August 23, 2008

Masjid Al-Syakirin (KLCC)…Aku menginsafi diri..

15 august 08 Citu sekolah bermula. Jumaat Ke Cameron Highland bersama Isteri. Cuti weeding Anniversary. Hmmm…. Indah sekali, jika sesekali meraikannya. Kali terakhir kami raikannya ialah 2005,ke Sydney, AU. Ingat lagi masatu winter. Memperbaharui cinta sesemarakkan mahabbah rahmah dan mawaddah. Maha suci Allah yang menganugerahkanku dengan isteri yang cerdik yang solehah….penyejuk mata…penawar hati…penajam fikiran ..dirumah dia isteri, dijalanan kawan…diwaktu sunyi dia teman menghiburkan..diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan. Dia umpama tongkat sibuta…bila tiada suatu kehilangan. Dia ibarat simpanan ilmu, semoga kekal untuk diwariskan. Pandangan kita diperteguhkan…menjadikan kita tetap pendirian. Ilmu yang diberi dapat disimpan. Kita lupa dia mengingatkannnn….Indahkan Nasyid tu dari album solo terbaru nazeri (Raihan) yang kami dengar disepanjang perjalanan…Maafkan suamimu tak hadiahkan seribu bunga dari cameron itu...kerana lebih bermakna bagiku dengan kuhadiahkan cinta,kepercayaan dan hati ini seluruhnya hanya untukmu....dirimu dan aku sebenarnya seperti satu...hanya allah yang bisa memisahkannya...
Hari Sabtu balik…petang. Sempat jengok mak/ayah makan malam. Ahad uruskan kereta,jumpa lowyer dan beberapa hal peribadi. Isnin petang berolak ke Kl satu Family, bawa anak jalan jalan. Dua hari tinggal di Regency Kl (3*). Dua hari (Rabu-jumaat) di Shangri La (5*). Seronok anak dapat lihat KlCC dan Kl tower dengan jelas dari bilik hotel. Mereka bergambar sakan. Shangri-la sangat dekat dengan KLCC. Kami dan anak anak pergi jalan kaki saja ke sana.
Petang Jumaat 22 Oug kami akan bertolak balik rumah. T/hari sempat pergi bersolat Jumaat di Masjid Al-Syakirin (KLCC). Waktu itu launch hour..ramainya manusia dijalana. Kalau nak kira bangsa entah bangsa apa mereka ni…maalomlah kalau di KB ni muka serupo kita jer yang biasa kita jumpa. Disini kabur. Di sini Agama pun samar samar. Semua manusia bawa diri dan hal masing masing. Patutlah dosa- pahala tak ada dalam kepala mereka. Nak buat apapun tak siapa yang tahu dan larang. Tembok bangunan pencakar langit seolah menyimpan membatu-keraskan hati dan rahsia diri. Petak pejabat kelihatan kecil terselit di bangunan bangunan tersergam dibelantara bandaraya seolah tersirat 1001 rahsia privacy.

Bila time launch hour macam ni…semua jutaan manusia keluar dari kotak pejabat masing-masing macam lebah keluar dari sarang bila diapikan dibawahnya. MasyaAllah….ramainya yang buat tak tahu pasal solat jumaat ni…Aku berjalan ditengah tengah lautan manusia. Kedai kedai kiri kanan jalan dan KL Siria mula sesak menerima tetamu yang kelaparan. Namun dalam pada itu ada sebahagian manusia yang seolah olah menuju kesuatu suara yang memanggil dari dalam hatinya. Kemana mereka dan siapa yang memanggil mereka?... (termausk aku). Aneh sekali kuasa yang memanggil itu sehinggakan hati hati begitu tertarik sekali dan melupakan urusan dunianya…buat memenuhi panggilan suara itu. Terasakan kerdil diri ini. Rasa-rasanya beginilah di padang mahsyar nanti apabila semua manusia mencari cari syafaat dan bantuan…ada yang dimudahkan dan ramai yang menerima payah dan derita. Ada yang Allah melupai mereka dan tidak mempedulikan mereka yang sedang tersiksa, derita dan benar benar mengharat pertolongan Allah. Tetapi allah melupai mereka dan tidak memperdulikan mereka pada hari itu kerana semasa didunia dulu mereka melupai panggilan Allah.
Alhamdulillah….Segala puji bagi allah dengan hidayah ini. Maha suci Allah yang telah memperjalankan ku ke sini pada hari ini 22 August 2008. Kalau di Shangri la hotel itu tempat manusia first class..Landscape dalam hotel dah macam syurga..lihat mereka tu hati ini tak terkata apa apa...memang benarlah allah berikan nikmat dunia utk orang kafir tetapi diakhirat mereka allah lihat dengan kemurkaan.

Bila Hampir tiba di masjid langkahku perlahankan… kedengaran suara azan yang dilaungkan oleh bilal, suaranya indah dan merdu sekali, memecah kemelut jutaan manusia.Memanggil dan menyeru supaya menyembah Allah..sungguh Menusuk kalbu…demi allah aku sebak sungguh pada waktu itu…hati ini menangis..menginsafi diri yang kerdil dan rahmat allah melaut luas...Pada saat ini aku masih menikmati kemanisan iman dan keindahan taqwa. Azan bilal itu mengingatkan aku pada Bilal dan kisah beliau melaungkan azan kali pertama dalam islam dan kali kedua dikota madinah, di masjid nabi semasa khalifah umar. Setelah beliau meninggalkan kota madiah membawa diri selepas kewafatan rasulullah. Semasa kemelut berlaku di madinah beberapa tahu selapas kewafatan Nabi. Bilal muncul dan melaungkan azan kali kedua itu seolah menyatukan semua para sahabat yang sedang bertelingkah dan sehinggakan mereka merasakan seolah olah Rasulullah hidup kembali. Sila bacalah sirah sahabat Bilal ini. Hebatnya sahabat ini. Hitam,miskin,makan tak seberapa,rumah asal ada, tapi nabi pernah terdengar tapak kakinya berjalan disyurga….uhhhhh kita ni sapa?...tapi sentiasa rasa hebat.

Aku sempat solat jumaat di celah pokok ...luar masjid kerana masjid tak muat. Tumpang sejadah oreng lain….
Bertolak balik kul 5 petang, sampai rumah 2 30 pagi. Pagi esok 23 august akan berlangsung seminar pemikiran albanna. Aku menguruskan Multimedia dan rakaman/dukumentasi. Program berlarutan hingga kul 12 mlm…Balik tidur dengan lenaa yang puas…Habis dah cuti yang bermakna.

August 12, 2008

Cinta itu buta...atau buta itu ertinya cinta?

al-kisah...

Tinggal seorang lelaki buta, semua orang membencikannya kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya "saya akan mengawini awk kalau saya boleh melihat".. ...

Pada sutu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu. Bila lelaki itu boleh melihat,dia merasa sangat terkejut kerna kekasihnya juga buta. Kekasihnya berkata "sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?"Lelaki itu menolak..

Lantas, kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK-BAIK".. ..
Renung dan fikirkan-FIKIRkan...

August 7, 2008

Menghayati laut pagi…di pantai batu buruk. K Terengganu.

Malam tadi aku sempat solat isyak dan menghadir Program Aman Plaestin, Anjuran yayasan Al-Quds di Masjid Puteh sebelah istana lama di tengah tengah Bandar KT. Alhamdulillah dapat jumpa bebrapa orang ikhwah disana.

Pukul 5 pg Khamis ,7 Ogus 08. Aku masih berada di Grand Continental hotel K terengganu. PDA telah membangunkanku dari lena yang nyenyak..alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang telah mematikanku dan menghidupkanku kembali dipagi ini. Selepas mebersihkan diri dan mengambil wudhuk sebaiknya… Room mate masih berdengkur di katilnya. Atas sejadah, sambil melemparkan pandnganku ke luar tingkap hotel.. Dalam semar samar aku menghayati suasana pagi yang indah ini. Dari arah bilikku ini jelas kelihatan kuala suangai Terengganu dan laut cina selatan yang terbentang luas. Angin laut cina selatan yang dingin menyapa wajah dan hati terasa asyik dan indah sekali. Cahaya lampu bertaburan,kerlipannya menghiasi malam. Kusembah tuhan sesuka hati, tahajud amat manis dan terasa dekat sekali denganNya. Belaian tangan tanganNya seolah oleh membelai lembut lagi indah segenap ruang ruang hati ini. Maha suci Allah yang menghadiahkan kemanisan ini kepadaku. Kuinsafi ini adalah anugerah yang sangat berharga, dan teresa alangkah beruntungnya aku pada saat ini kerana Allah telah memilihku pada pagi ini…dan menyesal sekali bila terkenangkan hari hari yang aku telah lalaikan dan meninggalkannya. Masa ini juga teringatkan Isteri, anak anak,sahabat dan rakan rakan, pelajar pelajarku di IPG…tak lepaskan peluang ini utk aku mendoakan untuk mereka semua.. mereka amat dekat dihatiku. terasakan begitu kerdilnya diri ini dengan amanah yang sangat berat terbeban di bahuku. Terasa betapa tidak berdaya untuk menjadi manusia yang terbaik bagi meraikan semua hak mereka. Apalagi sebagai daie bebanan dakwah yang sentiasa menguasai hati dan perasaan ini…ya Allah tiada kekuatan diri ini melainkan apa yang telah engkau ringankan bagiki. Ya Allah ampunkanlah semua dosa dosaku dan kekurangan dan kelaamhan diri ini. Hanya kepadamulah aku berserah diri..Apabila azan kedengaran aku meninggalkan sejadah itu dan perlahan menuju surau kayu yang berada lebihkurang 50m dari hotel. Bacaan Imam sungguh bagus sekali.. ”seandainya ku turunkan Al-Quran ini kepada bukit2 nescaya akan hancur luluh kerana takut, dan khusyuk kepada Allah“...Kebetulan akupun hafal surah itu. Terasa bebanan berat yang menghentam hatiku dengan ayat itu…kerana amanah allah ini sangatlah berat utk dipikul oleh aku sebagai manusia dan sebagai deie.. selepas solat aku menyusuri lorong untuk kepantai..dari jauh kedengaran deruan ombak menghempas pantai. Dan kelihatan dalan samar2 itu nelayan yang mmembetulkan perahu kecilnya untuk turun kelaut. Aku berjalan sepanjang pantai hingga ke benteng batu penghalang ombaksambil berjalan aku menghayati laut sambil habiskan maasurat dan ucapan subahanallah, alhamdulillahdan allah Akhbar sebanyak 100 kali..pagi hingga kelihatan sinar mentari pagi yang indah…
...Laut adalah rezki bagi nelayan kerdil
...Laut adalah rahmat
...Laut adalah keindahan syukur bagi yang tadabur
...Laut adalah lambang kebesaran tuhan
...Laut adalah bukti keesaan tuhan mengatur malam dan siang.
...Laut adalah kemesraan hati dengan tuhan …bagai ombak membelai pantai
...Pepasir yang ku injak adalah lautan zikrullah yang melimpah..
...Fajar menyingsing adalah harapan pasti tiba bagi yang sabar berjuang
...Ganas badai ombak… tersirat..cabaran pasti akan menyambar kaki
..Namun laut juga tersembunyi keindahan yang menghiburkan bagi hati.

Maha suci Allah yang menghiasai pagi ini, maha suci Allah dengan AgamaNya ini yang maha tinggi, maha suci allah yang telah menghadiahkan kenikmatan bagi hati ini dengan menghayati pagiMU… dapat ku hayati dan menyatakan kebesaranMU.

August 4, 2008

Kesibukan yang dihargai menjadikan hidup bermakna….

3Minggu minggu penuh kesibukan…
Khamis 17 jul 08(cuti rehat). Pagi ini adalah program musafir bersama dengan ahli usrah…sambil visit construction site di Cameron Highland. Keindahan bersamamu amat terasa. Aku berterima kasih kepada teman teman kerana kadang kadang antum menjadi guru dan cermin bermakna baguku. Semasa traveling....Ada sahabat yang menghamburkan air mata terharu kerana jawabanku kepada soalan yang dikemukakannya. Demi Allah peristiwa ini akan ku kenang selama lamanya. Persahabatan ini bukan kerana sebagai rakan, sahabat dan ahli taman…tetapi ianya adalah kerana Allah. Itu yang manisnya…. Sesungguhnya aku tidak mengharap apa dari persahabatan ini selain agar kita dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat allah hingga kehujung usia. Jumaat petang 18 Jul 08 balik. Minum petang di masjid Batu Jong, Kuala Krai. Pun ada sejarah yang tersimpan…
Kepenatan belum reda…Sabtu pagi 19 Jul 08. Aku mesti mengendalikan perjumpaan pelajar IPTA. Sampai tengah hari. Petang kul 2 20 Ptg. Aku menduduki peperiksaan MUITM Walaupun tanpa persiapan yang rapi, dan dalam kesibukan yang tak sudah sudah..Tetapi Allah telah mengizinkan aku lulus, 1 dari 3 yang lulus (seorangnya cina) dari pada 14 orang yang menduduki peperiksaan itu. Exam ini akan membolehkanku menjadi penasihat pelaburan…mani main jer..
Esoknya Aku dan isteri bercuti demi suatu tugasan yang besar dan berat. Tetapi 20/07/08 menjadi kenanga pahit bagi kami tetapi amat berharga bagi kami sekeluarga. Hasilnya aku dan isteri akan merayakan weeding anniversary di Eqatorial Apartment, Cmrn Highland pada 15/16 ogos nanti. Pakej percutian kami ini hadiah dari salah seorang anak usrah koprat. Moga Allah merahmati dan murahkan rezkimu.
Hujung minggu rabu 23 dan Khamis 24 Jul 08: menyelia praktikum KPLI di Kuala berang. Bawa isteri dan anak anak kerumah Mak Teh, ziarah mereka di K Terengganu. So, hujung minggu ni dihabiskan di KT. Tapi aku menghabiskan masa di Ins. Latihan Petronas kerana mewakili Inst…sukan antara IPTA. Anak anak seronok benar rumah mak teh bermain dengan sepupu…
Ahad 27 Jul 08 hari pertama utk mingu ini,. Minggu ini audit dalaman MS ISO bermula. Sudah pasti kalut sekali lagi semua fail nak kena sedia. Isnin 28 jul08, pagi 8 30 Kena ceramah ESQ kecemerlangan untuk sekolah SK Bt. Kenak. Alhamdulillah Allah maqbulkan doaku yang tak putus putus agar diberikannya kesedaran dan dibukakan pintu hati anak anak ini…Divideokan oleh pihak sekolah. Moga kalian akan bangkit menjadi pelajar cemerlang, soleh dan mentaati Allah dan kedua Ibu dan Ayah…
Dalam tengah rancak pemantauan ISO, Aku kena ke USM Peneng pada selasa dan rabu 28-30 Jul 08. So, 28 petang ( isnin) aku berdua dengan ister Dr habsah drive kereta sendiri untuk menyertai , 2nd national Conference. “Best Hajj Practice ”.Disana Kami kena Present research paper kami pada samenar itu.
Balik rabu malam sampai dirumah. Khamis 31 Jul 08. bolehlah masuk kerja dan lihat surat surat yang bertimbun. Sempat buat assignment utk PTK…
Jumaat 1 Oug 08 tak free lagi sebab ada pembangunan Nuqaba’. Program Sampai petang.. petang ni curi gak balik rumah Mak…Dah 3 minggu tak sempat balik jenguk mereka… Mak/ayah pun dah Tanya kenapa lama tak balik..selalunya petang jumaat adalah wajib balik bawa anak-anak makan malam rumah nenek mereka..
Sabtu pagi baru free sikit…boleh bersama dengan anak-anak. Tapi tengah hari sabtu 2 Oug 08 aku kena bertolak ke K Terengganu untuk menghadiri Kursus ini…sekarang aku menulis semasa ceramah PTK…menghayati kesibukan…..Wahai anak-anak ..wahai insan yang menghayati perjuangan… wahai insane yang menginsafi waktu yang singkat dan menyedari bahawa amanah yang banyak dihadapan…
Wahai Anak-anak.. semakin jauh dengan kalian, baba semakin menghargai harga kehadiranmu disisi dan terasa kalian amat berharga bagiku..
Isteri yang tak pernah jemu bersama-sama menghayati kehidupan dan perjuangan ini…sesungguhnya engkaulah teman suka dan dukaku. Teman waktu sempit dan lapangku…engkaulah sumbu api perjuanganku. Aku bangga memilikimu wahai AHLI SYURGA. Sesungguhnya dirimu adalah anugerah lebih berharga dari dunia dan seisinya
Yaallah semakin sibuk terasakan aku semakin dekat denganMu, kerana aku semakin bergantung kepadaMU. Semakin terhimpit dengan tugas.. engkau yang yencampakkan lapang didadaku..Semakin sesak nafasku dengan waktu engkau membasuh lelahku dengan terasa berkatnya umurku..Ya Allah … Semakin jauh perjalananku terasa semakin dekat aku denganMu kerana semasa bermusafir engkaulah teman setiaku…menemaniku setiap detik dalam hatiku…

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA