Zulhijjah menjenguk lagi...
Arafah... ibarat berkumpulnya seluruh cintaku....bersujud
Al-haramain adalah catatan indah...dalam berjilid memoriku...
Ianya masih hidup....
Kaabah dan kubah Hijau...masih subur kenikmatan memandang
dan hati ini telah bangun dan segar dengan keaslian fitrahnya...
dakapan rahmat yang penuh nikmat...
yaa aku masih ingat...
lalu...rindukupun sarat kembali...
Tuhan... kau mengusap mesra lagi hati ini...
dan kumohon kau usaplah selama lamanya...
kerana aku sangat merinduiNya
hamparan bumi ini adalah sejadah cintaku bersujud...
yang takkan pudar
..Dikala aku adalah pencinta malam..
maka gelasku memancarkan cahaya...menyilau seluruh pandangan batin ini ...
lalu cinta bersemi..
Tangisan batinku memekik kembali...
...zulhijjah menjengok lagi...
setiap detik detik memoriku semasa disisiMU...(walau setahun telah berlalu)
..menyimbah mata batinku
menjadikan hangatnya CINTA...
yang tak terungkapkan kata-kata atau bicara...
mataku berkaca...hati kudus... syahdu mengenangkanMu
Aku akan segera datang kepadamu...ingin terbang mendapatkanMU
yaa...aku akan segera datang lagi kepadaMU...
Moga CINTAku bersujud kembali disisiMU...
Yaa Allah... Jemputlah hambaMu yang hina ini sekali
kerana rinduku tidak tertahan lagi...
......... utk bertandang!!!!...???
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tahniah SRI dan SMI kerana telah mengharumkan nama ISLAM, SMI dan SRI Aman. Tahniah K Ngah dan Abg Cik. Walaupun hanya tempat ketiga tetapi ...
-
Buat tatapan insan2 tersayang.Moga kematian adalah penasihat paling setia. Apabila usia berada di hujung helaan nafas..seluruh hidup yg tela...
-
Video ini adalah dedikasi khas buat teman teman dan sahabat yang baru kehilangan insan tersayang yang sering menemani disisi. Jumaat lepas S...
2 comments:
Salam Baba;;;;
Moga masih ada sinar untuk baba mengunjungi haramaini syarifain sekali lagi
Sabda Nabi SAW: Tidak digalakkan mengembara melainkan kepada tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjidil Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Salam Adidiladha 1429H
Andainya
anta tahu dan rasai apa yang baba rasakan ini...
nescaya anta akan banyak menangis dari ketawa...
Sebenarnya rasa hati ini...
tak terungkapkan...kerinduan pada kaabah dan Maqam Kekasih...sehinggakan setiap kali bila baba baca kembali atau dengar sesiapa menyebut tentangNYa...sebak dan sadis helaan nafas terasa...amat payah nak digambarkan dengan ungkapan...
kalau anta nak gi haji pergilah masa muda...
Post a Comment