August 27, 2012

Bahan Tazkirah Untuk Liqa' Minggu Ini.


Zadu Du’at
 Oleh: Dr. Hussien Shahatah

Kehidupan seorang muslim di bulan Ramadhan adalah dalam kerohanian yang tinggi kerana dirinya dipenuhi iman serta mempengaruhi watak, tingkah laku dan tindakannya. Di antara hasil di bulan suci ini ialah menjernihkan hati, membersihkan daripada kesalahan dan dosa, mendidik jiwa dan menyucikannya, meluruskan tingkah laku dan mendisiplinkannya. Seorang muslim akan merasakan bahawa mertabatnya semakin meningkat dan dekat dengan Allah SWT. Ia berharap bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan dan sentiasa mengulangi doa mutawatir ini:

"اللهم أعده علينا أعوامًا عديدة وسنوات مديدة"
"Ya Allah, sediakanlah Ramadhan untuk kami beberapa tahun dan sepanjang tahun."
Ramai orang tertanya-tanya apakah tindakan selepas Ramadhan di samping tidak syak lagi bahawa pendidikan Ramadhan adalah pendidikan sepanjang tahun dan sepanjang hari. Berdasarkan keistimewaan ini kami utarakan beberapa perintah dan pesanan selepas Ramadan sebagai peringatan, kerana peringatan itu sangat bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.

Pesanan Pertama:

Anda hendaklah meneruskan puasa Ramadhan dengan puasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, serta puasa pada pertengahan bulan Hijrah setiap bulan (hari putih); supaya terus merasai kerohanian puasa. Diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bersabda (bermaksud):

" (Puasa) tiga hari setiap bulan dan Ramadhan kepada Ramadhan. Maka inilah puasa sebulan penuh. "(HR Muslim daripada Abu Hurairah).

Pesanan Kedua:

Anda hendaklah terus memelihara solat di masjid secara jamaah seperti anda berada di bulan Ramadhan kerana ianya mendapat pahala yang besar di mana solat berjamaah menyamai solat di rumah dua puluh tujuh kali.
Pesanan Ketiga:

Anda hendaklah terus menghidupkan solat di tengah malam, kerana Nabi SAW telah bersabda (bermaksud):

" Solat yang paling baik (afdhal) selepas solat fardu ialah solat malam." (HR. Bukhari).

Pesanan Keempat:

Anda hendaklah terus memelihara wirid Al-Quran seperti yang anda lakukan di bulan Ramadan. Rasulullah telah berpesan:

"Bacalah Al-Quran, ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat kepada orang yang membacanya." (HR. Muslim).

Pesanan Kelima:

Anda hendaklah menjauhi daripada perkara bid’ah, adat lapuk dan tradisi yang buruk. Ingatlah kata-kata Nabi SAW (bermaksud):

"... dan berhati-hati dengan perkara-perkara yang baru, setiap satu perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap yang bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan akan dimasukkan di dalam api ." (HR. Muslim)
Pesanan Keenam:

Anda hendaklah menjadi seorang yang pemurah kepada golongan fakir dan miskin, serta golongan yang memerlukan selepas Ramadhan dan janganlah menafikan diri anda daripada mendapat rahmat Allah. Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):

" Harta yang disedekahkan tidak akan berkurang. " (HR. Tirmizi)

Pesanan ketujuh:

Anda hendaklah berikan hak-hak orang fakir dan miskin daripada zakat dan sedekah supaya Allah memberkati harta anda. Allah SWT berfirman (bermaksud):

“Allah susutkan riba dan Ia pula mengembangkan sedekah-sedekah dan zakatnya.” (Baqarah:  276).

Pesanan Kelapan:

Anda hendaklah menyambungkan silaturrahim dan tunaikanlah hak-hak mereka yang memiliki pertalian darah sehingga Allah menangguhkan ajal anda dan melapangkan rezeki anda. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177).

Pesanan Kesembilan:

Anda hendaklah terus menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan lain-lain seperti yang anda lakukan pada bulan Ramadhan kerana majlis ilmu adalah lebih baik daripada beribadah selama tujuh puluh tahun.

Pesanan Kesepuluh:
Anda hendaklah berterusan dalam melakukan taubat dan istighfar. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal: 33)

Nabi SAW bersabda (bermaksud):

“Sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih daripada tujuh puluh kali dalam sehari.” (HR. Muslim)


August 17, 2012

Saat bicara sama kamu...

Saat ini aku agak sibuk, Tahun ini lelahku mengmimpit waktu, kebelakangan ini tangan ku tak punya banyak waktu utk berlari atas papan kekunci ini...namun Kamu baru saja hadiahkan pada ku...(dengan izin tuanMu dan kekasihKu juga). Dan satu lagi hadiah yg kau bawa bersama dengan kedatanganmu kali ini bahawa puteri kesayanganku sudah bergelar Hafizah,walaupun hanya 8 bulan berada di DQ. Sesungguhnya hadiah ini lebih mahal dari dunia dan seisinya kerana dia bakal berikan syafaat bagiku di akhirat nanti. Terimakasih atas rahmat yg hadir bersama kehadiranMu. Banyak kali aku menangis dalam pelukkanMu ini. Lantaran aku tak sempat melayanMu sebaiknya. Namun hanya kamu saja yg dekat dihatiku yg menjadi teman bicaraku di malam gelap dalam tahajjudku. Maafkan aku. Tapi esok kamu akan pergi dan pergi jua. Hukum alam yg tak bisa siapapun menghalangnya. Aku pasrah dalam harap agar kamu datang lagi kekamar hatiku diwaktu yg dijanjikan nnti. Aku tetap mengharap dan menanti  kamu muncul lagi didepan pintu hati ku ini lagi...Kau pasti datang kerana aku telah siapkan rumahmu dalam hatiku ini. Aku belum puas bicara sama kamu.RAMADHAN.

April 15, 2012

Berita Mengejutkan Pagi ini...

Pagi ini 16 April; seperti biasa selepas membantu isteri menguruskan anak2 untuk ke sekolah, aku terus menekan pedal kereta untuk ke Kampus. Agak luar biasa pagi ini kerena selepas clock in aku terus buka komputer dan menatap video piermario morosini, pemain bolasepak Itali yang mati semalam semasa sedang bermain bola sepak. Selalunya selepas clock in aku akan terus ke kantin untuk makan pagi bersama rakan2 pensyarah yang lain. Lain sekali pada pagi ini kerana aku tidak ke kantin tetapi asyik dengan komputer kerana mencari bahan untuk ceramah anjura JPP minggu depan. Kira kira jam 9 15 pagi, En Azman, rakan pensyarah dalam keadaan terkejut datang kebilik aku dari bilik kuliahnya sambil berkata “Abe wel tak dok dohh”. Aku masih tak faham sambil bertanya Abe wel mana?”. bakpo pulak?. Pada masa itu aku tak menyangka Abe well yang selalu solat berjemaah di masjid waktu zohor dan asar, makan sama dikantin. Malah pagi dia masih mesra dan kelakar macam biasa menegur kami. Azman kata “yaa...abe well tu lah, sakniii jah dia baru bagi salam ko aku”.
Azman memberitahuku dengan cemas dan nampak macam terkejut...

Aku dan beberapa orang pensyarah terus bergegas ke Hospital Besut untuk menziarahi beliau. Apabila tiba di perkarangan hospital Kelihatan sudah ramai pensyarah dan staff lain berada di sana. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Besut.

Menurut cerita rakan2, beliau rebah selepas keluar dari bilik air. Beliau dilihat terbaring kaku diluar tandas sebelah jabatan matematik sebelum diangkat oleh beberapa orang pensyarah untuk dibawa kehospital.

Subhanallahhhh... mudahnya kematian itu datang bila sampai ajalnya.
Benarlah bahawa ajal maut itu adalah rahsia ALLAH. Tiada manusia dapat menghidu jejak malaikat maut datang menjengah. Jika telah tersurat ajalnya tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak akan dicepatkan walau sesaat. Firman Allah Taala :

"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorang pun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati." (Luqman: 34)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya." (an-Nahl: 61)

Namun bila dan di mana saatnya itulah RAHSIA yang ALLAH simpan sebagai ujian buat umat manusia. Surah al-Mulk ayat 2 ( sepatutnya semua kita - yang menulis ni terutamanya - perlu melazimkan membacanya sebelum tidur sebagai peringatan ) jelas menyebut :

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)".

April 3, 2012

Entri...terlewat


Tiga minggu berlalu terkumpul berbagai cerita mini dalam koleksi hidup ini. Biarlah baba rakamkan disini sebahagian darinya sebagai tatapan anak2, mudah2an suatu hari nanti catatan ini bakal dilihat dengan lebih makna. Walaupun 3 minggu berlalu namun kenangan itu masih basah alam ingatan ini.

Bermula Hari Minggu cuti persekolahan: Sepanjang cuti ini kesibukan tetap menghimpit nafas dan meregang jarum waktu. Bermula khamis 8Mac kami sekeluarga bertolak ke Darul Quran, Kuala Kubu Baru utk ambik K Ngah yg bercuti. Kami sekeluarga terus ke KL bawa anak2 bercuti hingga Ahad malam. Isnin hingga Sabtu dalam cuti sekolah selama seminggu ada kuliah. Sooo...kiranya tak cuti jugalah, cuma anak2 yg bercuti.

Sabtu 17 Mac, Hari akhir cuti persekolahan. Seawal pagi baba sudah menyusuri jalanraya seperti biasa menuju kampus, kerana pada hari ini ada kuliah utk program dalam cuti jQAF,PPG dan PGSR. Semalam ada beberapa berita yg mengejutkan juga. Selain banyak sekali undangan kenduri kahwin ada juga berita kematian.

Semalam ada ayah yang bisikannya...”Anakku, ayah sangat sayangkan kamu, tetapi Allah lebih sayangkanmu. Kepada Allah kamu datang kepada allah juga kamu kembali. Tunggu ayah di syurga nanti ya nak!...” (Rakan Pensyarah yang kehilangan anaknya yg berusia 19 tahun)

Semalam juga ada isteri sambil kelam membisikan...”Abang baru seminggu kita disatukan...terasa seakan baru sesaat kita merasai nikmat kehidupan bersama...rupa rupanya kematian merampasmu dari ku. Kalau lah ada zuriatmu yg ditinggalkan kandunganku ini, aku akan ingat selama lamanya inilah hadiah untuk cinta antara kita. kalau dia lahir nanti akan aku jaga dia sebaik2nya dan pastikannya membesar sebagai seorang anak yg soleh”. (Bekas pelajar yg baru seminggu melangsungkan perkahwinan. Mati ditempat tidur pada pagi sabtu)

Seorang anak membisikan pada sang ayahnya yg terbaring kaku...”Ayah walaupun aku sangat sayangkanmu tetapi allah lebih sayangkanmy. Ayah ...dalam kandunganku ini ada cucu ayah yang tak berapa lama lagi akan lahir. Sayang sekali ayah tak sempat menatapnya, bermain main dengan cucu ayah ini...” (Bekas pelajar : yang baru kumatian ayahnya kerana sakit buah pinggang)


Bagi baba kesedihan rakan2 telah Allah gantikan dengan beberapa kegembiraan:

Dah hampir 2 minggu keputusan SPM keluar. Hmmm...tahniah K Ngah walaupun baba nampak K Ngah agak kecewa kerana tak dapat Straight A(11A). Hanya dapat 10A(4A+,5A,1A-)1B+ sahaja. Masa gi amik slip SPM K Ngah tak sms/call utk bagi tau keputusan, baba tahu mesti ada yg tak kena. Balik dari kerja waktu petang barulah K Ngah bgi tau,tunjuk slip macam kecewa...baba tetap ucapkan tahniah sambil cium pipi K Ngah. Sambil ucapkan “ tahniah...dapat 10 A pun ok dah tuuu...Allah bagi apa yg sesuai dengan kita”.

Pada hari ini Selasa 3 April, sudah hampir dua minggu K Ngah balik semula ke Kampus DQ di Kuala Kubu Baru. Semalam K Ngah call dah dapat hafaz 10 Juz(juz1 hgga juz10) setelah 3 bulan berada di DQ. Alhamdulillah.



Selepas K Ngah tinggalkan rumah Along pula ganti. Jumaat 30 mac along dah mula bercuti sem, UiTM. Selepas last papper exam kul 11 pagi baba amil along terus hantar ke Air Port kerana along nak ke KL menyertai 60 orang konvoi dari Kelantan ke Stadium Melawati untuk menyatakan sokongan kepada saudara seislam di Ghaza dalam program GMJ (Global March To Jurusalem). Along terpaksa fly kerana exam habis kuk 11 pagi sedangkan rakan2 rombongan yg lain bertolak sebelum subuh lagi. Mereka perlu sampai di Stadium Melawati selepas asar. Rakan rakan IKRAM IPT/IKRAMTeen Kelantan yang berkonvoi dari pagi lagi ambil along diLCCT untuk ke Stadium Melawati.

Sebelah malamnya bila buka fb dan web resmi GMJ banyak sekali gambar di upload. Alhamdulillah GMJ telah berjaya mendapat sokongan dari berbagai pihakdalam dan luar negara hatta kepada yg nonMuslim. Lebih kurang 10K memenuhi Stadium yang datangnya dari seluruh pelusuk Malaysia. Rakan fb dari IKRAM IPT lur negara juga telah menceritakan berserta gambar fenomena GMJ ditempat masing; Beijing, OZNZ,Mesir, UK dan US sendiri.

Sila KLIK pada logo AQsasharef dan GMJ disebelah untuk perkembangan lanjut...

February 13, 2012

GHURABA'



Nasyed
غربا

غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحيا
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
كم تذاكرنا زمانا يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).”

(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)

Namun tanpa kalimat “Beruntunglah orang-orang asing itu”.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud. Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, dan Anas. Imam Baihaqy dari Katsir bin Abdullah bin Auf, dari Ayahnya dari datuknya. Imam Thabrani dari Salman, Sahl bin Saad as Saidi, dan Ibnu Abbas ridhwanullah ‘alaihim ajma’in)Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan,

“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang yang asing.” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat Imam Thabrani dari Sahl r.a, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ditanya, “Siapakah Ghuraba itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu orang-orang yang melakukan perbaikan ketika orang-orang lain rosak.”

Dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas’ud r.a, maksud ghuraba adalah An Nuzza’ minal Qaba-il (Orang-orang yang memutuskan diri dari golongannya). Maksudnya tidak fanatik dengan golongannya.

Dalam riwayat Imam Baihaqy dan Imam Tirmidzi yang lain , maksud ghuraba adalah “Orang-orang yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada manusia.”

Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”

Syaikh Saad al Ghamidi seorang aktivis Ikhwan, munsyid (penasyid) ,hafizh dan qari terkenal yang murattalnya telah menyebar di negeri-negeri muslim, berkata dalam intro nasyid Arab yang sangat terkenal dikalangan aktivis harakah pada tahun 90-an berjudul Ghuraba yang dilantunkan oleh Syaikh al Ghamidi sendiri dalam
album Ad Damaam 2:

Bukanlah Ghuraba' itu yang berpisah dari negerinya.
Tetapi mereka2 itu adalah orang yang melihat manusia
di sekitarnya bermain-main,
ia membangunkan manusia sekitarnya yang tertidur,
dan dia sentiasa di atas jalan kebaikan ketika manusia lain dalam kesesatan.
Benarlah telahan penyair, ketika ia berkata:

"Seorang sahabat berkata, engkau terlihat asing
Di antara manusia, engkau tidak memiliki kekasih"
Tetapi Aku berkata: "Sekali-kali tidak, bahkan manusia itulah yang terasing
Aku berada pada duniaNya dan mendapat petunjuk di atas jalanNya
Demikianlah Ghuraba', Orang terasing di sisi manusia
Dia laksana terpenjara, tetapi mulia di sisi Rabb mereka.

Gharib Bukan ‘Uzlah

Ada perbezaan mendasar antara غريب(gharib - terasing) dengan عزلة (‘uzlah – mengasingkan diri).Gharib dalam konteks ini adalah orang yang terasing kerana masyarakatnya yang menganggapnya asing, walau ia hidup di tengah masyarakat dan merupakan sebahagian dari mereka, dan ia tidak menjauhkan diri dari masyarakat. Sedangkan uzlah adalah orang yang memisahkan diri (i’tizal) dari masyarakat, ia sendiri yang lari dari masyarakat, bukan masyarakat yang menjauhkan diri darinya

Attuhal Ikhwah, jadilah ghuraba (orang-orang terasing), bukan kerana kita pendatang baru di kampung halaman, tetapi kerana kita memegang teguh prinsip-prinsip agama, di tengah masyarakat yang telah melupakan agama. Manusia yang memegang teguh sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di tengah masyarakat yang tidak kenal bagaimana susuk nabinya, bahkan istihza (memperolok-olok) sunnahnya. Memegang teguh akhlak dan adab Islam, di tengah masyarakat yang terpukau dengan akhlak dan adab Barat yang sekuler dan liberal, atau akhlak dan adab timur yang sinkretisme. Memegang teguh solusi Islam di tengah masyarakat yang lebih mempercayai solusi Barat atau sebaliknya, ucapan para dukun dan penyihir timur.

Memegang teguh fikrah Islam di tengah masyarakat yang terpesona fikrah sekularisme. Kita terasing di kampung sendiri kerana ini, terasing di pejabat kerana ini, terasing di sisi sahabat kerana ini, terasing di kampus kerana ini, bahkan terasing dikalangan keluarga sendiri kerana ini; kerana apa? kerana Islam yang kita bawa. Bukan kerana kita lari dari mereka. Bukan pula kerana kita tidak mengenalkan diri. Mereka telah mengenal kita dan keluarga kita dengan baik, telah mengenal aqidah kita, keimanan, fikrah, akhlak dan adab, serta solusi yang kita bawa, justeru kerana itu kita dianggap asing. Apa yang kita bawa dan tanamkan, dianggapnya bertentangan dengan kebiasaan, adat, tradisi, kepentingan, dan hawa nafsu mereka. Terasing bukan kerana kita menjauh, terasing kerana nilai kebaikan yang kita bawa telah menjadi hal yang aneh dan ‘baru’ bagi mereka kerana kemalasan mereka mengkaji agama, atau sikap acuh tidak acuh mereka terhadap agama. Lebih dari itu, apa yang kita bawa menjadi ancaman bagi keadaan status quo mereka.

Kalau kita telah mengalami ini, di mana saja kita berdakwah, lalu kita bersabar atas segala macam cubaan dan fitnah manusia, maka mudah-mudahan kita termasuk golongan ghuraba, bukan golongan yang kabur dari keadaan.

Ingatlah sahabat, tiada permaidani merah dihamparkan dihadapanmu selama engkau bergelar daei..

Bergaul Lebih Utama Dibanding Uzlah

Imam an Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, Riyadhus Shalihin min Kalami Sayyidil Mursalin, membuat bab yang sangat panjang, Keutamaan bergaul dengan manusia dan menghadiri program dan jamaah mereka, menyaksikan kebaikan dan majlis dzikir bersama mereka, menjenguk orang sakit, dan mengurus jenazah mereka. Memenuhi keperluan mereka, membimbing kebodohan mereka, dan lain-lain berupa kemaslahatan bagi mereka, bagi siapa saja yang mampu untuk amar ma’ruf nahi mungkar, dan menahan dirinya untuk menyakiti, serta bersabar ketika disakiti.

Imam an Nawawi berkata, “Ketahuilah, bergaul dengan manusia dengan cara seperti yang saya sebutkan, adalah jalan yang dipilih oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan
seluruh Nabi Shalawatullah wa Salamuhu ‘Alaihim, demikian pula yang ditempuh oleh Khulafa’ur Rasyidin, dan orang-orang setelah mereka dari kalangan sahabat, tabi’in, dan orang setelah mereka dari kalangan ulama Islam dan orang-orang pilihannya. Inilah madzhab kebanyakan dari tabi’in dan orang-orang setelah mereka, ini pula pendapat Asy Syafi’i dan Ahmad, dan kebanyakan fuqaha radhiallahu ‘anhum ajma’in.

Allah Ta’ala berfirman:
“Saling tolong menolonglah dalam kebaikan dan ketaqwaan”
(QS. Al Maidah: 2)

Ayat-ayat dengan makna seperti yang saya sebutkan sangat banyak dan telah diketahui.
(Imam an Nawawi, Riyadhush Shalihin, hal. 182. tahqiq oleh Muhammad Ishamuddin Amin.Maktabatul
Iman, Al Manshurah)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang mu’min yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka, lebih baik daripada orang yang tidak mau bergaul dengan mereka dan tak sabar menghadapi gangguan mereka. “
(HR. Imam Bukhari dalam Adabul Al Mufrad, Imam At Tirmidzy, dan Imam Ahmad)

Keutamaan bergaul dengan masyarakat merupakan pilihan hidup dari para Imam, ini pula pandangan yang dianut oleh Said bin al Musayyab, Qadhi Syuraih, Amr bin asy Sya’bi, Abdullah bin Mubarak, dan lain-lain.Inilah pilihan para ulama masa kini, padahal zaman semakin rosak, namun mereka turun gunung untuk ikut memperbaiki keadaan. Bukan justeru lari dari kenyataan.

Demikianlah, sifat ghuraba tidaklah menghalangi kita untuk tetap bergaul dan berdakwah di tengah masyarakat, dan bertahan dari fitnah dan kerosakan mereka, serta menahan diri untuk menyakiti mereka. Dan,makna ghuraba menurut Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani dari Sahl bin Saad as Saidi, adalah “Orang-orang yang melakukan perbaikan di tengah masyarakat yang rosak.

Manfaat Bergaul Dengan Manusia

Imam Ibnu Qudamah dalam Mukhtashar Minhajul Qashidin menyebutkan beberapa kentungan bergaul dengan manusia:

1. Belajar dan mengajar

Ar Rubayyi bin Khaitsam berkata, “Belajarlah lalu uzlah-lah, kerana ilmu itu merupakan dasar agama. Tidak ada kebaikan dalam uzlahnya Dia menjawab, “Itu sama dengan kehancuran dan bencana.”

Orang itu bertanya lagi, “Lalu bagaimana dengan uzlahnya orang berilmu? Ulama tersebut menjawab,“Engkau tidak perlu peduli dengannya. Biarkan saja uzlahnya itu. Dia sendiri yang menanggung penderitaan dan kenistaannya.
Dia menolak minum air segar, hanya minum dari daun-daun kering
hingga berjumpa dengan Allah", Sedangkan mengajarkan ilmu adalah salah satu amal paling utama dalam Islam, sebagaimana mencari ilmu.

2. Mengambil dan Memberi Manfaat

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi kebutuhannya.“ (HR. Muslim)

Hadith ini tidak bisa kita amalkan tanpa bergaul dengan manusia, dan Rasulullah sendiri menegaskan bahwa sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya (anfa’uhum linnas).

3. Melatih diri sendiri dan membimbing orang lain

Bergaul dengan manusia merupakan latihan kesabaran, menata jiwa dan emosi, serta menundukan hawa nafsu, kerana ia harus menghadapi pelbagai karakter manusia. Adapun membimbing manusia sama halnya dengan mengajarkan ilmu kepada mereka, dengan segala macam bentuk dan kendalanya.

4. Mendapat pahala dan Membuat orang lain mendapat pahala

Bergaul dengan manusia membuat anda dapat saling mengunjungi, menjenguk orang sakit, mengurus jenazah,memenuhi keperluan, mengundang jamuan makan atau mendatangi undangan. Ini semua tentu tidak syak lagi adalah ladang amal soleh yang memiliki ganjaran yang besar di sisi Allah ‘Azza wa Jalla bagi pelakunya atau orang lain.

5. Tawadu'

Sifat ini tidak akan muncul jika seorang menyendiri. Boleh jadi uzlah dilakukan kerana kesombongan, merasa bersih, dan suci, sedangkan orang lain kotor dan rosak. Itulah yang membuatnya hilang ketawadu’an dan husnuzh zhan dengan manusia.

Terakhir, Imam Asy Syafi’i r.a pernah berkata,“Mengasingkan diri dari manusia boleh mendatangkan permusuhan dan membuka diri kepada manusia boleh mendatangkan keburukan. Tempatkan dirimu di antara mengasingkan dan membuka diri. Sesiapa yang mencari selainnya maka dia tidak tepat, dia hanya mau tahu tentang dirinya sendiri dan dia tidak layak membuat ketetapan untuk orang lain"

Wallahua'alam bissawab
Waastaghfirullah li walakum
Adaptasi dari tulisan Ust. Farid Nu'man di situs Perisai Dakwah dan pernah diterbitkan di majalah Tatsqif ..

Judul Aslinya "Ghuraba Tapi gaul" ..

February 2, 2012

Gerimis



Video ini adalah dedikasi khas buat teman teman dan sahabat yang baru kehilangan insan tersayang yang sering menemani disisi.

Jumaat lepas Sahabat dan Keluarga SRI Aman merangkap AJK PIBG meninggal di KBMC setalah 5 hari koma. Minggu lepas: terkejut juga dengan beberapa rakan/ikhwah yg mendapat kenser pada usia lingkungan 40an. Petang tadi isteri rakan sekerja semasa bekerja di Kuala Krai meninggal kerana masalah jantung. Ana sempat menziarahinya dan solat jenazah yg disempurnakan selepas asar.

Begitulah kematian yg datang tanpa diminta dan tanpa memberi tahu.

January 9, 2012

JENDELA 2012

MUHASABAH; “Lorong Sehala kehidupan”.

Tahun adalah rambatan waktu, tahun adalah kehidupan, tahun adalah pengalaman dan tahun demi tahun adalah diri kita yang sepatutnya “Epi lemi-lemi patola pitola toltil latido toldo...Epi lemi-lemi patola pitola toltil latido toldo...”. Melalui tahun demi tahun ibarat menerobos pintu pintu kehidupan yang tak mungkin bisa undur walaupun sesaat. Hanya yang kita diberi kesempatan ialah menoleh kebelakang, kiri dan kanan sebagai sarana pandu arah untuk kita maju kehadapan. Lorong kehidupan ini sebenarnya kita dipaksakan menyusurinya sehinggalah menemui kepintu kematian. Itu lah hakikat kejadian/takhdir yang telah tersimpulkan bagi kita sebagai hamba.

Maka tahun demi tahun itu ibarat parit parit waktu yg kita langkahinya apabila tiba masanya. Biasanya bila sampai sempada antara keduanya kita sering ditanya tentang azam baru. Maka pada setiap “pintu sehala ini” kita selalu menilai pencapaian lalu dan menanam harapan baru.Tahun demi tahun kita rencanakan harapan dan hidupkan impian baru yang kesimpulannya tak serupa. Tidak ada manusia yang mencatitnya untuk disimpan sebagai tugu pringatan. Biasaannya harapan yang menjadi impian setiap tahun itu sirna ditelan waktu.

Bagi ana penghujung tahun ini adalah antara pintu tahun yg banyak makna apabila meneliti peristiwa demi peristiwa sepanjang tahun 2011. Biasanya perkembangan dan kejayaan anak2 yg mewarnai sendi kehidupan orang dewasa macam kami. Tahun demi tahun membesarkan anak dengan seluruh upaya yg ada bagi memastikan perkembangan mereka materi cemerlang.


Hujung tahun ni kami tangguhkan pergi haji kerana dua anak menduduki peperiksaan. Peperiksaan penting bagi masa depan anak2. Angah amik SPM dan Abang Cik PMR. Berita keputusan penting bagi mereka berlaku hampir serentak. Abang Cik baru saha mendapat keputusan PMR. Dalam masa yg sama, K Ngah dapat masuk Darul Quran. DQ ialah program persijilan Tahfiz Al quran UIA/JAKIM. Keputusan kemasukan K Ngah ke DQ serentak dengan keputusan PMR Abang Cik. Kami amat terharu dengan kejayaan Cik walaupun hanya dapat 6A 2B tetapi ada sesuatu LAIN yg membanggakan baba...DOA baba selama ini Allah maqbulkan. Sesungguhnya itu adalah anugerah dariNya yg tidak ternilai.

4 Jan minggu lepas baba/umi hantar K Ngah ke kampus Darul Quran di Kuala Kubu Baru, Selangor. MasyaAllah...seronoknya lihat rakan2 baru K Ngah di DQ. Kakak2 senior yg menyambut kehadiran kami. Sambutan penuh ceria dan kemesraan dilatari indahnya akhlak dan sopan santun. Wajah2 yg ceria, bercahaya dengan akhlak kenabian, wajah Hafizah ahli Syurga. Alhamdulillah K Ngah termasuk insan terpilih dari 2500 yg menghadiri interview seluruh Malaysia hanya 71 banat yg terpilih. Moga Allah sentiasa bersama K Ngah, memelihara dan menganugerahkan al Quran kedalam dada K Ngah. Moga Al Quran menjadi hujjah, pintu hidayah dan rumah kebaikan,penghias akhlak dan penyeri kehidupan, penunjuk sepanjang jalan. "Ya allah...anaku ini adalah Syafaat bagiku di Mahsyar nanti. Kau sayangilah dia sebagaimana kami sangat menyayangiNya"


Hujung tahun semestinyalah sibuk menguruskan keperluan anak bagi memulakan sesi persekolahan baru 2012 dan K Ngah yg akan memulakan penghidupan baru di DQ. Menyekolahkan anak2 yg semunya di sekolah swasta memerlukan pelaburan kewangan yg bukan sedikit . Tujuh orang anak semuanya termasuk di IPTA tanpa PTPTN memerlukan buku, pakaian dan kelengkapan sekolah serta yuran tahunan. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya tertunai…demi anak2 utk mendapat hak pentarbiahan sebaik baiknya untuk mesa depan mereka.

DEDIKASI KHAS BUAT Kak NGAH DAN Abg CIK

January 2, 2012

Lambaian Kampus

Esok akan berkumpul kembali semua warga Iinstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut setelah bercuti lebih sebulan. Kampus yg diisi buat sementara oleh pelajar jQAF dan PGSR sepanjang cuti persekolahan penghujung 2011, akan di penuhi semula oleh penghuni regular iaitu para Pelajar Program Sarjanamuda Pendidikan dan KPLI.

Sayu dek hilangan menjadi perkara lumrah apabila bermula Semester Januari kerana sebahagian pelajar akan meninggalkan kampus buat selama lamanya apabila telah graduate dengan sah dianugerehkan Sarjanamuda Pendidikan (SR) dengan kepujian. Tetapi pada kali ini lebih terasa lagi kerana kampus Mizan kehilangan lebih dari 10 orang pensyarah yg terpaksa berpindah kerana kenaikan pangkat termasuklah ke Sabah dan Serawak.

hmmm...begitulah hukum alam, yang datang dan pergi silih berganti. Begitulah alam mengajari kita tentang erti kegembiran dan kesedihan, antara pertemuan dan perpisahan, antara pemberian dan penghargaan, antara senyum ketawa dan air mata kesedihan, antara semalam dan hari ini, antara keriangan bersama dan kerinduan bersendirian.

Bagi diri ini; lebih terasa kali ini kerana ada nama nama indah yg sering terucap dalam doa dan munajjat telahpun meninggalkan dikampus ini. Pemergian mereka seolah olah telah membawa bersama separuh kemeriahan yg sering menghiasi jiwa ini. Nama mereka itu ialah izzat, ubai, ghafar, hafiz,afiq dan nabil. Minta izin utk ana rakamkan nama2 antum dalam blog ini kerana nama2 ini sangat besar maknanya bagi hati ini. Hanya iringan doa rabitah kami disini mengiringi pemergian antum....moga ikhuwahFillah tetap tersemat dalam lipatan hati kita. Pertemuan singkat antara kita sungguh berkmakna hanya hanya kerana Allah dan Allah yg memahami hati ini...bahawa liqa,mukhayyam, rehlah, jaulah menjadi saksi dengan kepingan gambar kenangan serta berjilid memori yg sebahagiannya terakan utuh dalam blog ini...demi Allah aku mencintai kalian keranaNya.

Maafkan ana kerana banyak kekurangan dalam mentarbiah kalian...
dan bagi anak2 yg masih tinggal sisa pejuangan di kampus ini dengan amanah berat tersandang dibahu, sesungguhnya 1000 pengorbanan menanti pada langkah kita kehadapan nanti...teruskan melangkah kerana Allah bersama orang2 yg bersungguh dan bersabar atas jalanNya.

Selamat bertemu kembali...rinduuuu.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA