October 12, 2008

Hari raya DAN K-Betis yang penuh Kenangan

10 Oct-08-Hujung Minggu ini sangat melelahkan minda namun banyak pelajaran yang kutimba. Jadual amat ketat sekali: Jumat pagi MPN Negeri,Lepas Jumaat Persiapan Sambutan hari keluarga Taman Harian. Kebetulan aku sebagai Tim. Pengerusi Taman sedangkan pada hari ini Pengerusi (Prof Dr Zainol) masih di KL, Flight akan sampai maghrib.. Perayaan pada tahun ini agak meriah 300 Ahli2 taman semuanya hadir kecik besar tua/muda. Selain hidangan juadah yang lazat,ketupat,rending,nasi himpit,nasi dagang, lemang, satay, kueh mueh ada juga persembahan nasyid oleh anak2 ahli taman, pertunjukan bunga api, tayangan LCD. Semua acara berlangsung dijalan utama taman(depan garaj rumahku. Majlis bermula 8 30 dan berakhir kul 1 pagi…bagi kami orang dewasa…berbual2.
Keesokannya (Sabtu 11 Oct) Aku kena ke Kuala Betis,Gua Musang memberikan ceramah motivasi Keibu-bapaan kepada orang asli. So …Aku kena bertolak Kul 5 pagi. 6 studentku (guru pelatih) juga ikut sama. Ceramah ini adalah atas jemputan Pihak Sekolah Keb. Kuala Betis dalam program kerjasama IPSMB.


Pada mulanya aku difahamkan 70% orang asli ini Islam…So, rasa rasanya ini boleh dijadikan sasaran praktikal dakwah, tetapi bila sampai dilokasi hanya 5 % saja yg Islam. Aku mula panic. Tambahan pihak sekolah sampaikan hasrat mereka poin2 supaya aku selitkan dalam ceramahku. Skrip asal aku kena ubah…sasaran dakwahku sudah kena tunning semula. Semasa permulaan ceramah aku telah cuba menyelami wave meraka berfikir dan pecahkan benteng minda. Setelah beberapa usaha masih tiada response…aku mula gelabah dan hampir panic..tetapi dengan bantuan banyak video dan lagu latar dan aktiviti2…sesi dapat dijalankan…dalam masa hamper 2 jam. Nasib baik aku bawa bersama 6 orang pembantu: Inilah cabaran pertamaku berinteraksi dengan orang Asli. Banyak ilmu yang telahku pelajari..




Selepas habis kami dijamu makan tengahhari bersama2 orang asli. Masa makan sempat berkenalan dengan G Besar dan Guru Kaman. Layanan mereka amat bagus sekali. Terimakasih semua. Sesungguhnya perjalanan sepanjang hari ini amat bermakna sekali bagiku.


Bagi anak2 us yang ikut dalam musafir ini… Sesungguhnya muhasabah semasa perjalanan pulang Ana amat berterimakasih sekali. Ana agak frust juga dan menyesal kerana tidak buat research dulu seblm pergi. Sesungguhnya dakwah itu bukan sesuatu yang mudah. Menyelami hati-perasan-budi-bahasa dan world-view mereka berfikir. Dakwah adalah bukan sesuatu yang mudah dan jalanannya takkan samarata dengan jalan2 yang pernah kita lalui. Belajarlah dari jauhnya musafir itu…


Sesungguhnya kenangan manis musafir bersama banyak mengajarku. Antara murabbi dan mutarabbi tersemat rasa ikhwah-fillah yang mendalam. Dan juga solat subuh bersama, maathsurat bersama dalam kenderaan,Tazkira pagi dan makan paggi bersama di gerai kuala Krai dalam dinginnya kabus ana akan simpan kenangan manis itu selagi hayat masih ada…. Dan moga kalian berjaya menghirup rasa manisnya musafir bersama dan perjuangan. Ingat tak lagu lagu nasyid yang kita mainkan d sepanjang perjalanan itu. Dan Ingat tak ana telah berpesan semasa taklimat: supaya sama sama kita bertahajud malam malam sebelum kita bertolak. Dan ingat tak lagu air mata keinsafan (raihan terbaru) yang ana ulang2kan… sepanjang perjalanan.


anak2 semua: Ketahuilah aku mencintai kalian adalah sepertimana aku mencintai isteriku dan anak2ku…rasailah keindahan jauh dilubuk hatimu itu…tentang suatu rasa kecintaan semata2 kerana Allah…demi allah kalaulah antum menjejaki langkahku pasti kalian akan jalani kehidupan yg sebenar, menikmati kehidupan ini dengan penuh makna dan merasai nikmat yang dianugerahkan kepada hanya mereka yang berjuang atas jalanNya…dan kalian akan temui apa itu hakikat Insan dan agungnya Tuhan..


Ketahuilah aku mendoakan setiap hari dalam munajatku Moga Allah merahmati langkah kalian dan selama lamanya atas jalan taqwa, jalan dakwah dan bakal mewarisi dan menyambung lidah nabi ini….Amin

4 comments:

Anonymous said...

smoga Allah memudahkan perjuangan en.zul=)
yakinlah pd janji Allah.

nabil said...

Sesungguhnya kenangan indah kita bersama Insyallah akan terpahat kukuh dalam ingatan. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang di jalan Allah.

illin said...

Alhamdullillah....saya kagum dengan apa yang en.zul lakukan..smoga segala usaha en.zul mendapat keberkatan Allah...Aamin

syabab islam said...

kenangan yang cukup bermakna buat diri ana, ana bersyukur dapat turut serta dalam kembara iman ini.. sungguh indah kenangan itu, sebuah perjalanan meniti jalan bagi mencari keredhaan Allah..
ana akan sentiasa mengingati perjalanan itu..
syukran jazilan en. zul

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...