Untuk anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan….“SEMALAT BERJUANG”
Jadilah mahasiswa yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Mereka2 yg sentiasa memikirkan perkara2 besar akan sentiasa merasakan kecilnya masalah remeh. Adakah masalah yg lebih besar daripada masalah Ummah, Dakwah dan Tarbiah dan mengIslahkan masyarakat yg sedang tenat ini. Bukankah ini kerja para nabi2 dan rasul2 yang mana inilah tujuan mereka dibangkitkan.!!!.
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama yang ada mahasiswa. Kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya pemuda (mahasiswa), sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.” (Al Kahfi:13)
Kesimpulan; inilah yg menjadikan antum akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu antum itu akan menjadi bertambah berat. Oleh itu sepatutnya anak2 berpandangan jauh dan bekerja keras, bahkan mestilah antum menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Anak2ku,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut ialah supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Anak2 yang berada di penjara menara gading hari ini, sunguh bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan risalah kenabian.
Oleh itu, bersedialah wahai pemuda pemuda dan serikandi; alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak mengislah diri dan rakan2 taulan. “’Islah nafsaka, udu ghairuka”. Perbaikilah dirimu dan serulah masyarakatmu.
Anak2ku,
Minggu peperiksaan ini adalah seranah perjuangan dan sebahagian Al jihad kecil dalam kebanyakan jidah dalam kehidupan antum. Kamu suka kecemerlangan,mak ayah suka kecemerlangan tetapi sebenarnya Allah lebih suka kepada pemuda2 yg cemerlang, pemuda2 yg mengabdikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah. Kecemerlangan hanya utk Allah dan kehebatan hanya untuk Islam. Alangkahnya rendahnya dan sia sia bagi mereka2 yg hanya belajar kerana Gaji, kerana sebuah kereta,sebuah rumah,kerana mak dan ayah apatah lagi kalau hanya utk seorang wanita/lelaki yg sering mendorongnya saban hari. Tetapi alangkah hebatnya,alangkah mulianya bagi mereka yg menghadiahkan kesungguhan dan kecemerlangan untuk Allah, untuk agamanya dan untuk seluruh umat ini yg sangat dhaif,jahil,hina dan dihinakan.
Wahai anak2ku; Wahai Pemuda2 Ashabukahfi ikhlaskan seluruhnya amal kamu. Sembahkanlah semu bakti kamu hanya untukNya. Kamu insan terpilih, antum umat terbaik yg dibangkitkan. Kamu insane yang telah difahamkan dan memahami erti dakwah dan tarbiah. Tolongkah agama Allah nescaya semua harapanmu akan Allah tunaikan. Percayalah pada janji janji Allah…jika kamu mengetahui. Kerana allah telah membuka pintu pintu faham kedalah hati kamu melalui tarbiah ini…
SELAMAT BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. MOGA ALLAH REDHA KAMU DAN KAMU MEREDHAINyA. NANTI BILA DIBANGKITKAN KELAK DAN DIKIRA AMAL KAMU…MUDAH MUDAHAN KAMU BUKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUFLIS ORANG YANG MERUGI.
NANTI BAKAL MENYUSUL “ BINGKISAN CUTI….”…hujan gerimis menemani perjalanan pulang
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
2 comments:
Terima Kasih..=)
amat berguna segala kata-kata..
i'llah... doakan kami sentiasa berada dalam saff2 bjuang mggapai mtlmt krn Allah.....
Post a Comment