May 22, 2011

18 tahun berkumpul memenuhi bola mataku...


ISNIN 22 Mei 2011.

Sepertinya langit tiada lagi dipagari bintang
pilu hatiku seluas lautan mataku melihat
sedar olehku bahawa pinjaman itu sudah tamat tempohnya
namun kejora itu masih bersinar
semua helaian kenangan
terkumpul di depan mataku
sambil hati dan akal merewang-rewang entah ke mana
ku sambut pemergian ini
dengan serubu kalungan doa


Petang ini seperti biasa aku meninggalkan pejabat slepas solat asar utk pulang kerumah. Suasana petang pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dan pantai Irama disepanjang pantai mewarnai perjalanan pulang yg menjadi rutin hampir setiap hari. Biru Laut Cina Selatan menjanjikan seribu kedamaian dan ketenangan. Sambil menikmati suasana ptang ini kekadang terkuak gurauan anak2, bermain2 dengan merka dihalaman rumah pada waktu petang. Lambaian mereka menjadi aroma jiwa seolah2 mmanggilku untuk pulang cepat setiap hari. Main badminton, Ping Pong dan kekadang basuh kereta dan sirami bunga2an di pagola. Bersama anak bagaikan menatap kuntuman bunga yg sedang mekar dilaman jiwa ini.

Tetapi, pada petang ini hiba perasaan ini terasa cengeng sekali. Kepulangan yg selalunya sangat mengujakan, solah olah diranggut dari hati ini. Persis kembali kerumah kosong tak berpenghuni. Kepulanganku seolah2 sudah tidak dipanggil lagi. Seperti aku menuju destinasi yang sangat jauh dari kesampaian. Jiwa menjadi sayu seperti ada sesuatu yang hilang dan kekosongan batin. Perjalananku pulang kerumah petang ini menjadi kelam dan mundur. Dalam diam kelopak mataku tak dapat lagi menahan banjir yg melimpah… aku membiarkan saja kerana asyik. Kereta NAZA Ria yg aku pandu terus memeblah bayu petang. Kelihatan awan hitam mengendong air yg sarat tanda hari akan hujan. Laut membiru dihiasi ombak memutih melambai lambai dari kejauhan. hmmm mndamaikan.

Yaa.. memang kehilangan seorang anak; setalah 18 tahun aku membesarkannya merupakan asakan jiwa yg kepalang. Bermula dari saat aku azankan dan iqamat ditelinganya saat dilahirkan; setiap tahun, minggu,setiap hari dan seetiap saat aku mengikuti perkembangannya. Hari ini dia mula mengatur langkah kaki pergi. Setalah 18 tahun ditatang kami telah memberi segalanya untuk membesarkan dia dalam suasana yg terbaik. Tetapi pada hari ini masa,kesempatan dan hukum alam telah merampasnya dariku. Maka selpas ini kurang 1 makmum solat berjemaah dirumahku. Selepas ini tiada lagi sahutan “ Alonggg ajak adik2 ..jom solat”. Slepas ini tiada lagi sahutan…”Along jom solat di masjid bersama adik2”.

Along…! banyak membuatkan baba menangis bila terkenagkan sejarah hitam 1998, kemalangan yg hampir meragut nyawa Along, yg sering membuatkan baba mengigil saat terkenangkannya. Syukurlah Along sihat 100%, Allah tidak menguji kita ujian yg tak sanggup dihadapi. Baba sangat sayangkan Along, Along sangat halus jiwanya, jujur dan ikhlas sesuai dengan nama Uwais (AlQarni). Baba percaya masa depan Along akan ada khidupan yg cerah. "slow learner" dalam khidupan yang sangat jujur akan sntiasa dalam rahmat Allah.
semasa meletakkannya nama Along dulu baba sangat mencintai seorang sahabat Nabi (tak pernah berjumpa dengan nabi) yang tidak terkenal dibumi tetapi terkenal dilangit. Sirah sahabat ini telah menjadi inspirasi baba semasa belajar di UKM.

18 tahun rasanya sudah terisi semuanya dalam dada Along,walaupun masih banyak yg kurang. Pengalaman sebagai Head boy,sebagai Naqib usrah, Staff Sarjan KRS Musleh, Program pewaris MUSLEH dan IKRAMteen menjadi belakan berharga utk Along meneruskan kehidupan sebagai Mahasiswa. Harapan baba semoga Along dapat mewarisi perjuangan Baba dan Ummi. Sebagai daie',sebagai pewaris risalah kenabian dan sebagai penyambung dakwah dan tarbiah ini. Baba sungguh bangga dengan perkembangan Along, sudah bisa memahami dan brjalan seiringan bergandingan dengan baba dan Umi.

Sebenarnya kepulangan petang terasa sayu kerana pada pagi tadi aku dan umi baru saja hantarkan Along ke UiTM Machang. Along dapat masuk UiTM Machang, course Computer Science. Mulai hari ini Along mula melangkah kaki keluar dari rumah dan semakin menjauh dari baba,umi dan adik2 yg lain. Mulai hari ini juga bermakna sudah tiba masanya untuk along belajar berdiri atas kaki sendiri. Mulai hari ini Along sedang menuju kedewasaan. Mulai hari ini Along kena belajar erti peritnya kehidupan. Mulai hari ini Along harus belajar membina kehidupan sendiri. Berdiri dan berjalan atas kaki sendiri.

Teringat pula semasa aku mulai meninggalkan kampong kerana dapat memijak menara gading UKM pada Julai 1986. Barulah aku faham prasaan seorang mak/ayah yg kehilangan anak. Tangisan mak/ayah semasa menghantarku di stesyen bas KB. Begitulah hukum kehidupan. Dan begitulah bagaimana alam menghiburkan kita tentang kehidupan.

4 comments:

kukutajam said...

Tahniah..

Anonymous said...

-- sayu membacanya.. sungguhlah, ibu ayah terlalu kasih pada seorang anak... dan kasih itu begitu bermakna bila bersandarkan Allah.. moga anak mampu pulangkan kasih itu kembali pada ibu ayah.. walau tiada di mata.. moga Allah rahmati encik sekeluarga,

Abuuwais said...

Semua anak istimewa. Setiap anak ada punyai 1000 kenangan pahit/manis yg sangat dekat dihati ayah/ibunya. Setiap inci fizikal dan jiwa anak2 dalam kotak fikir ayah/ibunya.Novel kehidupan anak, ayah/ibunya hafal walaupun dia bukan membacanya tetapi mengalaminya bersama. Mana mungkin novel yg ditulis tuannya selama 18 tahun akan dilupai begitu saja. Atau pada hari kehilangannya tidak terasa apa apa?

Abuuwais said...

Along juga dapat matrik, Peneng. Sepatutnta daftar 5 jun tetapi dah selesa dan minat komputer, stay sajalah di Machang, lagipun dekat. Setiap hujung minggu boleh balik rumah.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA