October 8, 2008

Ramadhan datang dan pergi....



Kesibukan ramadhan dan pesta ibadah telah mencuri kesempatanku untuk menulis…

Walaupun sewaktu aku menulis ini ramadhan dah seminggu berlalu…tetapi keindahan masih menghiasi hati ini. Kemanisannya masih mewarnai fikiran. Kehilangannya masih mengigit perasaaanku….yang entah aku bisa ketemu lagi denganMu. Ramadhan bersama keluarga, ikhwah dan rakan, bersama pelajar dibilik kuliah dan anak2 usrah. Semua itu masih segar dalam benak nuraniku. Pada malam ke-27 Qiam jamai’e… mashyaAllah. Lebih kurang 350 Ikhwah dan anak anak memenuhi masjid..memburu Lailatul Qadar. Suasana Ibadah sangat terasa dan manis sekali. Waktu itu aku sempat mengejutkan anak usrah dan rakan melalui SMS. Kemuncah pesta ibadah dan kemuncak lonjakan emosi bagi para daie’….namun semua itu dah berlalu dan hanya ku panjatkan padaMu ya Allah untuk menerima dan menganjari persembahan hambaMu yang sangat dhaif ini. Maha suci Allah yang telah menganugerahkan semua nikmat ini…

Kini hari raya telah berlalu… dan aku melaluinya tak lebih seumpama meraikana kemenangan tetapi Malam lailatul Qadar dan 10 akhir ramadhan lebih terasa keindahan dan pemergiannya ditangisi… kerana setahun lamanya penantian…
Maka sesungguhnya .. semua itu adalah menjadi perbekalan bagiku untuk kubawa merentasi kehidupan ini dan meredah mehnah jalan dakwah yang menuntut 1000 pengorbanan dan kepayahan rasa. Ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan yang menganugerahkan ramadhan ini….maka hari ini ya Allah bersaksikanlah bahawa akua akan menginfaqkan masaku, hartaku, fikiranku dan seluruh kehidupan ini hanyalah untuk jalan dakwahMu. Ya Allah berilah kekuatan kepadaku dan rahmatilah aku selama lamanya diatas jalanMu ini yang lurus lagi Al-hak. Ya allah jadikanlah hatiku basah sentiasa mengingatiMu dan memujiMu.. Ku hadapkan wajahku hanya padaMu dan kurniakanlah kenikmatan rasa ta'ajub dan fanaa’ dalam memendangnya sirrku kehadrat zatMu yang agung. Dan jadikanlah malamku adalah keindahan maarifah dalam bertahajjud dan memujimu selalu… dikala insan lain engkau lalaikan dan mereka jua melalaikanMu. Yaa allah aku menanti seumur hidupku untuk syahid atas jalanMu…Ya allah perkenankan doaku kerana sesunggu engkaulebih dekat kepadaku daripada diriku sendiri….wahai tuhan yang maha mendengar dan membalik-balikkan hati hamba-hambanya…

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...