dari Vistana Hotel, P Pinang ke Anjung Hidayah PT856)
Hujan mengiringi disepanjang perjalananku pulang

Akan kubayar dengan derita demi kebahagiaan manusia.
Dan akan aku tumpahkan kesedihan
yang mengalir dari bahagia manusia
...berubah menjadi tawa.

Diriku tetap setitis air mata dan seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan batinku
memberiku faham rahsia kehidupan dan hakikat sebuah perjungan
kerana setitis airmata menyatukanku dengan jiwa-jiwa sesat melarat

Seulas senyuman memanggilku dekat kepada manusia...dan DIA
lalu, aku terasakan lebih dekat..
seulas senyum menjadi metafora bahagia dalam kewujudan.

Perjuanganku menjadi lebih indah dari kerinduan pada hasrat yang hampa...
...pada setitis embun di pagi dunia
...apalagi pada bumi rasa yang putus asa.
Aku seperti kehausan tinta untuk mengungkap catatan CINTA
keindahan jiwaku santuni manusia dengan manja
...kerana telah kudengar keluhan mereka dalam kemelaratan hasrat
tangis mereka bagiku lebih asyik dari melodi nan indah.

Malam ini,
bunga menguncupkan kelopak dan tidur
... aku merangkul kerinduan padaNya.
tatkala dini pagi mampiri.. ia membuka bibirnya...
...aku kucup mesra dalam pelukan tahajjud...
sebak tangisku memukul belantara rasa...
sambil menanti matahari menerbitkan fajar
buat umat ini

Aku tetap akan melangkah...

"Menuju samudera cinta dan keindahan bersamaMU – Tuhan"


"Anjung hidayah"
3 pg 1 OKT 2010

September 27, 2010

Kau Pendorong Perjuangan Ummah Ini...


Petikan dari Misi A2G VP5
http://aqsa2gaza.blogspot.com

Siapakah kami sebenarnya berbanding kamu wahai saudaraku.
Tidak kupunya apa kecuali meminjam semangat darimu.
Tidak ku kenal erti perjuangan kecuali ku saksikan dari realiti yang kau terus hadapi saban hari.
Tidak kupunya harapan, kecuali harapan mengunung yang kau telah bentangkan di dalam perjuanganmu yang masih belum berakhir, walaupun telah mengorbankan jiwa-jiwa syuhada'.
Tidak ku dapat perlihatkan kepada generasi pelapisku, kecuali di layar-layar mengenai realiti hempas pulas hidup dan mati hari-hari perjalanan hidupmu.
Tidak ku dapat ungkapkan erti pengorbanan, kecuali jerit pekik mu bersama takbir yang menyusul dari titisan darah para pejuangmu dari semua yang rela menjadi perisai ummah ini.
Tidak ku mengerti janji-janji Allah kecuali keyakinanmu yang kau buktikan dalam setiap degup jantungmu sehingga kau rela dimamah peluru zionis durjana.

Kini kami pingin menjenguk dimedan mu ...
Kini kami mahu belajar dari guru yang telah terbukti ilmunya.

Tapi mungkinkah aku mampu berguru darumu ?

Namun ... kau izinkan ku melangkah dibumimu ... walaupun sekedar untuk melihat wajah-wajahmu para kekasih Allah rabul alamin.

A2G
0105 am
Alexandrapoulis, Greece.

Diari Pak Lang (Keindahan BersamaMu)

SUATU KISAH YG BOLEH DIJADIKAN RENUNG-FIKIR PARA DAI'e
Siapa yg pernah ikuti program KBM tentu kenal dengan Pak Lang

Masih aku teringat dalam satu program di Bandar Johor Bahru , seperti biasa aku menjadi pengendali program. Namun pada hari tersebut kami kekurangan fasilitator, jadi terpaksalah aku menjadi fasilitator bagi satu kumpulan pelajar.

Setelah berinteraksi selama 2 jam sebagai pengendali, rasanya cukup untuk aku selesa sebagai fasilitator kumpulan pelajar ini, sejumlah enam orang pelajar lelaki. Aku bersembang dengan memperkenalkan diri ku dengan lebih terperinci. Setelah mesra dan selesa, kami duduk dalam kumpulan dengan lebih rapat, lebih akrab… sehingga aku mampu mengajukan sembang bertanya tentang solat mereka, siapa yang merokok, siapa yang tuang kelas, apakah dosa paling besar yg pernah dilakukan. Lanjutan dari itu aku terus bersembang.
Pak Lang: Siapa dari kalangan kalian yang pernah berzina?

Pelajar : Pernah; Pernah; Tidak; Pernah; Pernah; Tidak; …. (4 daripada 6 pernah berzina). (Dalam hati terasa sedih melihat wajah wajah ini, ada antara mereka wajah nya kelihatan begitu baik pekerti dan akhlak nya)

Pak Lang : Emak dan Ayah tahu tak apa yang korang dah buat ni

Pelajar : Tak; Tak; Tak; Ayah saya dah tak ada Pak Lang, emak tak tahu; Tak; Tak

Pak Lang : Apa perasaan korang SEKARANG bila korang kenangkan dosa dosa kalian tu… ada apa apa yg korang nak share apa perasaan korang sekarang
Keenam enam ni bercerita seorang demi seorang dalam keadaan kami duduk semakin rapat… seorang demi seorang menyuarakan kekesalan mereka. Air mata mereka mula menitis dan menitis dengan nada yang semakin sebak. Aku tertarik dengan kata kata seorang pelajar. “Pak Lang, kami ni bukan tak mahu jadi orang baik. Kami ni nak juga jadi orang baik tapi tak de orang yang nak cakap dan nasihat kami macam pak Lang buat ni.” Dengan nada perli dan marah terus dia menyebut “Yang selalu bercakap dengan kami hanya si gondong kat sekolah tu saja” (Si gondong yang dimaksudkan adalah guru disiplin di sekolah mereka)

Kami duduk semakin rapat. Aku mengajak mereka saling memeluk bahu dalam bulatan, dengan memberi pesanan pesanan. Aku terus menadah tangan berdoa di tengah bulatan pelukan kami dalam kumpulan, satu demi satu aku sebut nama mereka bahawa “ ya Allah, hamba mu mengaku segala dosa dan ingin bertaubat, nak kembali kepada mu.” Dapat aku rasakan tangan yang ku tadah untuk berdoa disirami air mata anak anak muda ini… dapat aku rasa vest yang ku pakai semakin basah. Hati semakin sebak. Habis berdoa aku minta mereka peluk sesama mereka dan beri kata semangat antara mereka. Salah seorang yang ketiadaan ayah lantas memeluk aku … “Pak lang, pak lang jadi lah ayah saya, nasihat kan saya selalu”. Ya Allah ampunkan dosa ku seandainya aku tidak mampu memenuhi harapan anak muda ini.

Pengajaran

Mereka yang bergelumang dengan maksiat ni sebenarnya bukan tidak mahu kepada kebaikan. Mereka perlu didampingi, ditemui, dinasihati. Mereka pun nak kembali kepada fitrah jadi orang baik. Berdakwahlah dengan penuh kasih sayang.

Keadaan masyarakat dan adakala nya di sekolah keadaan itu tidak membantu malah boleh menjauhkan mereka dari kebaikan dan kebenaran.

September 25, 2010

Cerita Mini dari Mail Box

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?



Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

September 19, 2010

DOA KAMI SEMUA TETAP BERSAMAMU...



Misi Aqsa2Gaza VP5
Sehari dua ini debaran yg tak henti bagi jiwa ini dalam mengikuti lintas langsung dari media alternatif (media perdana jangan harap mereka melaporkan)tentang perjalanan misi bantuan ke Ghaza. Wakil malaysia:Misi ini adalam anisiatif utama Aqsa Syarif Malaysia bersama NGO dunia yg lain. Misi bantuan keamanan ini adalah siri ke-5 kepada saudara kita di sana. Seluruh umat Islam sepatutnya mendoakan kesejahteraan keatas mereka yg telahpun meninggalkan wasiat utk Isteri dan anak2 yg mereka tinggalkan.

Contoh:Petikan laporan...
Friday, 17 September 2010
Persiapan Kenderaan A2G VP5
Persiapan Kenderaan A2G VP5
17 Sept 2010. Hari ini peserta Konvoi telah menghabiskan seharian mendaftar dengan Viva Palestina UK dan mempersiapkan kenderaan yang akan digunakan sepanjang perjalan dari London ke Gaza.

Mereka telah memulakan hari dengan bersolat jamaah bersama-sama dan diikuti dengan bacaan ma’thurat di penginapan B&B Willesden. Seterusnya para pesertaberkongsi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ameer MSM, Saudara Abdul Azim Ismail. Saudara Azim telah mengingatkan tentang pentingnya meluruskan niat sepanjang masa. Banyak ruang-ruang untuk tergelincir dari niat asal termasuk syubhat dan shahwat...bersambung

Anda yg ingin mengikuti dengan lebih terperinci bolehlah menggunakan akaun fb,twiter masing disamping melalui blog dibawah.
http://www.aqsa2gaza.blogspot.com/

Sekarang rombongan mereka berada di lyon, perancis konvoi dari London melalui tunnel. Ada beberapa web dari Perancis yg menggunakan bahasa perancis juga mengadakan kempen mereka. Seperti berikut; bagi sesiapa yg faham bahasa perancis jer lahh.
http://www.vivapalestina.org/francais.htm
http://www.pageshalal.fr/agenda/accueil_du_convoi_viva_palestina___5eme_halte_a_lyon-fr-511.html?symfony=4a3a88b9a9f46f881539702f912a97b1.

Wahai saudaraku di bumi malaysia tercinta ini...apakah yg telah kita buat utk saudara kita di Palestain?. Kita asyik bertelingkah perkara2 furuq'..kita asyik bermain dengan kucing dan arnab kesayangan, Kita asyik makan makanan yg enak2 sambil ketawa-ria dengan keluarga anak2 kita di restoran KFC dan MD. tahukah kita RM1 yg kita belanjakan mereka gunakan utk membunuh anak2 saudara kita di Ghazah,Palestain. Tak malukah kita...tiap2 tahun pergi haji, umrah dan melancong ke Korea?.. sedangkan anak2 saudara kita di sana hanya, makan sekali sehari selepas itu 4 hari mereka berpuasa. Pernahkah kita hulurkan apa2 bantuan utk mereka?...Adakah kita fikir kita tak disoal oleh mereka d depan Allah di akhirat nanti?...

Lalainya kita... Lupanya kita..."Bukan dari kalanganKu mereka2 yg tidak mengambil berat tentang saudaranya yg lain".
"bila lah diri ini berpeluang utk kesana?"

September 5, 2010

Mengejutkan: Berakhirnya Penghormatan Paran Saintis Kepada Stephen Hawking


LONDON: Did creation need a creator?

Dengan terbitnya buku ini membuktikan bahawa idea yg brilliant dan IQ yg tinggi telah meletakkan muka tuannya kelumpur apabila agama dan ketuhana telah dinafikan. "Alangkah baiknya kalau dapat baca sendiri bukunya yg bakal muncul itu nanti".
Berdasarkan dari laporan oleh yahoo semalam, pada saya Idea SH (seorang saintis yg pernah dilabekan sebagai allien) ini telah meletakkan dirinya berada di hujung Penghormatan. Idea yg diasaskan IQ dan fakta sains semata-mata, yg tidak berpandukan nilai ketuhanan tidak berdaya mempertahankan dirinya dari dikritik hebat selepas ini, terutamanya oleh cendikiawan Islan. Dunia sains tahu dia adalah seorang saintis yg hebat, beliau jugalah yg mengemukakan tentang "Big bang teori". Teori ini menerangkan bahawa Alam semesta ini diciptakan dalam enam masa. Beliau juga telah mengandaikan komposisi dan evolusi Alam Semesta bagi setiap 6 fasa itu yg telah bermula 4.5 billion tahun yg lalu. Sebenarnya Angka 6 masa ini jelas dipelajarinya dari Al-Quran dan dari Biblle sendiri.

Adalah sesuatu yang bodoh dan tak masuk akal bila beliau berkata demikian "Because there is a law such as gravity, the Universe can and will create itself from nothing,"

Tiada siapapun dan kuasa sains yg boleh jelaskan bagaimana alam ini diciptakan dan diurustadbir dengan sungguh sempurna dan harmoni. Kuasa apakah yg mampu utk menetapkan pusingan Bumi atas paksinya adalah 24 jam 66 saat. Siapakah yg boleh memastikan Kecondongan paksi Bumi pula adalah 23.5 darjah. Big question; "kenapa paksi bumi tidak tegak sahaja"?. Logiknya sesuatu yg dilemparkan tercampak dari satu letupan mana mungkin boleh ada grakan yg punya skalar ukuran yg tepat, maha detal tetap dan kukuh. Saya tanya lagi bagaimana keadaan kita jika bumi tiada paksi. bumi berpusing sesuka hatinya???.

Bulan mengelilingi bumi orbitnya pada garis kecondongannya tersendiri, maksudnya tidak pada garis selari dengan matahari dan bumi. kalau paksinya selari, kita bumi akan mengalami gerhana bulan dan matahari sebanyak 2 kali setiap sebulan. Selain beredar mengelilingi bumi, bulam juga berpusing atas paksinya pada kelajuan dimana sehingga kita hanya dapat melihat permukaan bulan yg sama sepanjang masa. maksudnya bulan hanya menunjukkan muka depannya sahaja kepada kita. Bahagian belakang kita takkan dapat melihatnya hinggalah hari kiamat.!!!. siapa yg suruh bulan berpusing atas paksinya dengan kelajuan yang tak masuk akal itu?.. Sungguh Ajaibkan?

Logicnya sesuatu yg terjadi sendiri dan dilemparkan hasil dari letupan sopernova macam mana boleh melekat tetap atas paksinya. Sungguh ajaib kuasa ajaib itu .

Subhanallah...bumi dan semua planet2 yg dilemparkan akan beredar sepatutnya berpusing sesuka hatinya. Analogi: seperti kita melemparkan segemgam anak guli dalam bakul. Logikkah;apabila tiba2 saja guli itu bergerak ada pattern, ada ada paksi dan kelajuan tertentu,waktu dan ada sistem pengaturcaraan gerakan yg canggih sehingga berada dalam keseimbangan dan harmoni. Adalah mustahil jika tidak ada "super power" penjagaNya setelah diciptakannya. Bagi orang yg punyai otak yg sihat adalah mustahil jika semua itu tiada TUAN yg mencipta dan MentahbirNya. Maka alangkah lemahnya fikiran seorang saintis mengatakan alam ini tak perlu kepadaa pencipta...?. Kalau tiada pencipta dan TUAN maka siapa pula yg mentadbir sistemnya yg tersusun indah ini?..

Hakikatnya SH tak mampu membaiki sistem badannya yg lumpuh itu...mengambarkan lemahnya dia dan manusia. Agaknya dia sudah kecewa dan benci kerana TUHAN alam ini menjadikannya lumpuh?.., sehingga dia mengelurkaa teori ini untuk menuduh tuhan itu lemah yg tidak bisa mengeluarkan dirinya dari penjara kelumpuhan itu?. ataukah dia sorang saintis yg kecewa dan tidak mensyukuri bahawa apa yg ada dalam otaknya sekarang ini sebenarnya adalah anugerah TUHAN YG MENCIPTAKAN SEMESTA INI yg dia sendiri tak pernah mintanya.

disini saya letakkan petikan laporan yahoo semalam.
British physicist and mathematician Stephen Hawking says no, arguing in his new book that there need not be a God behind the creation of the universe.
The concept is explored in "The Grand Design," excerpts of which were printed in the British newspaper The Times on Thursday. The book, written with fellow physicist Leonard Mlodinow, is scheduled to be published by Bantam Press on Sept. 9.
"The Grand Design," which the publishers call Hawking's first major work in nearly a decade, challenges Isaac Newton's theory God must have been involved in creation because our solar system couldn't have come out of chaos simply through nature.
But Hawking says it isn't that simple. To understand the universe, it's necessary to know both how and why it behaves the way it does, calling the pursuit "the Ultimate Question of Life, the Universe, and Everything."
"We shall attempt to answer it in this book," he wrote. "Unlike the answer given in 'The Hitchhiker's Guide to the Galaxy,' ours won't be simply '42.'"
The number 42 is the deliberately absurd answer to the "Ultimate Question" chosen by sci-fi author Douglas Adams.

But "The Grand Design" seems to step away from that, saying physics can explain things without the need for a "benevolent creator who made the Universe for our benefit."
"Because there is a law such as gravity, the Universe can and will create itself from nothing," the excerpt says. "Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the Universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to ... set the Universe going."
Hawking retired last year as the Lucasian Chair of Mathematics at Cambridge University after 30 years in the position. The position was once held by Newton.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA