23 Nov. Aku bersama Isteri akan ke Jogjakarta kerana menyertai Simposium Antarabangsa di Univ Gajahmada. Aku menginap di Santika hotel, 2 km dari kampus UGM. Semasa di LCCT satu musibah telah terjadi. Isteri telah di tahan oleh petugas Air asia semasa nak cek in. Dia ditahan kerana passport mati 4 mac 2009. Kami tak pernah tahu sebelum ini bahawa untuk keluar Negara tarikh sah passport mestilah melebihi 6 bulan. Masa tu gelabah gak..kawan2 rombongan yang lain nampaknya kena pergi dulu. Setelah puas mencuba rayu di LCCT dan call petugas semenar di IGM semuanya menuju jalan buntu. Nasib baik aku ada kawan orang kuat Imigresen. So…call dia direct dgn bos di KLIA. So aku dan isteri ambil teksi ke KLIA dari LCCT utk jumpa dia. So masalah passport dah selesai dalam masa 1 jam sahaja tetapi flight dah miss...
Tak mengapalah yang penting hari ini kami perlu juga ke jogja. Direct flight dah tak ada, yang ada hanya ke Jakarta. So kami ambil flight ke Jakarta. Buang lagi duit RM 1800 disamping tiket Air asia dah burn. Dari KLIA 4 30 dan kami sampai di jakatra kul 6 30, dah maghrib. Bergegas ambil tiket garuda Air ke jogja…kena belanja 1.3 juta . he he..banyaknye duit...dan akhrinya kami sampai gak di jogja dalam kul 10 mlm. Inilah hari yang penuh kenangan dan pengajaran dan sangat memenatkan minda. Sampai dihotel yang terfikir hanyalah merebahkan lelah seharian di lena yang nyenyak.
Selama sehari di Jogja ini banyak pelajaran yg kudapat. Semasa di air port: layanan semua petugas sungguh mesra sekali, memang terpiji budi mereka. Semasa aku solat maghrib sambil menunggu flight ke jogja,di kamar kecil Bandar urada Jakarta: Ruang solat hanya memuatkan 4 org shj dan tempatnya sungguh dhaif, tetapi amat bersih dan selesai solat kasut telahpun tersusun menghala keluar. Selesi solat aku berbual2 dengan penjaga, isterinya mengandung 8 bulan…sempat ku bersdekah utk anaknya yg bakal lahir itu…
24 nov: kami menyertai rakan lain ke Univ. Gajahmada utk menghadiri “INTERNATIONAL JOIN SYMPOSIUM-IN BIOMEDICAL SCIENCE”. Semasa tengah hari, sengaja aku berjalan kaki sendirian utk balik kehotel, melalui kampus UGM dan lorong ditengah2 bandar. Rumah mereka kecil2 dan rapat memenuhi sampai ke tebing sungai yang curam. Penduduknya sangat padat. Walaupun teramat asing dibumi orang tetapi sangat aman dan macam tempat sendiri jer. semasa sesat dalam perjalanan utk balik ke hotel, aku bertanyakan mereka dan ternyata mereka amat honor dan very helpful.
Semasa dalam garuda Air gula-diberikan oleh peramugari. Dan yang menariknya ialah bukan gula2 tu tetapi apa yg tertulis disetiap kulit itu…cthnya “tidak ada yang sempurna kerana hanya dia yang sempurna”, “Cinta hanya kata sampai ada yang memaknainya” dan “hati hati dengan mulut anda, kerana anda tidak bias menarik lagi kata kata..”. terdetik dihati saya “..kreatifnya diaorang ni…”
Pada malamnya kami diraikan dengan makan malam dan tarian tradisional ..”hikayat Ramayana: srirama.”…Rupanya dari sinilah Wayang kulit Kelantan berasal. Dalam hatiku terdetik Islamkah mereka?...rasanya tidak kot, sbb disini ramai juga yang beragama kristian. dan pengaruh hindu masih kuat dalam masyarakat meraka.
1 comment:
Salam....
Di sebalik setiap kesukaran itu, terselit kesenangan yang tersembunyi.. Tiada kejayaan semanis madu jika tiada pengorbanan sepahit hempedu.... Semoga baba terus sabar dgn segala mehnah yg melanda dalam kehidupan ini. Saya mendoakan agar baba sentiasa dirahmati Allah bersama keluarga yang tersayang... Salam Dari Utara....
Post a Comment