Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
July 30, 2010
Koreksi diri...Sang Murabbi
Siri-1: Eksesori buat murabbi.
MUQADIMMAH
(Siri baru ini ana usahakan khas utk dibaca oleh anak2 untuk dijadikan perbekalan dalam mengorak langkah sebagai murabbi. Silalah baca dengan hati walaupun berat dan sila copy ataupun cetak. Ana menganggarkan siri ini terdapat sebanyak 15 siri semuanya)
Wahai saudaraku, siapakah yg akan mampu mencanangkan konsep kebenaran kedalam hati umat ini?. Dan siapa pula yg akan menjaganya?. Siapakah yang mampu meneguhkan keyakinan umat ini tentang kebenaran jalan dakwah.? Siapakah yang mampu memantapkan pilihan-pilihan jalan disaat mereka harus memilih antara kebaikan dan keburukan…dan antara jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan?.Siapakah yg mampu membebaskan kegamangan sikap taakala seseorang berada di penghujung dan dipersimpangan jalan?.
Sahabatku, siapakah yg mampu menghapuskan kenangan-kenangan jahiliah pada benak manusia yang ingin bertaubat dan memperbaiki diri?. Siapakah yg bisa menuntun hati manusia untuk sentiasa setia meniti kebaikan demi kemuliaan sekaligus tidap terbias untuk kembali pada kejahatan?. Siapakah yg mampu meneguhkan hati manusia dalam kebenaran agar mereka tidak terbengkok meniti jalan syaitan?. Siapakah yang mampu meluruskan orientasi dan pandangan manusia agar mereka tidak berpaling dari nilai-nilai kebenaran?.
Ikhwah/akhawat yg dikasihi, siapakah yg mampu menyuntik rasa tenteram dan damai kedalam hati seseorang hingga ia tenang dalam keislamannya?. Siapakah yang mampu memasukkan senang dan gembira dalam jiwa manusia agar mereka rasa ringan dalam meniti jalan dakwah yg dipilihnya ini?. Siapakah yg mampu merembeskan kasih saying dalam dada manusia sehingga mereka menjadi teduh dan tenang dalam gerakkannya? Siapakah pula yg mempu menaburkan benih-benih kekuatan dan ketegaran dalam lubuk hati manusia sehingga mereka rela mengorbankan diri, harta, waktu, tenaga, fikir bahkan jiwanya demi membela jalanAllah semata?.
Anak-anakku, hanya Allah yg mampu membuka hati manusia?...tetapi melalui wasilah, tangan-tangan kitalah yg punya alat yg bisa kita gunakan utk merenovasi hati umat ini utk menerima kebnaran Islam dan masuk kedalam rumah Islam yg penuh chaya?. Melalui hati dan tangan kitalah yang membuatkan manusia tunduk dan sujud menghambakan diri lepada Allah?
Kita mengetahui bahawa dengan method dakwah dan manhaj tarbiah yg kita miliki mampu melunakkan hati manusia agar mereka bersedia melepaskan segala keangkuhan diri, angan-angan, metirialistik dan ego keakuannya?. Kita harus punya perbekalan untuk menghiasi hati manusia agar mereka memiliki kelembutan dalam mereasa, ketegasan dalam memilih, ketajaman dalam merencanakan, kebeningan dalam meninmbang, ketepatan dalam memutuskan?. Dengan manhaj yg ada kita sanggup menjinakan hati manusia agar mereka memiliki berbagai keindahan penampilan, menghiasi diri dengan sifat malu, memagari diri dengan bashirah dam menyelimuti diri dengan sifat amanah?.
Anak-anakku, denga wasilah dakwah dan tarbiah ini kita bisa menanamkan rasa cinta dalam rongga hati manusia sehinga terjalin ukhuwahfillah.
“Ya Allah…masih adakah ruang bagi kami dalam menunaikan amanah memperbaiki manusia. Sedangkan engkau lebih mengetahui betapa lemahnya kami, kami tidak berdaya selain dari anugerahMu kepada kami!!. Mengubah hati manusia tidak dalam jangkauan dan kemampuan kami sepenuhnya...dari itu bantulah kami …ya allah dan terimalah amal kami. Janganlah kau azab kami akibat dari kelemahan dan kelalaian kami selama ini".
"Dia telah memilihmu, dan Dia sekali-kali tidak akan menjadikn satu kesempitan untukmu dalam beragama". Al-Haj(78)
"Dan tidaklah kami mengutuskan engkau melainkan untuk membawa berita gembira dan peringatan kepada seluruh umat manusia". Saba'(28)
"Islah Nafsaka-Ud'uu Ghairuka?"
July 25, 2010
Hari Yang Manja...
Jumaat 23 Jun 2010.
Petang semalam: Hari-hari yang manja..dalam hidupku. Kalaulah diriku adalah Jarum waktu rasanya ingin ku mundur kesuatu waktu dahulu, masa kecilku. Yaa...satu waktu dulu sawah inilah tempat aku mandi dan bermain lumpur. Sawah inilah tempat aku bermain laying-layang…diwaktu petang. Bendang inilah mak dan ayah meraih rezki. Sawah inilah padi mahsuri ayah usahakan demi sesuap nasi kami adik-beradik. Ketika musim menuai, dicelahan rimbunan pohonan padi inilah aku bermain sorok2 dengan teman-teman. Itulah bisikan hatiku mengimbau kenangan. Aku terus saja aturkan langkah merlahan-lahan menuju ketengah bendang. Melewati titi dan batas padi. Semilir angin mengoyang-goyang anak padi yg baru tumbuh sehasta cuma. Iramanya melintuk melambai-lambai bila dibelai angin. Hijau sesayu mata memandang.. Kaki ini terus memijak-mijak batas padi. Dari atas titi yg merentangi parit kecil.. kelihatan air mengalir lesu sambil anak2 ikan berenang cemas. Batinku senyum sinis. Mataku menatap bumi dan wajahku tunduk bersama hati dan jiwa. Inilah bumi yg kupijak, langit dan awan menjadi saksi. Perlahan-lahan aku mendongak keatas. Keinsafan membelai kenangan yg tak mungkin aku padam. Sawah padi ini tetap begini, tetapi aku … Segalanya sudah berubah. Sudah 40 tahun berlalu…tetapi semuanya masih segar dalam disket otakku. Kini kampong halaman ini hanya menjadi tempat rehlah bersama anak dihujung minggu. Yaaa…Jumaat petang begini menjadi kemestian kamai sekeluarga balik menjenguk mak dan ayah.
“baba tungguuuuu…..” jerit buraidah dari atas pokok rambutan mengejutkan lamunanku. E-deen dan Muthsanna pun bergegas turun dari pokok rambutan tu. Mereka bertiga memanjat pokok rambutan yg rendang ditepi tepi bendang hadapan rumah mak.
“babaaaa tunggu… idah nak ikut”. “e-deen pun”. “Inah pun”. Dari tengah sawah aku melihat ketiga-tiga mereka berlari laju melalui atas titi utk mendapatkan aku. Waktu itu aku berdiri atas “batas padi “ yg lebarnya sehasta saja. Aku berhenti sejenak disitu menunggu mereka. Bila mereka sampai aku pimpin anak-anak meniti batas padi itu. Seketika kami berhenti sambil mencabut rumput- rumput sambil melambungkannya keudara…”tengok niii hujannnn…rumput”. Daun rumput yg masih segar tu aku balingkan keudara. Sebahagiannya melekat atas kepala anak-anak. Slepas tu mereka bergilir-gilir buat hujan menggunakan rumput.
Anak-anak tidak mengerti semua ini. Anak tak faham makna bendang kepada ayahnya. Anak tidak tahu apa yg mewarnai ruang fikir dan zikir ayahnya saat ini. Hanya ketawa ceria dapat kulihat pada wajah anak-anak.
Beginilah diari hujung minggu bagi kami. Beginilah BaitulDakwah…yg kami miliki. Kesibukan lelah sepanjang hujung minggu ini seolah2 terubat semuanya. Ziarah Mak dan Ayah selain menunaikan kewajipan dan hak... tetapi disana ada 1000 pahala, senang, ketenangan dan kebahagiaan. Maha suci Allah yg memiliki hidup dan kehidupan kami. Sesungguhnya semua ini adalah anugerah tak terhingga damiMu yaa Allah.
Diari: Bermula hari khamis Kami sekeluarga Iftar… di rumah “bukit Villa” bersama dengan Iftar anak2 usrah USM.. Malamnya umi bersama2 anak2 usrahnya dalam daurah dirumah bukit. Dalam masa yg sama baba dn anak lelaki melayan pelajar dari UK dan Russi yg balik bercuti musim panas. Sungguh indah ukhuwahfillah …walaupun antara kami tak pernah bertemu tetapi kesatuan manhaj tarbiah dan doa rabithah telah mengikat hati-hati antara kami . Turut hadir ialah usrah medic USM Mr Osman, beberapa Ikhwah dan Pak Ijal. Kebetulan kami ada meting malam itu.
Anak2 …tujuan baba rakamkan semua ini adalah supaya antum mengerti bahawa inilah kehidupan baba. Supaya antum tahu inilah harapan baba, cita-cita, rasa hati dan jiwa baba. Walaupun hari ini antum tidak memahaminya tetapi baba pasti suatu hari nanti antum akan mengerti jua. Baba mengharapkan semua anak2 mewarisi perjuangan ini…Amin. Along, K Ngah dan Cik baba berbangga dengan perkembangan antum.
Anjung Hidayah
2 pagi.
July 21, 2010
Akhawat memang hebat!!!....
Dimana-mana progran biasanya kita dapati akhawat memang lebih Ramai dan kommit. Akhawat menang hebat. Beruntunglah kepada wanita yg bergelar akhawat kerana Allah telah memilihmu utk didekatkan syurga buatmu. Dalam masa yg sama wanita2 lain hidup rosak dan merosakkan. Menjual maksiat dan kehormatan atau mensia-siakan kehidupan.
Kamu telah memberi sebanyak2nya. Kamu selalu menyatakan janji bahawa sayangnya kamu kepada ahlimu yg tidak terhingga. Kamu telah memberikan cinta...sehingga kamu menyatakan sayangmu kepada anak usrahmu dan umat ini lebih dari dirimu sendiri. Tidurmu sedikit dan lelahmu banyak. Gigihmu mengunung. Dipagi hari sabar mengejutkan suamimu dan anak yg masih nyeyak. Akhawat adalah insan terpilih kerana kamu adalah 1 dari 7 golongan yg akan dibukakan pintu2 syurga nanti.
Suatu ketika Usman bin Affan mengerahkan pasukan melawan Rom, jawatan komandan diserahkan kepada Hubaib bin Maslamah al-Fikir. Isteri Hubaib termasuk di dalam pasukan yang akan berangkat perang.
Sebelum perang bermula, Hubaib memeriksa persiapan pasukannya. Tiba-tiba isterinya bertanya,
“Di mana saya akan bertemu awak ketika perang sedang berlangsung?”
Hubaib menjawab, “Di khemah komandan Rom atau di syurga!”
Ketika perang sedang berkecamuk, Hubaib berperang dengan penuh keberanian sehingga memperoleh kemenangan. Setelah itu, dia segera menuju ke khemah komandan Rom untuk menunggu isterinya di sana. Saat Hubaib sampai ke khemah itu, dia mendapati isterinya sudah mendahuluinya…
Hebatkan...peribadi2 yg didik oleh Rasulullah. Terang hatinya dan jelas matlamat hidup.
Juga "Buat Isteri yg bergelar akhawat"
July 15, 2010
“Fatwa” Saya tentang “Haramkah ESQ165”
Dalam dua hari ini saya banyak menghabiskan masa meneliti sebahagian dari tulisan2 manusia di alam maya berkenaan ESQ165. Bila guna search engine menggunakan perkataan ESQ Haram, sebanyak 88200 results dapat di cari dalam masa 0.11 saat ttang artikel,video dan gambar berkenaan ESQ165. Bila say abaca sebahagiannya… rasanya cukuplah saya simpulkan bahawa tak payahlah dok pening kepala nak baca banyak2 pasal pertikaian ini, memadailah jika anda membaca blog Ust Zaharudin, Baca juga Warta Majlis Fatwa Wilayah dan baca pula Jawapan dari panel syariah ESQ165. Rasa-rasanya tak perlulah dipanjangkan lagi dan tak usahlah nak ditambah peningkan kepala lagi. Cukuplah bagi kita golongan pertengahan ini menyerahkan kepada mereka yg lebih mengetahui, berwajib dan berkepentingan.
Pada mulanya saya rasa nak jawab pada perspektif saya sepertimana yg saya katakan dalam posting saya sebelum ni, tetapi bila teliti semua artikel2 ini dan buku yg saya baca, kesimpulannya saya kata “Tak perlu ulasan lagi”.Komen dan cadangan panjang lebar UZAR dalam blognya telah mengundang 50 komen pembaca yg berbagai spectrum. Ada yg (+) dan (-) dan ada juga kelakar… Sehingga terkeluar komen2…”lelaki kasanova… Ustaz pun salah…ESQ songlap duit zakat dan macam2 lagi. Dan apabila UZAR membuat kesimpulannya dalam posting yg terbaru masih mengundang 17 komen sehingga semalam dan pastinya akan lebih banyak komen menyusul. Semua artikel2 itu yg saya download berjumlah 56 mukasurat ‘single spacing”. Baca bahan ilmiah dan penuh dgn fakta ini cukup memenatkan tidak seperti membaca sebuah novel…ianya heavy dan kena banyak guna IQ juga bukan EQ atau SQ semata. Fahamlah saya bahawa setiap manusia ini berbeda dalam banyak hal; dari perkara yg besar2 hinggalah perkara yg kecil. Betul dan benar macam mana pun diri kita ini, pasti akan ada juga orang yg kata salah. Seolah-olah tidak ada sesuatu apapun yg betul dan salah pada semua orang.
Cuma komen saya: 1. kepada rakan2 yg baca blog saya yg dhaif ini. Kalau anda dihantar oleh ketua jabatan utk gi kursus ESQ165 ni..pergilah, melainkan anda ada bukti daripada mereka yg balik dari ESQ165 ini jadi murtad atau terus tak sembahyang, semakin keras hati dan akhlaknya rosak. Rosak akidahlah katakana!!!. Kalau yg ada duit lebih tu… pergilah cari pengalaman baru daripada anda tidur dihujung minggu. Bukan nak kena pergi tiap2 minggu, sekali seumur hidup pun ok…cari pengalaman, barulah mudah faham bila ramai orang sibuk berbincang tentangnya. Dan kita tak cepat melatah. Analogi:Bagi yg komen “durian Kunyit” tak sedap dan mahal, tak patut RM 15 sekilo tambahan maki-maki pulak penjual dan tuan kebunya... sepatutnya anda makan dulu durian tu, lepastu baru sedap nak komen. He he kan begitu…
Fakta: lebih dari 77 komen dalam blog UZAR tu cuba anda perhatikan ada tak perbezaan ketara dari segi emosi dan "kemelatahan" antara “pengkomen2 ” diantara mereka yg dah ikuti kursus ESQ165 dengan yg belum.
2. Kalau Mufti wilayah haramkan ESQ165 ini…maka mereka kena tilik juga module Bina Insan, Bina taqwa dan Bina Islam Hadahari yg sekarang ini sedang hangat dijalankan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang mana pengarahnya Ust Zamihan sendiri, manakala ILIM ini pula adalah anak emas kepada JAKIM sendiri. Saya berkata demikian kerana Module ILIM ini menggunakan pendekatan serupa dengan pendekata ESQ165. Sebagai contoh lagu demi matahari dan Muzik2 kitaro dan nasyid yg menjadi medium utamanya. Selepas ini ILIM akan “membasuh” semua pegawai kerajaan,Badan berkanun, swasta dan pelajar2 sekolah dengan kursus anjurannya ini.
3. Tahniah UZAR sebagai “teknodai’e” kerana telah meluangkan masa menjelaskan kekusutan masyarakat. Moga Allah rahmati anta dan diberikn pahala dengan pengorbanan masa, budi fikir buat umat ini dengan perahan ilmu, rujukan dan patukkan jari-jemari anta mengetuk papan-kunci kumputer riba.
4. Cerita pasal haram ni samalah dengan cerita ulamak berbeza fatwa. Kalau dulu Ql_Arqam kena haram, PAS pun kena haram, Kalau yg tak ada bukti utk diharamkan akan dicari bukti... itulah tabiat sesuatu apabila dia meyrerlah jauh dari biasa. Al-Arqam mula diharam apabila mula berniat utk memerintah negara dan membina ampayarnya. Sedangkan dalam masa yg sama perkara lain yg jelas haram dan jelas lebih banyak merosakkan masyarakat tidak ada ulamak menyatakannya haram. Cth Arak,judi bola dan judi tidak bolapun, ASN/ASB "Jom Heboh.." dan rancangan2 realiti TV yg jelas haram. Inilah nilainya kredibiliti para ulamak kita pada hari ini!!!. Oppps..ok dah.
Fakta: Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangannya pada 16 jun mengatakannya tidak haram.
Soo nasihat utk anda semua BACALAH…dan
Ikatkanlah ilmu dengan menuliskannya
”bacalah dengan nama tuhanmu”
Alumnai ESQ165-097/angkatan ke-9
July 13, 2010
Haramkah ESQ165?
Saya adalah antara pelopor EAQ di IPGM Kampus Sultan Mizan. Sebut pasal ESQ semua rakan tahu ...mesti En Zul ini lah. Kebelakangan ini saya didatangi oleh ramai pensyarah dan pelajar yg bertanyakan tentang Fatwa Mufti Wilayah yg mengharamkan ESQ165. Diberikan kepada saya salinan fatwa itu. Kebetulan Saya adalah alumni ESQ165-097. Utk makluman pembaca sebelum saya mengenali ESQ165 saya juga pernah menjalani TOT utk Keindahan Bersamamu (KBM-anda boleh lihat link diblog saya ini) dan saya pernah mengendalikan beberapa kursus ESQ utk pelajar IPG, semua staff IPG, pelajar POLI Teknik dan pelajar sekolah. Dan terbaru saya dipangil oleh ILIM wilayah timur (satu jabatan bawah JAKIM dan pengarah ILIM ialah Ust Zamihan yg kontravesi tu...!) utk mengikuti kursus TOT sebagai fasi kursus-kursus ESQ anjuran mereka (walaupun mereka tidak menjenamakan ESQ). Kedua-dua modul KBM dan Module ILIM ini adalah menggunakan module dan pendekata ESQ165 sebagai asasnya.
Dengan ini rasa terpanggil dan bermotivasi sekali utk menjawab semua persoalan ini berdasarkan pengalaman dan dari perspektif saya sebagai orang Fizik dan IT yang mencintai agama dan dakwah ini.
Buat Sementara Waktu: Agaknya ada baiknya jika saya membiarkan semua maklumat/perbincangan ilmiah ini di garap oleh orang lain dulu. Memandangkan ramai lagi ustaz/mufti/alim ulamak...yg layak berfatwa. Sebahagian dari mereka juga pernah mengalami kursus ESQ165 selama 3 hari tu. Disamping itu juga dellay ini memberi waktu kepada khalayak untuk meneliti dan mendalami fakta dari semua pihak. Ini akan memudahkan mereka memahami situasi sebenar. Soo...saya tangguhkan hingga suatu waktu.
Seperkara Lagi: Nampaknya isu ini seolah2 diada2kan...dan semacam ingin mengalih perhatian umat ini kepada ISU yg lebih besar yg sepatutnya muncul mendominasi benak Umat islam ini iaitu ISU PALESTAIN. Ghazzah seolah2 dinafikan hak dan meminta umat Islam dimalaysia ini melupakannya... Sedangkan pada saya PALESTAIN sepatutnya lebih dekat dihati kita!!!!.
Sebagai Muqadimmah saya minta pembaca meneliti tulisan Ust. Zaharuddin dalam blognya... kalau sudah fahan apa yg ditulis beliau...ditambah dngan komen-komen pembaca rasanya sudah memadai untuk kita mendapat informasi lengkap. Subhanallah besarnya sumbangan Ust ni kepada kita. Saya amat cemburu dengan hikmah dan barakah masa yg Allah berikan kepada beliau sehingga sempat menulis dalam kesibukan amat. iA sikit masa lagi saya akan menulis jawapannya berdasarkan perspektof saya yg lemah dan dhaif ini. Tambahan buat masa ini saya sedang meneliti semula buku ESQ165 tulisan Dr. Ari..
Anda boleh pergi ke link dalam blog saya ini atau ke URL berikut: http://www.zaharuddin.net/content/view/828/72/
July 12, 2010
Diari Munggu Ini...
Hujung minggu ni banyak sekali travelling. Hari rabu baba ke USM peneng dengan Umi. Umi ada interview utk Prof. Madya…Alhamdulillah berjalan lancar. Kami menginap di Hotel Vistana. Selepas interview pada kul 3 hari khamis kami terus balik dan singgah di Parit Buntar kerana menziarahi keluarga bekas Kounselor SMI (Atiqah) yang telah tamat kontrak pada 30 jun lepas. Selepas meninggalkan rumah Ukhti Atiqah kami bertolak balik ke KB. Memandangkan hari sudah malam kami bermalam di Cameron Highland sambil menikmati kawasan sejuk kemuncah tanah tinggi tu. Pagi esoknya,selepas kami belikan sayur/buah terus berangkat pulang melalui Gua Musang. Macam biasalah bila lalu K Krai…durian kunyit akan menjadi buruan. Soo dapatlah 4 biji,tu pun pesan awal suruh P Nik simpan. Wahh dapat merasa gak. Sampai dirumah lebihkurang kul 4 petang. Hingga 5 30 baba rest sat… sambil umi kemaskan barangan anak2 utk ke K Terengganu. Kami ke Terengganu kerana Ada hari keluarga di Gem Beach Resort. T/hari sabtu bertolak balik kerumah sambil santai-makan2 menyusuri jalan pantai bersama anak2… Video ini adalah dedikasi khas utk 3 akhawat yg telah meninggalkan bumi Kelantan ini. Ditayangkan semasa farewell utk mereka yg telah diadakan di rumah kami pada hari selasa yg lepas.
July 3, 2010
Tetamuku Pulang...
Antara bila dan ketika…
kelmarin kita bertemu
dalam sebuah ketidaksengajaan yang terbalut taqwa
cerita suka duka kita lukis tembok kota ini
membuat bara-bara rindu semakin hangat
membuat semilir angin semakin kencang
...kemudian
perlahan hujan rintik mengemas pertemuan kita
dan kau pun berlalu
lewat awan teduh senja
mungkin burung-burung berkicau terlalu pagi
suaranya begitu menyayat hari-hari
atau mungkin waktu terlalu curiga
hingga hari-hari terlihat benci
kapan kita akan bertemu lagi?
bukan sekada mimpi..berlari didada pelangi
kubiarkan cahaya bintang memelukmu
menjadikan angin taman ini semaikin lesi
embun semakin gelisah
Apabila…tiba-tiba menjelma isyarat, merebutmu
entah kapan kau bisa kutangkap
ahhh...saat ini
Deruan hujan di luar… dingin malam ini.
dan lagu “hujan” –kenapa tidak gerimis saja–
“dihapuskannya jejak-jejak kakimu“.
akankah jejakku terhapuskan juga dari halaman hatimu?
“Selamat Pulang Buat Tetamu”
Bukit Villa
1.30 pagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...