April 22, 2009

Cut sekejap siri 4

Pantasnya masa berlalu...mencemburui kita.

Alhamdulillah....hari ini sudah 23 April. 11 Mei nanti genap umur baba 43 thn. Rasa-rasanya baru sejenak saja hidup di dunia ini. Dan sisa-sisa cuti sabatikal di Perlis ini pun dah nak habis...Seminggu lagi (29 april) akan balik ke IPGM Kampus. 3 hb akan masuk office dan bersama semula dengan anak2 di Mizan. Sekarang ni tengah analisa data penyelidikan...dan tengan buat intepretasi dan munulis theses...Macam Master punyer theses...!!.
Mudah-mudahan Allah akan temukan kita kembali dalam suasana ukhwahfillah, sakinah, mawaddah warahmah...

"Ya Allah kau berkatilah umurku,pimpinlah tanganku dan letakkanlah tanganMU diubun2ku, Tiada daya upayaku melainkan apa yg engkau berikan kepadaku. Aku berlindung denganMu dari kesusahan, keluh kesah dan lemahnya amalku."

7 comments:

Anonymous said...

assalamualikum...
sebagai seorang umat islam yang katanya banyak beribadat kepada Allah SWT.
tahniah diucapkan kerana pelbagai penulisan yang ilmiah an boleh membuka minda,
tetapi pernahkah saudara terfikir yang masa yang saudara gunakan untuk menulis tentang apa yang saudara lakukan sebagai contoh bangun pada pagi hari, sembahyang tahajjud seperti "biasa". saya rasa ia tidak perlu dihebahkan kepada umum kerana ibadat kita sebagai seorang muslim adalah diantara kita dan juga Allah SWT. jadi tidak perlulah kita menulis semua itu walaupun dengan niat yang baik, saya rasa ianya boleh menunjukkan rasa bangga diri kita. cukup sekadar kita buat dan tawakal kepada Allah SWT dan tidak perlu kita hebah2kan kepad semua orang. kerana ianya boleh menimbulkan rasa bangga diri dan ego yang tiggi dalam diri kita. sebagai orang yang "bijak" dalam ilmu agama, saya rasa saudara sendiri tahu apa yang patut dilakukan. renung-renungkanlah.
terima kasih dan assalamualaikum.

Abuuwais said...

Alhamdulillah...Allah telah kirimkan kepadaku seorang insan yg Ikhlas muhasabah terhadapku. Moga Allah sentiasa merahmati Kamu dan membasnya dengan sebaik2 balasan.

Demi Allah, ianya membuatku malu dengan Allah. "Ya Allah engkau lebih tahu apa-apa yang ada dalam hatiku, sesungguhnya engkau lebih dekat denganku daripada diriku sendiri"...
"Ya Allah engkau rahmatilah saudaraku itu selama inidan selama-lamanya. Samada aku kenal dia atau tidak hanya engkau yg selayaknya menghadiahkannya dengan sebaik2 pemberian. Berikanlah dia keimanan,ketaqwaan dan syurga".

Amin.

nadianorudin said...

salam en zul..
sori sbb da lame xbukak blog..laptop rosak..
mak kirim salam kembali..
mak ckp dia nk book slot ngan en ble balik nnt..ok?
welcome back to Mizan...
looking 4ward to see u..

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hati manusia itu dan Dialah yang menjaganya. Ada sesetengah manusia yang Allah anugerahkan sifat ikhlas yang amat sukar dimiiki manusia. saya beranggapan tulisan beliau dalam blog ini adalah untuk memberi contoh atau gambaran sebenar kehidupan muslim. saya yakin beliau sudah menghayatinya dan x salah untuk diceritakan sebagai teladan kepada manusia yang melayarinya.
Bab hati itu urusan beliau dengan pencipta. x perlu kita campur tangan. Tugas pembaca adalah khusnus zhan (bersangka baik) dan menjadikannya pengajaran untuk ikutan. Itu yang Rasulullah ajar.

Demi Allah... siapa yang pernah bersama Baba dapat merasai keindahan hidup seorang muslim sama seperti yang beliau ceritakan dalam coretan blog ini..

dan selama saya bersama Baba, saya dapat merasakan suatu jiwa yang benar2 hidup yang boleh menghidupkan jiwa-jiwa manusia disekelilingnya dan saya yakin baba adalah seorang yang menghayati Islam dalam jiwanya...

wallahualam..

ya Allah, peliharalah tulisanku ini dari sebarang cacat cela hati

Abuuwais said...

Demi Allah...telahan saudara(ke-4) ini telah telah membakar hatiku dan telah meletakkanku menghampiri jurang kecelakaan... Ya Allah aku berlindung denganMu dari manusia dan aku juga berlindung dengan zat dan sifat kemahaanMu dari diriku sendiri yg penuh dengan kelalaian...Aku berlindung denganMu dari ujub dan ria' yg membakar aamalku seperti api membakar rumput kering yg ditiup angin dan aku berlindung denganMu dari bakaran api nerakaMu yg amat pedih lagi berkekalan...Dan kepada sebarang anonymous jangan lagi berbincang tentang ini. Lebi berguna jika diambil saja kebaikan dan manafaat dari tulisan ana ini dan kalau kurang/salah tafsir sila betulkan. Mudah2an Allah golongkan semua kita antara orang2 yg mendapat kerahmatan dan pengampunanNya...Amin

Anonymous said...

saya setuju...tapi perlu kita ingat bukas semua bende perlu kita ceritakan kepada semua orang seperti apa yangs saya cakapkan dulu kerana mungkin kamu seorang pengikut fanatik baba sampai apa yang dibuatnya semuanya betul.tapi kene juga ambil pendapat dari semua orang.pengikut abu yaa pon kate dia yang terbaik dan betul. pikir la sendiri...jgn hanya berakap.buktikan...

Abuuwais said...

Utk Nadia...Bulan 5 hujung minggu jadual sy dah penuh. Kalau Mak nak boleh buat hari kerja... tulis surat kepada pengarah Up kepada saya dan minta pelepasan. so far pengarah sangat positif. 4 mei (isnin) dah ada sekolah yg book...ESQ Kecemerlangan utk SPM. Utk hari lain kena cek jadual lecture dulu...Ok. Moga kamu akan jadi anak kebanggaan Mak..

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA