October 22, 2008

SMS 1 45 PG-Menyapu kabus dimataku


Wahai Anak...Demi Allah SMSmu itu telah membuatkanku banyak menangis hari ini...

"Kerinduan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang rela berkorban...
Kecintaan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang penuh dengan kesungguhan
Ketaan pada Allah melahirkan jiwa yang penuh ketenangan...Semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat Allah....sama sama kita doakan supaya hati ini sentiasa dalam pengawasan Allah...salam tahajjud Akh..."2008:10:23 1:45 am.

Ya allah berilah peluang bagiku untuk menyimbah salju keimanan kedalam hati mereka (semua anak2ku di sini)…anugerakhanlah kekuatan bagiku untuk membimbing mereka menuju jalanmu yang lurus dan berilah kekuatan untuk mereka untuk mengikuti jejak langkahku...istiqamah atas jalan ini...

Kurniakanlah nikmaat memberikan seluruh cinta kepada mereka hanya keranaMu..Ikatkanlah hati hati kami semua dengan keindahan Ukhwah keranamu…ya allah sampaikanlah mereka kepada marhalah yang aku telah lewatinya dan menikmatinya:seumpama taman taman yang indah…Wahai anak2ku rasailah sapaan lembuat lagi mesra bayu syurga mengamit para ahli tahajjud dan rahmat Allah yang pasti menghiasi nalurimu…

Ya Allah ..kalaulah mereka mencintai Tahajjud biarkanlah aku yang mendahuluinya jauhhh… didepan . kalaulah mereka mencintaimu berikanlah kenikmatan bagiku untuk mencintaiMu melebihi bagaimana mereka mencintaimu dan kalau mereka mencintai jalan dakwahmu ini maka pilihlah aku sebagai penunjuk jalan bagi mereka...Gantikanlah cintaku yang hilang dengan cinta yang lebih baik…Anugerahkanlah rasa ukhwah antaraku dengan mereka didunia dan diakhirat...Ya allah.. bersaksikanlah bahawa aku mencintai mereka sepertimana aku mencintai isteri dan anak anakku...wahai tuhan yang menmbulak-balik hati hamba hambaNya.
:Ya Allah jangan kau matikan hati pengirim SMS ini diwaktu semua manusia lain kau matikan hatinya" ..

4 comments:

Kelab Rakan Masjid Firdaus said...

terima kasih en.zul. Sesungguhnya ukhuwahfillah itu sangat indah. Ana amat mengakui. Bila berpisah, hati ini sangat merindui pertemuan yang seterusnya. semoga Allah merahmati kita di atas jalan al-haq. Semoga kita menjadi rantai2 perjuangan Islam yang saling kuat- menguatkan. Teruslah mendidik kami anak2 usrahmu ini. Kami amat merindui pertemuan denganmu. Memiliki guru yang sentiasa membimbing kami merintis jalan kebenaran dan memberi pengisian rohani yang berterusan. Sesungguhnya ukhuwah ini sangat indah.. Semoga en. Zul tergolong dalam golongan org2 yang bertaqwa. ameen

muslimah said...

Assamualaikum
Sejak pertama kali saya buka blog ni sy dah jatuh hati dgn blog nie..Sy rasa tenang apabila sy baca smua kisah2 yg ditulis..saya ingin kongsi masalah saya di sini sbb sy x tahu nak kongsi dgn sapa lagi.Sy malu nak citer ngan kwn. Sy x tau nak ckp macm mana..sy harap sgy kluarga sy dpt jadi kluarga bhgia. kdg2 sy cemburu tgk anak2 en.zul dpt ayah mcm en.zul. sy harap ayah sy dpt berubah dan dpt bimbing kluarga. sy impikan sbuah kluarga yg....sy x tau mcm mana nak ubah ayah sy..sy syg dia..tp dia x berubah..sy tkt dia x akan berubh smpai bila2..umur dia dah 40 thn lbh..sy harap sy dpt jadi anak yg solehah smoga sy dpt bantu ayh sy..tolong doakn utk sy..
sy kagum dgn mak sy. dia sgt sbr dgn perangai ayh..abg slung sy pun sy harap sgt dia dpt bimbing adik2 yg lain..tp makin hari dia pun makin jauh..sy x tau mcm mana nak buat..sy harap Allah kuatkan iman sy...sy sgt sayangk kluarga sy..impian sy kami dpt smbyg jemaah b'sama-sma.Ayh dpt jadi imam..Ya Allah....
sy mintak maaf jika apa yg sy kongsik x sesuai utk blog nie..
Apa yg sy harapk sesiapa yg terbaca ksh sy tolonglah doakn utk sy...

Abuuwais said...

Sebelum ini saya banyak juga dapat aduan yang sama...
Pernah seorang hamba Allah pernah berdoa..."Yaa Allah aku rela kau ambil hidayah dan Keimanan dalam dadaku Ini asalkan diberikan kepada Ayahku...", selepas habis U dia hantar ayahnya/ibunya ke mekah...alhamdulillahn sekarang ini ayahnya kaki masjid. Tu lah makbulnya doa anak-anak kpd kedua orang tuanya. dan skrang ini Beliau juga adalah seorang hamba yang soleh dan baik akhlaknya...malahan sekarang ini telah menginfakkan masa, tenaga dan hartanya utk jalan dakwah. cerita seperti ini banyak mengajar saya agar jadi insan yang terbaik disisi Allah dan semua manusia, kepada anak2 dan isteri dan students...kkadang sangat malu dengan banyaknya nikmat Allah kirniakan sedang amal tak seberapa. Ingatlah doa adalah jalan paling dekat dengan penyelesaiannya. banyakkan tahajjud, tilawah, dhuha dan puasa sunat dan carilah kawan2 yang baik...saya berdoa agar Allah memandang Anti dengan pandangan rahmah....kerana setitis kesedaran dalam hati sebenarnya adalah lebih terang dari matahari yg bersinar disiang hari...

mawaddah90 said...

salam, kpd muslimah...
tersentuh hati ana bila membaca luahan hati anti...
mga ALLAH berikan anti kekuatan utk menempuh hr2 mendatang...
mga kesabaran & ketabahan merantai hati anti utk terus berjuang...
ana doakan agar dipermudahkan jln dlm menujuNYA...
buat en zul, syukran jazilan d ats kesanggupan membawa usrah kami (muslimat)..
syukran jazilan jgk ats teguran tntg tzkirah ana dlm pertemuan usrah yg llu..
doakan kmi smua agar trus di atas jln dkwah ini...
agar hati kmi x lg berbelah bagi...

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA