February 8, 2010

Si Tua Dengan Sepatunya


Pada suatu hari saya menaiki bas utk pulang kekampung. Saya masuk kedalam bas lebih awal sebelum bas bergerak dari stesen untuk mengelak kesesakan. Agak lama menunggu...akhirnya tibalah waktu bas bertolak. Driver bas sudah sedia berlepas dan apabila bas mulai bergerak tiba-tiba saya lihat ada seorang tua yg bergegas untuk menaiki bas yang sama. Orang tua tersebut berlari dan berjaya melepasi pintu yg hampir tertutup itu. Tetapi dalam kelam kabut itu, sepatu sebelah kaki kirinya tersangkut dan terjatuh sejurus sebelum pintu tertutup. Saya memerhatikan orang tua itu dari jauh, orang tua itu kelihatan tenang saja. Apabila bas mulai bergerak orang tua itu dengan tenang mencampakkan sepatunya yang sebelah kanan melalui jendela dan beliau duduk disebelah saya dengan tenang sambil tersenyum. Sayapun menyapa orang tua itu ” Saya memerhatikan apa yg Pak Cik lakukan tadi, Mengapa P Cik melepaskan sepatu yang sebelah lagi?”. Dengan tenang P Cik tu menjawab ” Supaya sesiapa saja menemui sepatu aku itu dapat memanfaatkannya”.

Inilah istiwa jiwa yang tenang, berpandangan jauh dan dipenuhi kerahmatan dan kekayaan. Pengalaman adalah guru terbaik dan jujur...fahamlah saya bahawa;

1.Jangan kita pertahankan sesuatu yang kita sahaja ingin memilikinya atau tidak mahu orang lain memilikinya.
2.Kita kehilangan banyak hal dalam hidup kita, tetapi seolah takhdir tidak adil pada diri kita , namun ianya guru kepada kita supaya terang berfikir Positif, dapat diertikan supaya kita menjadi sdewasa secara emosional dan spiritual.
3.Sedarlah bahawa pertukaran antara kehilangan sesuatu dan mendapatkan sesuatu harus terjadi. Seandainya tidak terjadi kehilangan maka mungkin tidak datang yg baru.
4.Tuhan telah menentukan bahwa, Itulah waktunya si tua itu sepatutnya melepaskan sepatunya dan nanti dia dapat mengantikannya dengan yg lebih baik.
5.Satu sepatu hilang adakah yg satu lagi itu bernilai...mungkin orang lain lebih memerlukannya...mungkin sepatu jadi sangat berharga bagi pengemis jalanan...si miskin
6.Berkeras mempertahankannya tidak menjadikan kita orang yang bijak atau menjadikan dunia ini lebih baik.Kita harus memutuskan bilakah sesuatu hal atau seseorang masuk dalam hidup kita atau bilakah kita lebih baik bersama-sama seseorang yg lain. Dan pada saatnya kita berupaya mengumpulkan keberanian untuk mlepaskannya.

”moga kita menjadi orang yg lebih lebih bijak cerdas emosi dan spiritualnya”

4 comments:

Anonymous said...

biiznillah.. semoga sepatu si tua tadi dimanfaatkan sepenuhnya oleh sesiapa yang ditakdirkan menemuinya.. melepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik!!!!! excellent..

"ALLAH tak pernah ambil sesuatu kecuali gantikan dengan sesuatu yang lebih baik"

kekusutan => ketenangan

insya'ALLAH

Anonymous said...

Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak karuan....

Abuuwais said...

Orang-orang berkata, jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, ia akan dapat memahami orang lain. Tapi aku berkata, jika ada yang mencintai orang lain, ia dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri.

maafkan kepada anonymous...buth.
Moga Allah merahmati kamu...fi kullimakan waa kullizanan..

Mr_17 said...

salam tuan haji, saya mengambil post ini utk laman ini : http://suraualortembesu.blogspot.com/

semoga tuan haji izinkan,insyaallah.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA