Assalamualaikum semua...
Minggu ni Kampus sunyi sepi. Sutdents semuanya tengah struggle study dan ada yg tengah exam final. Tapi pensyarah yg tak ada kerja tu...berduyun2lah keluar cari makan pagi.
Semalan (rabu) baru masuk office sebab hari selasa masih cuti, Qurban lembu di SMI Aman. 2 ekor. Semalam juga berduyun2 menerima tetamu dbilik dari kalangan pelajar dan rakan pensyarah. Kalau pelajar tu ada yg berubat dan ada yg datang utk minta "syafaat". Minta halal segala ilmu dan minta doakan utk kejayaan final exam ni.
Alhamdulillah pagi hari ada geng yg tunggu utk makan pagi. Makan tu perkara biasalahkan...tapi yg boleh dikungsikan disini ialah antara topik perbualan aku dengan En Yusof ialah cerita ttg Bob Loqman (artist). Bob lokman kata masa dia jadi artis dulu majlis agama takder nak tegur, tapi bila dia sudah nak belajar jadi baik, aikkk ada banyak pulak salahnya .Majlis agama yg kata dia salah. kan aneh tu?. itu kata rakan saya pensyarah En Yusof lahhh. Kami sama sama gelak jer. Aku pun kata kat dia "oooh maknanya jadi artis tu lebih baiklah dan lebih soleh lah ek dari jadi ustaz..itulah restu majlis agama?." Dia pun gelak pula. aku sambung lagi dengan sinis (agaknyalah), Betullah ekkk pepatah melayu "Buat baik ber pada pada, buat jahat jangan sekali". dia pun gelak pula, kah kah. sambil mengulas..."Oooo kalu nak buat baik tuu janganlah banyak banyak, berpada pada lah, tapi buat jahat jangan sekali...tapi kena berkali kali baru tak pa"....kah kah kami sama gelak...Aku pun tanya kena betulkan semula pepatah melayu ni!. Tak releven dah zaman loo ni atau orang tua kita dulu tu silap.
Apa pandangan anda?...he he
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tahniah SRI dan SMI kerana telah mengharumkan nama ISLAM, SMI dan SRI Aman. Tahniah K Ngah dan Abg Cik. Walaupun hanya tempat ketiga tetapi ...
-
Buat tatapan insan2 tersayang.Moga kematian adalah penasihat paling setia. Apabila usia berada di hujung helaan nafas..seluruh hidup yg tela...
-
Video ini adalah dedikasi khas buat teman teman dan sahabat yang baru kehilangan insan tersayang yang sering menemani disisi. Jumaat lepas S...
No comments:
Post a Comment