November 9, 2011

"MAKNA 11.11.11 kepada keluarga kami".

"GRATISAN CINTA DARI Ilahi...".

Andai hidup ibarat dua Sisi duit syling, siapakah yg bisa menentukan hitam puteh hidup kita?....Siapakah sebenarnya yg berhak menghina dan memuliakan diri kita selain Allah.
Sesungguhnya seluruh nikmat dan rahmat adalah hanya milik Dia yg memiliki seluruh alam ini. Seluruh Kebesaran dan darjat adalah kepunyaanNya. Maka setiap inci panca indera deria dan setiap saat helaan nafas kita saat ini sebenarnya dalam gemgamanNya. Semua anugerah itu adalah hakikat gratisan Cinta dari tuhan pemilik diri,hati dan jiwa kita ini. Kerana tuhan sayang kita: bila diberikan nikmat yg kita sering cepat melafazkan syukur dan apabila dicampakkan musibah yg membolehkan bibir kita menuturkan sabar dan jauh dalam hati membenih redha yg mendamaikan.

Buat UMI; baba dan anak2 ucapkan Selamt Hari Lahir yg ke 44 Tanggal 11/11/11. Tambah seri dan maknanya sambutan tahun ini dengan anugerah Pingat Darjah Ketiga Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (PSK) sempena Keputeraan Sultan Kelantan hari ini. Moga kami lebih berbangga dengan Umi...selama ini dan selamanya. InshyaAllah. Umi adalah insan hebat walaupun bibir ini tidak sering melafazkannya. "Kami Sayang Umi"

4 comments:

Siti Norhanani Bt Mohd Khir Low said...

Alhamdulillah...lama x jenguk blog cikgu...Tahniah buat isteri cikgu....

Abuuwais said...

Yaa.. Maaf Nani tak sempat hadir jemputan hari minggu lepas tu. Bila akan walimah?. inshyaAllah saya akan hadir nanti.

Muhammad Hafifi said...

Ucapan tahniah daripada saya buat ustaz zul.. Semoga Allah merahmati umur dan berkatkan seluruh keluarga ustaz untuk waktu yang terkehadapan dan juga sebelumnya..

Siti Norhanani Bt Mohd Khir Low said...

InshaAllah...walimah bulan 6 tahun depan..

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA