February 18, 2009

Pagi hari yang indah...

Hari ini bangun awal..4 45 pagi. Seorang anak yang kejutkan dgn SMSnya. Macam biasa tahajjud...dan banyak solat hajat khusus utk diri sendiri dan bebrapa kes rawatan...perubatan. Keasyikan suasana malam amat menyentuh dan menusuk kesanubari. Embun jernih menitis dari dinding hati..dan macam selalunya ia mengalirkan jernih membasahi pipi...ini, mengalirkan keluar resah lalu meninggalkan ketenangan dan kebahgiaan yang melimpah. Sempat juga SMS utk isteri supaya bertahjjud...pada anak2 diIPG Mizan dan pada Angah dan Along supaya jaga Akhlak, jaga nama baik Islam dan SMI Aman kerena pg ini mereka akan ke Jeli untuk Mewakili PPD Kota Bharu Dalam pertandingan Chess antara daerah...

Kejauhan mengajar erti kehidupan, kejauhan memberi ruang pada diri utk muhasabah diri dalam-dalam,kejauhan mengajar kesepian hati yg sesekala ianya perlu berdamping dengan Tuhan yg memilikinya,kejauhan menjagar erti betapa berharganya mereka disisi, kejauhan Yang menjanjikan Malam yang indah bersama tuhan...kerana bebas dari manusia. Kejauhan adalah Uzlah. Kejauhan adalah Keimanan dan kejauhan adalah jalan ketaqwaan.Syukurlah Kejauhan membuatkan baba tak pernah lagi tinggalkan Tahajjud.

Semalam sempat berkarya: menyampaikan dalam bentuk Video editing...khusus utk Ummi (videobar di bawah). Ilham ini datang bila baba merasakan betapa berharganya Anugerah Allah ini. Seorang Isteri yg soleh. Wahai anak2 percayalah dengan Hadis nabi sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang soleh...tapi siapa yg mampu menghidunya selain hati yg mukmin sahaja. Kerinduan kecintaan pada isteri yg soleh adalah sama dengan kerinduan pada Cintaan pada Allah dan kepada Nabi (s.a.w)...dan juga kerinduan pada Syahid...kerinduan Bidadari syurga...

February 11, 2009

Kerinduan yg mengigit perasaan

Anak-anakku: Selama beberapa hari dikejauhan ini telah mengajar baba erti sebenar Ukhwahfillah. Ketiadan antum disisi amat terasa sekali kehilangan. Samalah dengan anak dan isteri dirumah. Malam sungguh indah dengan tahajjud…memang setiap hari bila baba sampai kesurau masih gelap lagi. Teringat masa baba belajar di UKM dan UiTM (master)dulu. Kekadang baba lihat kembali video yang izat buat tu..kadang tanpa disedari baba tersenyum sendiri tetapi mata ini berkaca…..melihat telatah kalian. Macam tak betul ke baba ni.???...wallahhi.. Allahuakhbar. Hanya Allah sahaja yang tahu….Walaupun begitu setiap hari sebahagian dari antum sentiasa berhubung dgn baba melalui SMS. Kakau takpun baba akan bertanya kabar kalian. Lihatlah video-video yg baba letak dibawah tu. Nak download tu silakan. Lepas tu baba akan buangkan…Utk mengelakkan blog ini berat bila nak access masuk…

February 8, 2009

coretan dari Indra Kayangan..

Hari-hari semester jan 09 terasa amatlah pantas berlalu. Baru 2 artikel sempat upload dalam blog ini. Hari ini baba terpaksa terasing jauh ke utara tanah air. Baru 4 minggu bermula, baba kini kena meninggalkan kampus IPSM selama 3 bulan kerana menghadiri Cuti Sabatikal Penyelidikan 12 utk pensyarah IPG, foundation 4 PhD…So baba kena meninggalkan IPSM dan seluruh isinya selama 3 bulan: 2 Mei baru balik, pada masa tu semua pelajar dah nak exam final sem. Terasa banyak sekali ilmu dan amanah yg belum sempat dicurahkan,benih yang disemai baru menampakkan hasil,,,daun daun menghijau sedang subur dan tumbuh menyejukkan pandangan hati ini.. Bibit buah yang manis mula terasakan; mengolah pintu batin. Dinding hati mengalirkan embun kemesraan dan kemanisan ukhwah fillah yang teramat payah untuk ditinggalkan@berpisah. Tapi wahai anak2…pada mulanya berat nak meninggalkan kalian…tetapi baba telah istikharah, memang Allah memilih baba pergi sedang hati ini amat pasrah dengan janjiNya. Keyakinan ini amat kuat sekali…banyak hikmahNya nanti…
Begitulah kehidupan yg Allah telah susun utk diri ini…Tinggalah IPGM… tinggalah rakan dan anak2 dirumah dan diMizan bersama rindu dan sendu-sedan, bersama doa dan harapan, dengan api cinta yang pasti tak kunjung padam.
Pg ini PDA baba mengejutkan kul 5 pg. Tiupan angin sepoi2 dari sawah padi terssa dingin sekali. Kesejukan menusuk tulang hitam. Kepenatan semalam seharian treveling semacam tercabut sudah. Pg subuh ini kesegaran jasmani dan rohani terasa teduh sekali:mandi dan tahajjud smbil berdoa sambil membayangkan isteri dan anak2 dirumah dan di Mizan. MasyaAllah… masa itu amat mencemburuikuuuu rupanyaaaaa….sudah 42 tahun berlalu sedang kehidupan ini masih begini…kosong tiada erti. Hatiku berbisik sambil mataku menerawang keluar dari tingkap tingkat 3 rumah tamu IPP. Mataku berkaca lagi…menginsafi diri….kelam…

Aku pergi awal ke surau. Dalam 5 40 pg. Sama keadaannya dengan Mizan. Masih gelap rupanya rumah allah ini, belum ada insanpun yang memuji rabbNya di rumah ini pada saat ini…Aku mendahuluinya denga solat hajat dan duduk termangu…rupa-rupanya golongan yang sedikit yg dijanjikan nabi memang sedikitpun. Fenomena ini bukan disini, diMizan dan dimana-manapun. Beruntunglah mereka2 yang termasuk dalam golongan sedikit ini….

Wahai Ummu rumaisa’ dan wahai anak2 semua…kehebatanMu adalah pada tahajjud. Kemuliaanmu adalah apabila allah memuliakanmu.kebahagiaanmu ada dalah tangisanmu yang titisannya Allah pasti menadah. Kebahgiaan dan sakinah itu ada dalam hatimu yg kusyuk dan bersujud dalam CINTAMU KEPADANYA….DAN DIA MEREDHAIMU….SELAMA LAMANYA….

Kenangan KBM

Tazkirah Minggu ini

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA