Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
March 11, 2013
Bahan Tazkirah Untuk Bulatan Gembira Minggu Ini.
WASIAT Al-Banna
(petikan dari buku ﺑﻴﻦ اﻷﻣﺲ واﻟﻴﻮم)
Antara Semalam dan Hari Ini.
Wahai saudaraku, dengarlah!.
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh
itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan
bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.
Wahai saudaraku;
Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya.
Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam
yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya.
Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik.
Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka
mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan
kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan
kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada
anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah,
kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika
mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.
KEWAJIPAN.
Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orangorang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka. Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan
janganlah ragu. Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)
Allahu Akbar walil-Llahi- hamd.
March 5, 2013
Bahan Tazlirah Untuk Liqa' Minggu ini.
JOM…Susuri jalan yang damai
Anak2ku
dan sahabat tercinta…
Kalaulah jalan
dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pasti ramai yang
mengikutinya. Kalaulah jalan ini dilimpahi kesenangan dan nikmat lahir yang
melimpah sudah pasti semua manusia berebut2 untuk sampai kepenghujungnya. Kalaulah jalannya begitu panjang, tak akan ada
yang mampu menempuhnya kecuali bagi orang yang sabar dan berani. Kalaulah jalan
ini dipenuhi ketidaktentuan, tak akan ada yang kuat untuk terus melangkah
selain mereka yg punya perbekalan. Bagi mereka, jauhnya perjalanan dan halangan yg
tak ketentuan bukanlah masalah selagi keberanian masih terus terhujam dalam
hatinya dan kesabaran yg menebal dijiwanya. Keberanian dan kesabaran adalah bekalan
berharga bagi para duat. Jika keberanian adalah denyut nadi perjuangan maka
kesabaran adalah jantungnya. Karena kesabaran merupakan faktor penentu seberapa
lama seseorang daie’ itu mampu bertahan
dalam perjuangannya. Keberanian adalah senjata serangan, kesabaran adalah perisai. Perisai bagi pejuang untuk menghadapi serangan
ujian dan tentangan yang tak terduga.
Namun, antara keberanian
dan kesabaran ada tali pengikatny. Seperti ikatan kimia bagi atom. Keinginan untuk
terus berjuang dan kesadaran untuk bersabar
menghadapi segala tantangan mesti dihubungkan
dengan pengikat yang namanya ketenangan. Karena ketenangan adalah penyerap atau
stabilizer antara keinginan untuk meraih kemenangan
dengan sulitnya realita tentangan yang dihadapi. Maka ketenangan sebahagian dari
asset bagi para daie’
Namun dari mana
datangnya ketenangan ini?.
Ketenangan merupakan mantijah dari saqafah tentang zat yang maha agung dan
maha hebat. Ketenangan yg tumbuh dari kebergantungan kuat pada tuhan yg
memiliki seluruh alam. Kedamaian akan lahir dari rasa cinta maha AGUNG kepada rabb yg sentiasa berdegup dalam irama
jantungnya. Cinta yg hanya lahir dalam hati yang sentiada terasa dekat
denganNya dan jiwa yang terus mengharap hanya pada pemilik dan mengatur seluruh
hidupnya. Terasa dekatnya Rabb seolah-olah lebih dekat dari
urat lehernya sendiri.Itulah Allah yg sentiasa hadir dalam jiwanya dan Allah yg
sering memanggil rasa takut dan harap batinnya. Itulah hakikat mengenal Allah
dan itulah akidah yang sallim, imanan yang sempurna buah dari ibadah yang sahih.
Anak2ku dan sahabat2 dikasihi...
Percayalah bahawa itu adalah
sebahagian matlamat dari Mutaba'atu yaumin yang sering dipantau dalam usrah. Itulah juga
mantijah dari tilawah dan tadabbur Quran (semuka sehari), saum, qiam,
rawatib,dhuha,riadhah,maathsurat dan bacaan yg bermanafaat. Itulah buah dari Qiam menjadi
kewajipan para duat yang dimestikan.
Anak2ku dan sahabat2
sekelian...
Marilah kita mencari sumber2 ketenangan. Jom bernaung dibawah
kedamaian dan ketenangan jiwa. Marilah kira terasa teduh dengan rahmat Allah
yang sentiasa memayungi langkah kita.
Marilah kita berkelana menempuh jajan yang damai bagi hati kita ini iaitu jalan
dakwah yang sangat jauh lagi penghujungnya. Percayalah ketenangan akan
menyegarkan impian menjadi kenyataan. Yakinlah bahawa kedamaian hati dan
ketenangan jiwa adalah perisai keberanian kita menuju kejayaan. Dan itulah merupakan
hujjah bagi kita didepan manusia dan didepan Allah.
“Dia-lah
yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya
keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)". (QS. Al-Fath: 4)
"Ya Allah, Ilhamkan rasa damai,tenang dan teduh bagiku untuk thsaba't selama-lamanya di atas jalanMu ini. Gantikanlah bagiku segala kepayahan ini dengan yang lebih baik di akhirat kelak".
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...