Hmmm... Hujung cuti sekolah seminggu ni kami sekeluarga ke USM Kampus Kejuruteraan Transkrian, Nibung Tebal.Kami ke sana kerana (Umi sebagai) ketua2 jabatan termasuk kampus kesihat kena hadir di istiadat konvokesyen yg diadakan di kampus transkrian. Kami menginap di Sunway Hotel, Seberang jaya, P pinang. Along dan Acik tak ikut. Along ke serawak program MUSLEH selama 2 minggu dan ACik baru jer balik dari program jaulah ke KL.
Sebelum ke Peneng; pada hari rabu kami sekeluarga singgah diCameron Highlang melalui Gua Musang . Tidur semalaman disana, saja bawa anak2 jalan2. Dari CH kami ke Peneng melalui Simpang Pulai, Ipoh pada pagi jumaat.
Hari sabtu petang balik ikut taiping, K Kangsar Grik, jeli, kira2nya cukup satu pusinganlah. Sampai di rumah dalam pukul 11 malam.
Yang bestnyer. Selepas hantar umi ke dewan konvo dalam kul 12 th sabtu tu...Ana dan anak2 ada masa dalam 4 jam sebelum umi habis kul 5 petang. Masatu tak tau nak gi kemana, pusing2 bandar Parit Buntar...cuba cari jalan utk ke Batu Kurau. Kerana kami nak gi rumah abang ana yg sulung ( dah meninggal). nak ziarah anak2 dia. Ana dah lama tak ziaran mereka selepas abg long meninggal 2003 dan isterinya pula meninggal 2 tahun kemudian. Setelah itu jarang2 keluarga kami di Kelantan ziarahi anak2nya. Dalam masa yg sama ada seorang student Mizan di sana. Dari semalam dia ajak..katanya durian tengah jatuh. semalam ayahnya dah simpan satu bakul...tapi kami tak sempat nak gii sebab lewat cek in hotel. Lewat tiba dari cameron.
Soo tgh hari ni... cari punya cari jalan utk ke Bt Kurau, sudahh tersesat pulakkk...sampai kelubuk buntar. Patah balik ke Parit buntar. waktu tu dah kul 2 petang. kalau nak gi Bt kurau pun dah tak sempat. Ishh ishh..anak2 pun dah komplain lapar. Nak tak nak Pergilah cari restoran. Pusing punya pusing jumpalah restoran nasi kandar simpang 4 dekat kampus transkrian. Lepas makan pusing2 lagi, dan terjumpa gerai air cendol pulut tepi parit. banyak sungguh parit disini. Anak2 pun semuanya nak makan AB cendol. Maka kami anak beranak santap pulak AB cendol. Disebelah gerai cendol tu ada jual durian. Wahhh apa lagi belah sebiji. Sambil makan durian juga di bubuh dalam cendol...umhhh Sdap pulak. Anak2 pun sama. Dapatlah lepaskan gian nak makan durian. Maka AB Cendol tepi parit di Parit Buntar menjadi kenangan kami anak beranak...he he
Sebenarnya ini kali ke-3 ana sampai di pekan Pt buntar nihhh
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
2 comments:
Amboi, dh sampai kt kuala kangsar baba x snggh pn rmh ana..:(
LAAA...DAH PETANG...KEJAR BUKIT TINGGI...NAK KENA LEPAS SEBLM KUL 9 MLM...HUJAN ARI TUUU KAN!!!. \SERAM SANGAT BILA INGAT STUDENT KITA 4 ORG MAUT KEMALANGAN DI GRIK MINGGU LEPAS..iA,SAMPAILAH JUGAK NANTIII..BILA ANTA WALIMAHHH...HE HE, KENA CAPAT2
Post a Comment