October 19, 2011

LAMBAIAN URATA TANAH AIR




JAULAH KE KEDAH...20 -22 oKT 2011




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Ya Rabb..peliharalah musafir kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU. Doa kami mustajab. Limpahkanlah perjalanan kami dengan keampunan dan kurniakanlah kepada kami ilmu yg bermanafaat dari musafir ini. Eratkanlah ukhwuah antara kami dan ikatkanlah hati-hati ini dengan ikatan yg erat dan satukanlah ia dalam lembayung cahaya rabbaniMU.

Hadaf jaulah kali ini:
~UKHUAHFILLAH
~HAYATUN SAHABAH (Lima sahabat pilihan)
~ZIARAH TOKOH (Ust Rosli^Islah Sungai Petani)

Terimakasih Akhi Fazli Kerana sanggup korbankan masa,tenaga dan cuti untuk meraikan kehadiran kami semua. Jaulah yg tertangguh selama setahun akhirnya tertunai juga akhirnya. Kerinduan yg hampir 2 tahun terpisah, akhirnya dapat bertemu dalam suasana ukhuaffillah. Bertemu dan terpisahnya kita adalah kerana ALlah.
Sebenarnya penyusunan jaulah yg akhi Fazli berikan adalah lebih dari apa yg kami perlukan. Moga Allah rahmati anta selama lamanya. Moga Ukhuah ini akan kekal selama lamanya.

2 comments:

Muhammad Hafifi said...

Kehebatan nilai ukhwah itu sungguh manis.. tatkala org gembira kerana bertemu.. kita pula gembira tatkala berpisah.. Bukankah kita pernah mendengar satu hadis :

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” (Riwayat Muslim)

Jaulah kali ini sungguh memberi erti yang besar buat diri ini dan semua.. ia dilakar atas dasar ukhuwwah kerana Allah..

Abuuwais said...

Moga manafaat umur ini yg di infaqkan aatas jalan Allah ini. Moga kita adalah salah seorang dari golongan Allah janjikan untuk diberikan perlindunganNya nanti.
"Benarlah kata Dr 'aid Al Qarni; Kita memilih kematian bergantung bagaimana kita menjalani kehidupan. Hati yg sentiasa rindu kebaikan dan rahmat Allah saat ini ...mudah2an nanti akan databg berjumpa Allah dengan jiwa yg tenang.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA