November 8, 2015

Nyaman di Mehwar Ini...!

Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM.


Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Sesungguhnya ia menjadi kecintaan bagi hati. Begitu juga dakwah marhalah taksis merupakan keselesaan dalam dairi para daie'. Siapa yang tak berasa seronok bekerja di mehwar taksis? Aman, tiada halangan yang nyata, tiada fitnah-fitnah khariji, kita mampu bergerak ke mana-mana sahaja tanpa dipantau, tiada sangka-sangkaan orang.
Sekarang, pandangan masyarakat perlu diambil kira. Amal qawiyy & amal dhaif perlu dikaji lebih mendalam setiap masa. Tidak jumud. Tak semestinya yang dikatakan dhaif pada satu-satu masa, menjadi dhaif setiap masa. Begitu juga sebaliknya. Tidak dikatakan afdhal sesuatu perkara  disuatu  masa akan afdhal di suatu masa yang lain.
Perlunya ada satu kefahaman yang jelas dan pemikiran yang matang dalam meletakkan priority antara aktiviti tarbiyah dan aktiviti mengembangkan dakwah.
Kita masih lagi selesa dengan takwin centric. Tetapi takwin centric bukan bermaksud meletakkan SEMUA amal takrif adalah amal dhaif apabila bertembung dengan amal takwin pada setiap masa. Juga tidak bermaksud apabila sudah berlakunya perubahan mehwar, kerja-kerja takwin sudah bukan lagi priority no 1.
Kalau ingin diikutkan ke”selesa”an, pastinya ingin ku terus bergerak seperti di mehwar taksis pada setiap masa. Hampir keseluruhan masaku bergelumang dengan mereka yang menyerahkan diri pada tarbiyah. 
Tapi dakwah akan terus menderu laju…
Sehingga kita terpaksa berhadapan dengan perkara yang cukup melelahkan. Mencabar kemampuan kita sedia ada. Memaksa kita meningkatkan kemampuan diri untuk menanggung tanggungjawab yang semakin bertambah, medan yang semakin meluas serta mad’u yang ramai dan pelbagai.
Pastinya keputusan yang diambil telah dibincangkan setelah sekian lama. Mungkin tenaga yang ada masih tidak mencukupi pada zahirnya, tetapi ada golongan yang terpaksa berkorban menanggung bebanan lebih disebabkan tuntutan dakwah pada masa kini. Akan berlaku perahan tenaga yang berpusat pada golongan tertentu di dalam jemaah. Mungkin…
Lalu sudah menjadi tanggungjawab kita meningkatkan isti’ab kita dan binaan kita. Isti’ab nazhori, isti’ab maknawi, isti’ab amali. Kerana bebanan dakwah ini perlu dikongsi bersama, bukan ditimpakan pada golongan-golongan tertentu manakala sebahagian yang lain sekadar berbangga dengan output golongan tersebut.
Setiap dari kita perlu kreatif dalam mengaplikasikan manhaj. Bukan mengikut sahaja apa yang diterima, menunggu-nunggu arahan sebelum bertindak, tidak mampu mengeluarkan inisiatif sendiri untuk bergerak mengikut acuan jemaah.
Tidak lupa juga, jangan terlalu izzah dengan nama. Sehinggakan izzah pada nama itu mengatasi izzah kita pada islam, izzah kita pada al-Quran dan hadis sebagai petunjuk kita.
Izzahlah pada amal kita. Bukan riya’ pada manusia, tetapi sebagai bukti jelas yang ALLAH itu satu-satunya tujuan kita, Rasulullah itu qudwah ikutan kita, Al-Quran undang-undang kita, jihad adalah satu-satunya jalan kita dan syahid adalah cita-cita kita yang utama.

Hayati semula 10 Muasafat Tarbiah


Justeru, amal-amal kitalah yang akan menampakkan siapa kita yang sebenarnya. Nama hanya sekadar nama. Amal yang terlebih dahulu terpampang jelas sebelum namanya.
Seorang syeikh menggambarkan kewujudan kita ini bukan sekadar mengelola aktiviti-aktiviti tertentu, ataupun memberi sumbangan tertentu kepada masyarakat dan negara. Bahkan kita adalah ruh baru yang meresap dan mengalir ke dalam tubuh umat ini…
“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikanbukan parti politikbukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!
Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw.
Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”.
Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA